***Ziarah Makam Kambang Koci, Palembang***

Kongsikan kepada yang lain
Share

‎Salam ceria.
Al-Atthas, Al-Kaaf, As-Syathiri, Bin Syeikh Abu Bakar, Al-Qodri, Baraqbah, Al-Hinduan, Ba’abud, Al-Habdyi, Al-Idrus, Bin Al Munawwar, Al-Haddad, Al-Baar, Al-Madihij, Bahefen, Bakhmas, itulah antara nama-nama keluarga yang tercatat di batu nisan
di setiap maqam-maqam di permaqaman Kambang Koci, Palembang.

“Mereka semua Aulia’ Allah, berasal dari Yaman.” kata penjaga maqam ketika anjang bertanya. Ya, rasanya ada lebih 100 buah pusara, tersusun rapi, di bawah 1 bumbung bertiang batu, bumbungnya zing kilang. Lantainya bersimen. Bersih terjaga rapi malah baru dicat.

Terletak di tepi sungai, di sebuah perlabuhan. Kelihatan kontena besar bersusun-susun beberapa meter sahaja dari kawasan perkuburan. Ketika masuk pun, anjang melalui pintu utama perlabuhan tapi langsung tak ditanya ke mana? Mungkin melihatkan pakaian kami, mereka faham tujuan kami semata-mata menziarahi maqam. Ketika itu Anjang berempat; YBM Tn Fauzan, YBM Tn Safiri dan Pak Supir kami.

YBM Tn Fauzan bertanggung jawab di Papua. GISBH Papua banyak berperanan membantu masyarakat Islam lebih memahami agama Islam dan mempraktikkan dalam kehidupan. Mengajak masyarakat takutkan Allah, rindukan Nabi. Satu pencapaian paling tinggi bagi seorang hamba adalah rasa takutkan Tuhan dan rindukan Nabi.

YBM Tn Safiri pula PZ1 Zon GISBH di Makassar. Berasal dari daerah yang sama dengan anjang, Malang, Jawa Timur. Tapi anjang pun belum sampai ke sana. Datuk anjang merantau dari Malang ke Muar, Johor. Di Makassar juga ada beberapa projek GISBH untuk menjadi sebab agar bertemu masyarakat. Untuk membawa rasa-rasa bertuhan dan rasa-rasa kehambaan. Untuk menebarkan keberkatan, agar bumi dihijaukan semula. Bebas dari budaya kuning. Bebas dari fanatik kepada artis dan atlit. Bebas dari sukan dan hiburan tajaan yahudi.

Sebenarnya itulah juga perjuangan para nabi-nabi dan rasul-rasul. Mengajak manusia pada Allah dan Rasul. Itulah perjuangan para Aulia Allah seperti di permakaman Kambang Koci. Walaupun mereka telah meninggal dunia tetapi karamah kewalian mereka tetap berlaku. Ajaib sungguh. Kerana mereka dibacking oleh kerajaan ajaib. Kerajaan Allah. Malikul Muluk. Raja segala Raja.

Menurut Penjaga kubur dan pemegang kunci pagar pemakaman ini, suatu ketika dulu, demi mengejar kemajuan ekonomi, ada pihak yang sanggup berusaha untuk memindahkan makam-makam ini ke tempat lain supaya perlabuhan lebih luas. Telah di siapkan keranda yang sama jumlah dengan penghuni perkuburan Kambang Koci. Mereka bercadang untuk menggali makam-makam wali Allah, memasukkan jenazah atau sangkaan mereka, tulang belulang ke dalam keranda, lalu dipindahkan.

Semudah itu?!!!

Para wali Allah adalah kekasih-kekasih Allah. Allah tak akan benarkan kekasih-kekasih-Nya dihina hanya kerana keuntungan duniawi. Lalu apa yang terjadi?

Maha Suci Allah, sebuah kapal terbang yang melalui kawasan tersebut tiba-tiba jatuh terhempas dan didapati bilangan mangsa kematian sama dengan bilangan keranda yang disiapkan, lalu keranda tersebut digunakan untuk membawa jenazah mangsa kapal terbang terhempas. Tidak semudah itu tangan-tangan kotor hendak membawa jasad para kekasih Allah.

Lihat, apa yang Allah telah buat kepada musuh-musuh-Nya‎!!

Di dalam perut pesasaw AirAsia Palembang-KL. 30000 kaki dari aras laut, 999km/jam.
9.44am, Ogo 11, 2015

Nota:

MAKAM KAMBANG KOCI

Makam Kambang Koci merupakan bukti awal dari catatan sejarah masuknya Islam ke kota Palembang. Palembang asalnya dalam kerajaan Sriwijaya, dari abad ke 7 sampai ke 13 yang menganut ajaran Hindu, Pada abad ke 16 Kesultanan dan kepemimpinan secara Islam telah berjalan merata di kota Palembang. Sebelum Kesultanan Palembang Darussalam berdiri, Islam telah ada dan banyak yang menjalankan syariatnya.

Makam Kambang Koci ini merupakan lambang di zaman Kesultanan Palembang Darussalam kerana ketika itu, Kambang Koci ini telah ada dan para Habib mulai dimakamkan di situ. Ada beberapa bukti kuat kerana terdapatnya nisan-nisan yang tenggelam di dalam tanah mencapai 50-60 cm bahkan terdapat susunan bata-bata lama pada dasar tanah menandakan telah lamanya pemakaman Kambang Koci.

Di era Kesultanan Palembang Darussalam, para Habib sentiasa menyebarkan agama Islam sampai ke pelusuk terpencil di kota Palembang. Para Habib Palembang waktu itu pula mendapat kedudukan istimewa di sisi para Sultan yang berkuasa, bahkan setiap Kesultanan Palembang Darussalam ada seorang Imam (Habib) yang menjadi penasihat dan guru bagi Sultan juga anak-anak Sultan.

Di zaman Sultan Mahmud Badaruddin I hampir semua puterinya dinikahkan dengan Habib Palembang. Bila mereka meninggal dunia, jenazah-jenazah mereka dimakamkan di Kambang Koci. Setelah Sultan Mahmud Baddarudin I wafat tahun 1171 H maka para habib inilah yang menerangi seluruh Kota Palembang dengan cahaya ilmu.

Sejarah Kambang Koci

Lokasi pemakaman ini bersebelahan dengan Pemakaman Kawah Tengkurep atau jaraknya sekitar 200 meter. Diceritakan, pada tahun 1151 H/ 1735 M, Sultan Mahmud Badaruddin I mewakafkan sebidang tanah yang cukup luas untuk pemakaman anak cucu serta menantunya. Tanah pemakaman tersebut dinamakan Kambang Koci, yang berasal dari perkataan kambang (kolam) dan sekoci (perahu), kerana telah lama sebelum ini, tempat itu merupakan tempat pencucian perahu.

Diriwayatkan bahawa Makam Kambang Koci ini telah ada semenjak Kesultanan Palembang Darussalam ialah Sultan Mahmud Badaruddin I.

Di antara keturunan yang berada di Kambang Koci ialah: Al-Atthas, Al-Kaaf, As-Syathiri, Bin Syech Abu Bakar, Al-Qodri, Baraqbah, Al-Hinduan, Ba’abud, Al-Habdyi, Al-Idrus, Bin Al Munawwar, Al-Haddad, Al-Baar, Al-Madihij, Bahefen, Bakhmas dan Binti Sultan Mahmud Badaruddin.

Lokasi Makam Kambang Koci ini kerap menjadi rebutan pihak pihak Luar.

1. Di zaman penjajahan Belanda (1913), di kawasan ini dibangun Pelabuhan Boom Baru. 11 tahun (1924) Pihak Belanda berusaha mengambil tanah makam, namun pihak Ahli Waris mempertahankan dan sampailah pada perundingan di Batavia, pihak Ahli Waris berjaya mempertahankannya.

2. Semasa penjajahan Jepun, ada usaha untuk mengambil tanah makam namun tetap tidak berhasil.

3. Pada tahun 1975 terjadi persengketaan kembali dengan pihak pelabuhan sehingga terjadi pembagian luas kawasan Kambang Koci dari 5000 meter dibagi 2/3 untuk pihak pelabuhan dan 1/3 untuk Ahli Waris, hingga saat ini keseluruhan luas area Kambang Koci tinggal 1400 meter sahaja.

4. Pihak pelabuhan terus berusaha merebut baki kawasan makam yang ada dari tahun 1984-1999. Pada tahun 1997 terjadi konflik antara pihak pelabuhan dan Makam Kambang Koci mengakibatkan berlakunya perjanjian 19 Desember 1997 antara pihak pelabuhan dan pihak waris untuk untuk membongkar makam tersebut dan pindahkan ke tempat baru.

Dengan takdir Tuhan, berlaku peristiwa terhempasnya pesawat Boeing 737-300 Slik Air dari Singapura di Muara Makati, Perairan Sungsang, Sumatera Selatan dan insiden tersebut seolah-olah memberi amaran agar Makam Kambang Koci jangan diganggu kerana mangsa korban dari pesawat tersebut ialah 104 orang. Tepat dengan keranda yang telah disiapkan untuk pemindahan Makam Kambang Koci tersebut.

Dengan takdir Tuhan, masa terlalu suntuk untuk menyiapkan keranda yang banyak untuk mangsa pesawat yang terhempas itu, maka keranda yang telah siap itu digunakan untuk mangsa nahas pesawat Silk Air tersebut malah pembongkaran dan pemindahan makam Kambang Koci dibatalkan serta merta. Pada tahun 1999 pihak Ahli Waris yang diwakili ketua Yayasan Kambang Koci iaitu Al-Habib Muhammad AZ dan pihak pelabuhan melakukan pertemuan di pejabat Gabenor Sumatera Selatan (Sumsel) yang menghasilkan keputusan bahwa pihak pelabuhan mesti memasang kembali pagar yang telah mereka robohkan sebelumnya.

Di antara nama-nama tokoh Habib atau Ahlul Bait yang dimakamkan di Kambang Koci

1. Al-Habib Syeikh bin Ahmad bin Syahabudin.

Beliau adalah seorang ulama besar di zamannya dan beliau rapat dengan Sultan Mahmud Badaruddin I. Sultan menganugerahkannya tanah yang sangat luas iaitu dari kawasan Kuto sampai Kenten, malah beliau juga memiliki tanah pemakaman Gubah Duku yang hingga sekarang masih diselia oleh Habib Palembang. Lalu dibuatlah Musolla Daarul Muttaqien yang merupakan peninggalan beliau yang pada masa itu dibangun oleh anaknya yang mulia Al-Habib bin Syeikh bin Shahab.

2. Al-Habib Ibrahim bin Zein bin Yahya

Beliau merupakan ulama besar yang memahami banyak masalah ilmu Fiqh. Merupakan menantu Sultan Mahmud Badaruddin I yang beristerikan Raden Ayu Aisyah binti Sultan Mahmud Badaruddin I.

3. Al-Habib Alwi bin Ahmad Al-Kaal

Beliau adalah seorang alim dan wara’, beliau termasuk Ketua dari kabilah Al-Kaaf Yusrain. Banyak karomah-karomah yang lahir darinya.

4. Al-Habib Abdurahman bin Hasan Al-Idrus

Beliau termasuk ulama besar sufi.

5. Al-Habib Syeikh bin Hasan Al-Idrus

Beliau merupakan ulama besar dan guru Kesultanan Palembang Darussalam.

6. Al-Habib Muhammad bin Abdurahman Al-Munawwar.

Beliau ulama besar pada di zamannya, berjiwa kemasyarakatan. Beliau membangunkan Musolla Munawwar di tepi Sungai Musi 13 Ulu Palembang.

7. Al-Habib Ali bin Adurahman Al-Munawar

Beliau saudara dari Ak-Habib Muhammad bin Abdurahman Munawwar, beliau seorang guru, pendakwah yang dekat dengan masyarakat.

8. Al-Habib Abdullah bin Salim Al-Kaaf

Beliau adalah seorang ulama besar sekaligus peniaga yang berjaya. Beliaulah yang membangunkan masjid Sungai Lumpur yang berlokasi di 11 Ulu Palembang.

9. Al-Habib Syeikh bin Alwi Al-Kaaf

Seorang ulama yang sering berdakwah keluar Palembang, juga merupakan seorang usahawan. Beliau berjaya mengislamkan seluruh penduduk yang ada di Pulau Krue dekat dengan Lampung.

10. Al-Habib Sulaiman bin Abdullah Al-Khird

Beliau seorang pendakwah yang banyak keturunannya menetap di Malaysia dan Singapura.

Jumlah makam di Kambang Koci

Sebenarnya tidak diketahui jumlahnya secara tepat, tetapi setelah ada sedikit pemindahan makam, maka kini hanya tinggal 300 makam sedangkan dalam Kiswag hanya tercatat 198 nama.

Makam Kambang Koci merupakan ttempat bersejarah yang penting, orang-orang yang dimakam ini juga membawa pengaruh besar untuk peradaban Islam di Palembang, mereka merupakan Habib-Habib Islam yang mengislamkan Masyarakat Palembang di bawah kekuasaan Sultan Mahmud Badaruddin I. Wilayah Makam Kambang Koci ini sangatlah luas dan saling berhubungan dengan makam Kawah Tengkurep, Ki Gede Ing Suro dan Sab[اقتطعه واتساب]

تم الإرسال من الهاتف الذكي BlackBerry 10.

  • wali allah di malaysia (46)
  • makam wali allah di palembang (34)
  • makam waliyullah di palembang (30)
  • kisah wali allah di tanah melayu (19)
  • wali di malaysia (10)
  • kharomah makam kambang koci (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *