***Kukri***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.Hujan lebat gila. Tadi aku sempat trim pokok pagar sepanjang 3 meter je. Ranting dan batang sebesar kelingking baby tu aku tanam semula. Untuk dapatkan pokok pagar yang tebal. Jelas menjadi sempadan antara jalan dan tanaman ubi, koko dan pokok gaharu. Bila angin berkurang, mendung semakin berat serta guruh berbunyi, aku bergegas mengutip rozel yang baru 40 minit aku jemur. Nasib baik Abd Rahman Auf menolong.

Bila hujan rintik tak sampai beberapa saat bertukar menjadi kasar, aku berlari ke wakaf tepi kabin gate. Berlindung dari hujan. Abu Laith dan Afif dah berada di situ. Din, Rofiq dah berlindung di garaj. Muflih Hamdan menangkap dan memeluk anak kambing yang belum berusia seminggu untuk dibawa ke kandangnya. Ada 4 ekor anak kambing lahir dalam masa 3 hari. Mak-mak kambing keluar makan tengahari/petang dengan Muflih Rosli.

Suhaimi Sani dan Ikhwan baru sampai menjunjung daun kelapa sawit untuk makanan kambing. Suhaimi dengan parang 13″. Bilah spring Land Rover lama. Tajam tu. Aku asah dengan batu gred 1000. Keras giler besinya. Jadi parang lasak. Ikhwan pula dengan sebilah kukri ori dari Nepal. Lama dah teringin. Kebetulan ada yang menjualnya, aku sambar satu. Itulah berkat jemaah. Dapat beli. Anak-anak remaja dapat guna.

Korang tau ke parang kukri tu apa? Ia tak le penting sangat. Yang penting cari berkat. Dengan keberkatan, insyaAllah semua masalah akan selesai.

Tanah dibawa arus deras tepi stable, selesaikan dengan berkat!
Modal bumbung bangunan pusat Dobi, selesaikan dengan berkat!
Lesen rumah rakit dan penambahan sangkar ikan, selesaikan dengan berkat!
Serangan tikus di reban ayam dan dapur bandar, selesaikan dengan berkat!
Fertegasi yang belum membuahkan hasil yang diharap-harapkan, selesaikan dengan berkat!
Chalet yang nak dirasmikan 10 Muharram tapi belum lengkap, selesaikan dengan berkat!
Kilang mi masih belum mampu pusing modal, selesaikan dengan berkat!
Bil letrik dan sewa JCB, selesaikan dengan berkat!
Moga kita bertambah yakin dengan Allah yang Maha Berkat.

So, nak berkenalan dengan kukri. Bismillah, dengan berkat nama Allah kita mulakan.

Kukri adalah pisau Nepal yang berat dan bengkok. Biasanya digunakan sebagai senjata atau peralatan harian juga masuk hutan. Ia juga merupakan senjata regimen dan lambang pejuang Gurkha. Biasa juga dipanggil sebagai “Pisau Gurkha”.

Kukri mempunyai mata condong pada sudut 20° walaupun sesetengahnya mempunyai sudut yang lebih tajam. Ia selebar 3 hingga 10 sentimeter, panjangnya melebihi 30, tirus kearah hujung dari bahagian atas yang lebar. Ia mempunyai satu mata. Bilah ini biasanya mempunyai belakang yang tebal dan kelihatannya seperti gabungan antara pisau dan kapak.

Kukri kadang-kala diperbuat daripada spring daun yang di ambil dari sistem gantungan lori. Seperti banyak parang dan pisau di Malaysia. Kukri traditional biasanya mempunyai pemegang yang diperbuat daripada kayu keras, tanduk kerbau atau tembaga tuang. Kadang-kala aluminium tuang digunakan pada kukri moden. Mata kukri biasanya sampai ke hujung. Pemegang yang dituang mungkin mencecah mata melalui muat tekan (press fit) kerana logam panas mengecut ketika membeku. Pemegang kayu atau tanduk biasanya dipasangkan dengan damar pokok yang dikenali sebagai laha, juga dikenali sebagai pelekat Himalaya. Sesetengah kukri (seperti yang dihasilkan oleh kontraktor bagi Tentera India moden) mempunyai mata lebar dengan pemegang dilekatkan oleh dua atau lebih rivet, biasanya dikenali sebagai fulltang.

Kukri traditional terbaik adalah yang mempunyai mata keras dan belakang yang lembut bagi membolehkan ia kekal tajam dan pada masa yang sama mampu menahan hentakan dan seimbang sehinggakan ia mampu mendatar sekiranya diimbangkan contohnya menggunakan jari. Panjang bilah biasanya 30–38 cm (12–15 inci) tetapi dengan saiz yang berbeza-beza. Mata yang melebihi 15 inci biasanya dianggap tidak sesuai digunakan. Pun begitu versi istiadat mampu mencecah sepanjang 70 cm (27 inci) panjang. Mata istiadat biasanya digunakan bagi mengorbankan kerbau adalah lebih panjang.

Sarung kukri biasanya diperbuat daripada kayu dengan pembalut kulit. Kerja kulit biasanya dihasilkan oleh ‘Sarki’. Sarungnya juga memegang dua pisau kecil yang dikenali sebagai ‘Karda’ dan ‘Chakmak’. Karda adalah mata tambahan kecil yang digunakan bagi banyak kegunaan. Chakmak digunakan bagi mengasah mata bilah dan juga boleh digunakan bagi menyalakan api dengan batu api. Batu api kadang-kala dibawa bersama dalam uncang yang dilekatkan bersama sarung.

Kukri biasanya mempunyai lekuk atau sepasang lekuk berturut pada pangkal bilah dipanggil “kaura” atau “cho”, terletak berhampiran pemegang. Pelbagai sebab diberikan baginya, keduanya secara pratikal dan istiadat, diantaranya:
1.Ia boleh digunakan bagi memerangkap hayunan pedang;
2.Ia membenarkan darah atau damar jatuh dari mata bilah dan tidak sampai ke pemegang.
3.Ia menandakan hujung bilah semasa mengasah.
4. Ia menandakan bahaya.
5.Ia mewakili dewa Hindu, Kali.

Kukri juga boleh mempunyai hiasan , termasuk “aunlo bal” (jari tenaga / kuasa / kuasa), alur yang lebih dalam dan sempit pada contoh moden, termasuk juga satu atau lebih “chirra”, yang merujuk kepada lekuk lebih cetek pada perut bilah atau petak kosong pada tepi mata. Alur ini dikatakan melambangkan tombak dewa Siva. (Ini semua hak pereka asal, apa maksud sebenarnya). Terdapat kisah lain mengenai erti hiasan ini. Seringkali pembuat pisau akan meletakkan tanda pembuatnya juga berhampiran pemegangnya.

Kukri digunakan oleh pasukan Gurkha dalam Perperangan Anglo-Nepal dan juga semasa Perang Dunia I dan Perang Dunia II. Orang-orang Nepal biasanya menggunakn pisau ini sejak berusia lima tahun lagi. Semasa Perang Dunia II, rekrut Gurkha cenderung menggunakan kukri yang dihasilkan oleh tukang besi perkampungan mereka sendiri berbanding mata yang diberikan, yang dihasilkan secara pukal. Kualiti matanya berbeza-beza. Ia terdapat dalam pelbagai saiz dari kecil kepada sebesar pedang. Mereka yang menghasilkannya dikenali sebagai Kamis (pembuat pisau) dan Kamis merupakan ahli kasta tinggi yang “tidak boleh disentuh”.

Gurkha terkenal sebagai tentera yang berani yang telah menggunakan kukri sebagai senjata semasa berkhidmat dengan British. Mereka adalah ahli kasta Kshatriya. Gurkha adalah orang Asia Timur. Sungguhpun ada peribahasa menyatakan bahawa orang Gurkha “tidak patut menghunus bilah tanpa mengalir darah”, tetapi kukri bukan digunakan sebagai senjata semata-mata, ia paling biasa digunakan sebagai peralatan pelbagai guna, sama seperti parang. Ia boleh digunakan bagi pembinaan, menerang hutan, memotong kayu api, menggali, memotong daging dan sayuran, melapah dan juga membuka tin. Kukri juga mempunyai kepentingan keugamaan dalam ugama Hindu khususnya semasa perayaan pengorbanan Dasain.

Tapi sejak gempa bumi setelah mengorbankan ribuan ternakan dengan cara yang sadis baru-baru ini, aku rasa peranan kukri dalam upacara korban mereka semakin berkurangan.

Itulah serba sikit tentang kukri. Hujan pun dah berhenti. Aku nak keluar semula.

Kabin Gate, AB.
5.09pm, Okt 13, 2015

تم الإرسال من الهاتف الذكي BlackBerry 10.

  • sarung pisau diperbuat dari tanduk (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

Cari produk Murah Online?

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *