***Nasib Poligami Akhir Zaman***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.Apa kabo? Moga sehat semuanya. Redha dan Nazif pegi ke rumah pelajar MA di sini (student Malaysia peringkat MA di Casablanca) . Katanya dia buat kenduri harijadi anaknya. Dapatlah mereka jumpa Lokman. Lokman ni pelajar Malaysia di Maghribi. Anak kepada Ust Ismail Ali. Ust Ismail Ali dulu ahli Arqam di Mesir semasa anjang di sana. Sekarang dia bersama PAS kalau tak silap. Tapi anjang tak dapat pergi. Melepas nak makan masakan Malaysia orang Malaysia di Maghribi. Selalu makan masakan Chef kita, Nazif je. Kari, kurma, masak kicap, sambal hijau, sup kaki… Selagi ada bahan masakan Malaysia, Selagi tu la kami ‘bahan’… hehehe. Kadang-kadang Redha masak sarapan jemput-jemput. Sedap juga. Boleh lawan Om… melepas nak pegi dengan mereka sbb anjang ke airport ambil seorang kawan dengan En Solah.

Solah pula malam ni terbang ke Benin, Afrika. Ada urusan selama 3 hari. Pendaftaran syarikat akan difollow up oleh Yasin. Anjang ikut ke airport. Kalau ada rezki, lain kali jumpa Lokman. Oleh kerana parking full, anjang tunggu dalam kereta, En Solah masuk ke lobi menunggu. Tak sampai 15 minit, dia muncul dengan tetamunya yang anjang kenali.

Kami masuk kereta setelah berpelukan dgn kawan dari Turki yang kelihatan teperanjat;
“Saya ingat awak di Paris!” katanya.
“Tangguhkan sebab nak selesaikan beberapa perkara,” jawab anjang.
Hidup berjuang beginilah, masuk kereta dia terus bertanya bila En Solah nak hantar pelajar ke Turki. Lalu Solah jelaskan masalah yang dia hadapi dari sudut umur dan sijil. Tetapi rombongan pemuda-pemudi akan dia bawa ke sana pada 23hb Julai. Dalam 30 orang. Dia dah cuba mencari sponsor untuk bilangan yang lebih ramai tetapi, setakat itu yang dia mampu sekarang.
Begitulah mereka sentiasa berhubung dan bekerjasama.

Perbualan beralih kepada politik Turki semasa. Menurutnya, keadaan politik dalaman Turki tidak difahami oleh orang luar. PM sebelum ini sebenarnya telah membina teamnya sendiri yang terdiri kebanyakkannya dari kalangan orang akademik. Dalam masa yang sama mereka mengenepikan orang-orang lama politik yang lebih banyak jasa dalam parti malah ada diantara mereka adalah pergasas parti. Sepatutnya PM melaksanakan hasrat-hasrat presiden yang merupakan pemimpin utama, sepatutnya PM bertindak sebagai setiausaha kepada presiden kerana mereka dari aliran parti yang sama. Tetapi PM merasakan dia boleh bertindak sendiri bila dia telah mempunyai ramai penyokong sedangkan tindakannya salah. Ia sedang membawa parti kepada perpecahan. Akhirnya baru dia sedar tindakannya salah dan dia sendiri bersedia berundur. Sebab itulah berlaku perubahan politik di Turki terkini.

Sementara nak sampai ke Restoran, mereka sibuk bersembang. Bila melihat anjang senyap je kat seat belakang, mereka menegur. Anjang kata, Solah nak belajar rahsia macam mana kamu boleh berpoligami!

Kawan kita terus bercerita, tak terfikir aku akan berpoligami. Ada pengalaman yang tak pernah aku alami. Bila aku bawa isteriku ke Filipina, kami lihat keadaan di Filipina tersangat dahsyat. Nisbah lelaki dengan perempuan di sana, 1 lelaki 6 perempuan.
“Kau tau apa kata isteriku?” dia bertanya kepada Solah.
“Kamu kena bantu mereka, kahwin no 3 dengan orang Filipina.”
“Aku baru saja bernikah dengannya, dia suruh aku kahwin yang ketiga. Oh… kenapa ini tak berlaku 20 tahun yang lalu…”

Kawan dari Turki menyambung, inilah antara kesilapan kita tak mengambil berat tentang poligami. Sedangkan Allah sebut dalam Al-Quran, nikah dua, tiga dan empat. Kalau tak mampu, penakut, pengecut, baru satu. Tentu ada rahsia, Allah suruh empat dulu.
“Apa pendapat kamu Harun?” dia memancing anjang.

Anjang diam seketika lalu menyampuk.

Kalau seorang tak mampu mengendali, seorang perempuan atau 2 orang isteri, apalah yang nak kita harapkan dia menjaga kepentingan masyarakat lebih-lebih lagi negara.

“Aduh!!! Makan dalam ni. Kami terasa macam sampah je depan kamu sekarang! Sebab kami penakut. Aku memikirkan untuk poligami pun tak berani, tapi dah poligami sekarang.”

Anjang sambung, ketua polis negara pun penakut di rumah sebab bila balik, ada ketua polis yang lebih tinggi pangkat di rumahnya.
“Ya betul, aku pernah berbual-bual dengan jeneral-jeneral tentera di Turki, tapi bila isteri ‘call’, terus menikus takut.”
“Aku cakap, kamu jeneral tentera, pangkat tinggi tapi dengan isteri pun takut.”
“Mereka jawab, apa nak buat, isteri-isteri kami….kami tak berani!”

Solah, “Ya, perkara yang sama di sini, Maghribi, ketua-ketua tentera dan Polis amat takut dengan isteri masing-masing.”

Baru anjang tau rahsia mereka. Petang ni, 3 bangsa dalam satu kereta. Arab, Turki dan Melayu. Tapi amat berbeza di satu sudut, poligami…

“Kita dah tinggalkan kehidupan datuk, moyang kita,” kata kawan dari Turki. “Rasul, Sahabat, Tabien, tuan-tuan guru kita semuanya berpoligami. Kita yang tinggalkan.”
“Ya, betul. Datuk-datuk kita dahulu berpoligami.” kata Solah.

Perbincangan kami terhenti bila sampai di restoran di tengah bandar Casablanca di lorong Mustafa Im’aan. Bila masuk kafe, Abdullah sudah berada di dalam.

Petang ni anjang makan ikan, bebola ikan, bebola daging, daging masak tagine, moqabbilat, asir karot dll. Kami berpisah ketika keluar, Solah ke hotel dengan tetamu. Anjang dan Abdullah ke Maqha pula nikmati nus-nus sambil berWifi….

Maqha Safir, Zauj Mars,
Casablanca, Morocco.
6.06pm, Mei 29, 2016.

P/s Eid Milad Saeid Fathiyah. A3toitu syiean bi munasabah Eid miladik. Khuzhu min Us Zul Mokhtar.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *