***Istana Alcazaba – Generasi yang lemah mewarisi kekalahan***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam Ramadhan.

Ada perubahan program di saat akhir dari pergi ke Granada, ubah ke Malaga dulu. Duduk di Pension lama dengan perabut yang lusuh, kain cadar dan sarung bantalnya yang macam di kedai bundle Ikhwan atau lebih parah dari itu, tandas pula berkongsi di luar bukan sesuatu yang indah di perantauan. Tetapi dengan sewa €30 sebilik untuk 2 orang, kami dapat berjimat memandangkan seluruh keperluan yang lain juga kena fikirkan. Itupun setelah puas mencari sekitar Plaza la de Marina, hanya itu yang kosong. Ada satu dengan harga €65 untuk 4 orang tapi dalam kawasan gereja, tobat tak mau. Pansion yang ni pun dah macam gereja, dengan patung ‘bagai’. Aormanya pun, jelas bukan tempat kita. Tambah lagi tanpa lift, mengangkat bagasi ke tingkat 3, perlukan kesabaran, lebih-lebih lagi berpuasa dengan jangkamasa yang panjang. Ampuun.

Inilah harga kekalahan umat Islam, harga yang perlu dibayar selama ratusan tahun. Penghinaan yang berpanjangan. Walhal dahulunya di sinilah negara Islam. Masyarakat muslimin yang penuh ukhuwah dan kasih sayang, merasakan wajib melayan tetamu. Ada rumah-rumah tetamu yang dipanggil musafir khanah. Jika tidak ada penempatan, orang Islam tempatan sendiri akan ambil tanggung jawab, membawa tetamu ke rumahnya. Kerana tetamu membawa rahmat, perginya bersama keampunan dosa tuan rumah.

Asalnya ketika sampai Terminal Bas Malaga, kami mengheret bagasi mencari masjid yang berdekatan. Lebih 1km juga la berjalan. ‘Penat berjalan di tengah kota, mencari teman bukannya mudah’.. Eh.. mencari Masjid. Ingatkan dekat. Orang sini jenis kuat berjalan, mereka kata, dekat je tu. Yang penting kami nak solat dulu. Lepas solat, bertanya-tanya juga, manalah tahu masjid besar yang dibina oleh kerajaan Saudi itu menyediakan bilik untuk di sewa, macam Masjid Ghufran di TTDI, ternyata tiada.

Keluarlah kami dari kawasan masjid, mengheret bagasi, mencari teksi untuk ke kawasan yang ada pansion. Seorang pemandu teksi melayan kami dengan baik. Denga misai yang agak tebal dan badan kurus, aku sangka orang Sepanyol. Puas Hafiz mengeluarkan vacobulary nak bersembang, tampak kurang bersembang. Rupa-rupanya Arab Maghribi. Dah berbelas tahun di sini.

"Kau puasa tak Yusof?" Aku menduga. "Tak, aku ada kencing manis, dah cucuk insulin…" Selamba je dia menjawab. Begitulah sikap sebahagian warga Maghribi yang berpindah ke Sepanyol bukan atas cita-cita agama, tetapi hanya kerana ‘luqmatu eish’. Sebagai pengajaran kepada aku, kalau datang tanpa cita-cita dan keberkatan, akan tergadai prinsip agama. Yusof tinggalkan kami di tengah-tengah bandar Malaga, yang didakwanya banyak pansion. Tetapi setelah lebih 1 jam kawan-kawan mencari, yang dapat itu saja la. Pansion tua tanpa nama tapi di tepi jalan besar.

Maghrib itu kami berbuka nasi yang di masak di bilik hotel. Berlaukkan ayam masak dengan rempah ra’sul hanut. Sedap habaq hang! Panas-panas mengelegak di hidang dengan periuk letrik sekali. Itulah kali terakhir periuk itu berkhidmat. Mungkin kerana di salahguna, nasi masak guna tu, lauk pun belasah periuk tu juga.

Malam tu terdengarlah suasana masyarakat Sepanyol di waktu malam dan awal pagi. Masyarakat yang hidangan utama mereka babi dan arak. Mereka bersarapan dengan arak. Itu yang Hafiz maklumkan pada aku. Jadi, mabuk dan menjerit-jerit tu dianggap normal. Pernah kawan-kawan nampak seorang sedang dijirus air di atas kepalanya oleh pekerja sebuah restoran, rupanya orang itu sedang mabuk. Selepas di jirus air baru agak sedar. Ya Allah! Selamatkanlah bangsa ini, kmbalikan mereka kepada agamaMu agar Islam terbela.

Esoknya kami menziarahi Alcazaba de Malaga. Sepanyol ni ketika pemerintahan Islam dikenali sebagai
Andalusia. Di TM pun ada Andalusia, tapi tu Syarikat Travel Agen, pengurus di TM tu Cikgu Hashim. Ex Arqam. Baik orangnya. Tapi ni Andalusia yang sebenar.

Andalusia adalah sebuah kerajaan Islam di barat yang menjadi kebanggan umat suatu masa dahulu. Bukan sedikit ulama kelahiran Andalusia di dalam berbagai disiplin ilmu. Tak kurang juga tempat-tempat bersejarah kesan tamadun mereka yang menjadi bukti kegemilangan Islam masa itu. Itulah juga tujuan pemusafiran ini, melihat kembali kesan sejarah keagungan umat dahulu dan kejatuhan mereka untuk mengambil sebanyak-banyak iktibar.

Malaga adalah salah sebuah bandar besar dalam kerajaan Andalusia. Namanya tak jauh bunyinya dari nama Melaka, mungkin ada kaitan dan bukan kebetulan. Ia mempunyai sejarah ketenteraan, peradaban ilmu dan sastera. Ramai ulama dari selatan Andalusia lahir dari bandar ini.

Di sini terdapat di antara pertahanan laut paling penting untuk mempertahankan Andalusia dari serangan negara-negara Kristian dan lanun laut. Ia merupakan bandar yang ketiga yang mempunyai kesan kerajaan Andalusia yang masih boleh dilihat hingga ke hari ini. Jelas keasliannya.

Antara landmark paling utama di sini ialah La Alcazaba. La Alcazaba berasal dari bahasa Arab ‘al-qasbah’ yang berarti ‘benteng’. Ia adalah benteng pertahanan strategik yang digunakan oleh pemerintahan Andalusia untuk melihat keseluruhan bandar dan pinggir pantai. Kalau kita perhatikan (kena datang sini la ye nak meneliti hehehe) Alcazaba dan pemandangan sekelilingnya kita akan dapat mengesan, ilham dari Allah saja yang membantu pemilihan tempat yang sangat strategik. Bayangkan, tanpa apa-apa teknik moden tapi mereka mampu mengawal keseluruhan bandar dan pantai yang panjang dengan jelas hanya melihat dari sini.

Kota Málaga jatuh ke tangan Khalifah Cordoba Pertama pada abad 8. Untuk mempertahankan kerajaannya, Abdul Rahman I telah membangunkan benteng di bukit Gibralfaro. Posisinya di atas bukit sangat ideal karena dari menara kawalan, kelihatan 360º penjuru kota dan menghadap langsung ke laut Mediteranian dan benua Afrika. Ketika di atas benteng tu anjang dapat melihat seluruh bandar dan pantai. Test teropong dengan masukkan syiling €1, nampak lagi jelas semuanya.

Setelah Kekhalifahan Cordoba terpecah menjadi kerajaan-kerajaan Islam kecil, Málaga berada dibawah pemerintahan Kerajaan Islam Granada. Pada abad ke 11 Sultan Granada telah menstruktur semula Alcazaba, kemudian pada abad ke 14 dibaikpulih pula oleh dinasti Nasrid dan dibuatkan tambahan dinding untuk pertahanan yang lebih mantap. Kota Málaga akhirnya jatuh ke tangan Kerajaan Katolik pada tahun 1487 melalui pertempuran yang panjang yang disebut Siege of Málaga.

Walaupun berabad-abad telah berlalu, kini Alcazaba masih berdiri gagah menjadi saksi perubahan demi perubaha di kota Málaga. Benteng di bukit Gibralfaro itu merupakan benteng yang paling baik penjagaannya di Sepanyol. Kita masih dapat melihat 100 menara dan 3 istana di dalamnya. Alcazaba hari ini nampak memiliki dinding yang berlapis-lapis. Sebenarnya tembok pertahanan ini dikelilingi oleh tiga dinding. Dua dinding bagian dalam itu sebelumnya terhubung dengan dinding kota di luar yang berfungsi sebagai pertahanan pertama.

Keistimewaan Alcazaba jika dibandingkan dengan Alhambra di Granada dan Alcazar di Sevilla, karena benteng Malaga ini usianya tiga abad lebih tua dari yang lain. Apabila memasuki Puerta de la Bóveda (Gerbang Kubah), suasana kuno begitu terasa. Dinding-dinding batu yang kelihatan sangat lama dan lorong yang berbelok-belok kelihatan masih kukuh.

Kami naik teksi terus ke atas bukit. Namanya Giralfaro. Gibral itu asalnya jibal, Bahasa Arab bererti gunung/bukit. Faro pula bahasa Greek bererti rumah api). Bayar tiket seorang €2 dan terus berjalan masuk.

Nak terus ke bawah ke? Atau ke atas dahulu. Ke bawah, menuju Istana Alcasaba. Atas ke benteng Gibral de faro. Melalui lorong-lorong berdinding tebal, kami naik ke atas. Masuk gerbang je, terdapat sebuah meriam lama. Ada sebuah muzium mempamerkan senjata-senjata lama, patung-patung tentera kristian dengan pakaian perang. Susunan tentera mereka dll. Langsung tak ada tentera muslim. Walhal itulah tempat muslim yang mereka rampas. Rupanya bila kalah ni, macam tak ada harga. Langsung tak dipamerkan. Anak-anak di AB, SU, SP, TM dan seluruh GISB, mari pasang niat untuk bela Allah dan Rasul, menagih kemenangan Islam. Tengoklah nasib umat ini bila kalah.

Ada satu tangga yang curam dan agak tinggi untuk naik lebih tinggi. Walaupun curam, gagahkan diri naik juga. Pergh! Tak sia-sia, di sinilah pemandangan paling cantik. Inilah pusat kawalan. Laut Mediterranean yang membiru nampak jelas dari sini. Jeti dan dataran yang ditambak jelas kelihatan. Kami lihat deretan kapal layar jeti juga beberapa buah feri mewah. Malah ada sebuah feri baru bergerak perlahan ke arah benua Afrika. Gabungan pantai, laut dan langit yang membiru sangat mengasyikkan.
ربنا ما خلقت هذا باطلا سبحانك فقنا عذاب النار
Kalau di AB tu YBM DIHA sebut view raja-raja bila kelihatan dari jendela surau ke arah Sungai Lebam, tanah berbukit-bukit, kolam ikan, air sungai, pokok bakau yang menghijau dan langit… gabungan yang menjadi terapi fikiran dan jiwa.

Di sini, dengan hembusan angin laut musim panas, langit membiru, pantai dan laut yang luas dengan deretan kapal di jeti, sangat menarik. Tapi… aaah bukan milik Islam. Segala-galanya bagai kaca yang jatuh terhempas, pecah berderai. Sayangnya, tembok dengan susunan bata yang kukuh berdiri megah ini bukan lagi milik kita. Malah, masuk pun kena bayo… ampun.

Menyusuri lorong sempit dari atas benteng kota memberi pengalaman seperti zaman-zaman dahulu. Gayat bila menjengah ke bawah kerana kedudukan kita di puncak pokok-pokok yang tinggi di kaki bukit. Terlalu sukar untuk menyerang memandangkan penglihatan dari atas jelas melihat ke bawah. Sedangkan dari bawah, luar benteng sukar untuk memanjatnya. Sudahlah tinggi, curam berbukit-bukit, terdedah pula oleh serangan anak panah dari atas benteng.

Memasuki ruang demi ruang, dari lorong ke lorong, melihatkan sistem pertahanan zaman dahulu melelahkan kami. Lebih-lebih lagi di tengahari bulan Ramadhan. Hafiz dan Ikrimah mendapatkan paip air yang disediakan lalu meminum airnya yang tersangat dingin. Eeeh tak la. Depa komor-komor dan basahkan muka je.

Kami teruskan berjalan, menuruni bukit Gibral de faro menuju Istana Alcazaba, tingkat demi tingkat yang di susun dengan batu-batu yang kemas susunannya. Nampak curam dan licin. Kalau musim hujan, boleh jatuh tergolek. Turun, turun, turun. Berhenti rehat banyak kali. Penat, panas, puasa lagi. Sambung jalan sikit, rehat lagi di tempat redup. Tak tau la, macam mana orang zaman dahulu berperang. Semasa panglima Tarif melakukan serangan pertama ke Sepanyol, dalam bulan puasa. Begitu juga ketika Panglima Toriq bin Ziyad memenangi peperangannya di Sepanyol, dalam bulan Ramadhan. Moga inilah dikira pembukaan Sepanyol kali ke 2.

Entah mimpi apa, di tengah teruji berjalan itu terjumpa seorang remaja dari Malaysia. Haziq Ahmad dari KL travel alone. Dah pergi Mekah, Turki dan sekarang di sini. Berani betul budak ni, di awal 20’an, merayau travel seorang diri. Banyak duit tu, belanja tiket dan hotel tak kurang RM8K. Cuma Haziq sedang mendaki, lagi teruji, kami dah menurun. Ok la sikit.

Rasa hilang penat bila lihat gerbang Istana Alcazabar setelah beberapa jam berjalan. Tapi kembali terasa letih sebab kena bayar tiket lagi. Hai, dah la kalah perang, harta kita kena rampas, nak datang tengok kena bayar pula, nasib-nasib. Memang cantik istana ini, nampak sangat gagah dan indah.

Alcazaba memberikan suasana rasa yang berbeza jika dibandingkan Alhambra di Granada dan Alcazar di Sevilla, karena benteng Malaga ini umurnya tiga abad lebih tua dari yang lain. Bila korang masuk je Puerta de la Bóveda (Gerbang Kubah), suasana kuno begitu terasa. Dinding-dinding batu yang kelihatan terlalu lama dengan lorong yang dibuat dari batu-batu yang disusun rapi, berkelok-kelok tetapi tetap kukuh.

Kami mencari tempat yang pernah Abuya sampai, yang ada dalam gambar di buku Kembara. Nak ambil berkat. Akhirnya sampai juga di sebuah taman yang indah dengan pokok-pokok bunga. Gerbang yang di buat dari pokok bunga pagar. Di tengah-tengahnya terdapat pancuran air pancut. Sangat menenangkan. Jenuh juga nak dapatkan angle yang tepat seperti di dalam buku. Dah tepat pun masih tak serupa kerana terdapat beberapa perubahan di pokok bunga yang ditanam. Maklumlah dah berlalu lebih 30 tahun.

Ketika berjalan meneroka benteng lama ini, taman-taman inilah yang menjadikannya bertambah indah dengan air pancutnya. Airnya mengalir ke seluruh istana dan kota pertahanan ini melalui saluran-saluran khusus yang dibuat untuk memenuhi keperluan air dalam benteng. Hijau dedaun pokok bunga pagarnya menambah ketenangan dan kedamaian. Warna warni bunganya pula menceriakan hati.

Tetapi terlalu mewah hingga tergadai pendidikan akan melahirkan bangsa yang lemah. Generasi yang tak berjiwa besar. Keturunan yang manja dan tiada cita-cita. Kamu tentu tak mau melihat anak-anak kamu, cucu-cicit kamu kalah dalam kehidupan, gagal mewarisi perjuangan malah akhirnya menjadi kafir. Kalau begitu, terimalah kehidupan yang bersusah payah ini, penuh dengan ujian, tanggung jawab, cabaran, assigment, target dan lain-lain. Agar nafsu tidak selesa. Bukankah Ramadhan bulan untuk mujahadahtun nafsi. Menekan-nekan perasaan yang negatif. Mengeluarkan yang positif. Agar overhaul roh kita berjaya kali ini. Kita berjuang untuk menang dan mulia, bukan untuk kalah dan terhina. Marilah berjuang melawan nafsu. Menangkan iman, menangkan hak, menangkan mahmudah, menangkan mursyid, menangkan Rasulullah, menangkan Allah. Dah lama nifaq menang, batil menang, mazmumah berjaya, nafsu berjaya, syaitan dan tenteranya mengalahkan kita.

‎Ampun maaf, doakan kami. Nanti sambung cerita bertemu dengan Hassan dan Umar Al Faruq. Hari ni gerak ke Cordoba. Dah 2 hari di Granada.

Bilik 1, Itinera Hostel, Granada.
8.22am, Jun 13, 2016

P/s tq DRMK, insyaAllah Allah ganti lebih besar.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *