***Jambatan Sultan Yavuz Selim***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.
Hari Ahad lepas kami berxpdc dengan crafter ke jambatan baru. Jambatan gantung yang baru saja dirasmikan oleh presiden Turki 2 hari sebelumnya. Rupanya inilah antara hikmah kami berada di Turki sekarang kerana dapat melihat sendiri apa yang Allah sedang lakukan di Turki. Allah sedang menangkan Islam di sini. Turki yang pernah menjadi Empayar Islam selama 625 tahun. Itulah keberkatan. Berkenderaan di atas selat Bosphorus sambil menyelami alam rasa. Selat Bosphorus yang di sebelah tanah Asianya terdapat Maqam Nabi Yusya’ manakala di tanah sebelah Eropah terdapat Maqam Syeikh Telli Baba. Di Turki juga terdapat ribuan jasad sahabat Rasulullah syahid di di Golden Horn.

Hebatnya Tuhan jadikan Turki khususnya Istanbul. Turki telah melepasi 7 Firaun. Terbangunnya Turki bermula bila Erdogan menang tahun 2003. Dari Perdana Menteri hingga beliau menjadi presiden telah berlaku beberapa kali kudeta tetapi tidak berjaya. Sejarah Turki ini hampir setiap 10 tahun mesti ada rampasan kuasa. Bila ada pemimpin yang tidak mengikut telunjuk yahudi, akan berlaku tampasan kuasa. Bukan seperti yang dikehendaki oleh Mustafa Kamal kerana Mustafa Kamal sendiri mengikut telunjuk yahudi.

Jadi sesiapa yang naik tapi tidak mengikut telunjuk yahudi akan dibunuh. Seperti AS, jika tak ikut yahudi seperti Keneddy akan dibunuh. Begitulah dengan Turki tapi kali ini, cubaan rampasan kuasa mereka gagal kerana yahudi ibarat singa yang taringnya sudah copot. Tapi singa tetap singa, dia menganga pun orang dah takut, walau taringnya dah tak ada.

Kita sangat yakin, sekarang Erdogan ini di belakangnya ada para wali-wali yang mengatur menyusun. Sudah 80% terjadi, dunia telah dirombak. Tinggal 20% untuk diperkemas dan diperhalusi. Mereka sudah sangat hendakkan Islam cuma sistem secara lahir belum benar-benar Islam. Kudeta kali ini bangunnya atas kebangkitan Islam. Bersatunya parti-parti pembangkang dan pemerintah, ini tak berlaku di Malaysia. Di Malaysia setiap parti berpecah membina parti serpihan. Yang tak berpecah, jatuh menjatuhkan sesama parti.

Kebangkitan Islam, rohnya telah berlaku di sini. Kita tak pernah dengar rakyat bangun tengah malam, azan kemudian selawat dari pukul 1 pagi sampai ke Subuh! Ini berlaku ketika kudeta baru-baru ini. Turun beramai-ramai di bandar-bandar atas nama Islam. Laungan Allahu Akbar, walaupun ramai tak sembahyang lagi. Semangat tu dah ada. Kekuatan roh Ikhwan sangat membantu kebangkitan Islam di Turki sebab sebenarnya musuh sangat buntu memikirkan bagaimana kudeta mereka boleh gagal dan pihak Erdogan juga pelik macam mana mereka boleh menang. Masing-masing tak boleh beri gambaran yang tepat. Semua analisa berbeza-beza. Ini menunjukkan campurtangan para kekasih-kekasih Tuhan.

Mudah-mudahan atas kudeta ini kekuatan roh meningkat dan seterusnya kekuatan Islam di sini sebab tiada pemimpin Islam yang lantang seperti Erdogan. Semua dah habis dibunuh. Sebab itu mereka ramai-ramai nak mengkeronyok Turki. Eropah, Iran, Israel dsb. Erdogan berbaik dengan Rusia ada sebabnya, Rusia pun begitu juga. Begitu juga Israel. Semua pihak musuh sangat berhati-hati dengan siasah Erdogan tetapi nampaknya Erdogan tetap memenangi suasana.

Kita sangat berbangga dan berbesar hati atas nama Islam bila Presiden Rejab Toyyib Erdogan berjaya membawa Turki selaju ini. Seperti ‘smooth’nya kenderaan kami melalui Jambatan Yavuz Selim.

Jambatan Sultan Selim ini adalah jambatan gantung dengan rel keretapi terpanjang di dunia, panjangnya 2164 meter dengan tiangnya yang juga tertinggi di dunia. Tingginya 322 meter.

Jambatan yang disiapkan lebih awal dari tarikh perancangannya oleh syarikat swasta ini akan memberi perkhidmatan perjalanan lebih kurang 135 ribu kenderaan setiap hari. Kosnya melebihi 3 Bilion USD. Ia juga jambatan paling lebar di dunia dengan buka lebarnya 59 meter. Mempunyai 10 lorong. 8 lorong untuk kereta, 4 lorong setiap laluan pergi dan balik dan dua lagi untuk rel keretapi.
Inilah jambatan ketiga menghubungkan Istanbul Eropah dan Asia.
Hingga 2 Januari 2017, pemandu yang hendak melintas dari benua Asia ke Istanbul Eropah boleh memandu dengan percuma. Manakala dari Eropah ke asia dikenakan TL9.9.

Perasmian oleh Presiden Turki, Rejab Toyyib Erdogan dan PM Bin Ali Yeldrim.
Selain itu majlis juga disertai oleh speaker parlimen turki, Ismail Qaharman, ketua turus angkatan tentera turki Khulusi Akar, mantan presiden, Abdullah Gul dan Mantan PM, Daud Ughlu dan dihadiri oleh beberapa pimpinan dunia.

Seorang pegawai Turki menjangkakan, jambatan gantung ini akan menjimatkan 1.7 Bilion US Dollar setiap tahun kalau dikira kerugian waktu dan tenaga.

Sebelum merasmikan jambatan itu Erdogan telah melawat maqam Sultan Yavuz Selim. Berdoa dan mengambil keberkatan. Siapa itu Sultan Yavuz Selim? Baginda adalah cucu Sultan Muhammad Al Fateh. Sultan yang ke 9 dalam kerajaan Turki Othmaniah dan khalifah ke 74 dalam Islam.

Penulis sejarah mengatakan baginda adalah antara 3 sultan Othmaniah yang terhebat:
1. Sultan Muhammad Al Fateh
2. Sultan Yavuz Selim
3. Sultan Sulaiman Al Qanuni

Nama sebenarnya Sultan Salim i, digelar Yavuz yang bermakna tegas atau serius antaranya kerana wajahnya yang tegas, yang kurang senyum tetapi yang sebenarnya dikatakan tegas itu kerana dia menyelamatkan dunia Islam, Ahli Sunnah Wal Jamaah dari Syiah, di waktu itu khalifah pun telah menyorok-nyorok kerana diancam bunuh oleh Syiah.

Baginda juga dikatakan kembar kepada Sultan Muhammad Al Fateh kerana baginda juga Sultan Othmaniah yang menaiki takhta ketika muda usianya. Ada beberapa persamaan, kalau Sultan Muhammad Al Fateh lahir ketika ayahnya membaca Al Quran yang menyebut tentang kemenangan, Yavuz Selim pula meninggal ketika membaca Al Quran yang menyebut tentang kemenangan dan kejayaan. Kalau Sultan Muhammad Al Fateh berjaya mengambil alih kuasa pusat kerajaan Rom Bezentine, Sultan Yavuz Salim pula berjaya menyelamatkan pusat pemerintahan Islam iaitu Kota Mekah dan Madinah.

Hati dan jiwanya sangat tawadhu’ dan merendah diri, diceritakan di dalam operasi-operasi ketenteraan, baginda selalu berjalan kaki. Dalam naik-naik kuda, baginda akan turun berjalan kaki. Akhirnya ditanya oleh panglima-panglima dan para menteri, kenapa baginda turun berjalan kaki?

Sultan berkata, macam mana baginda nak duduk berjalan menunggang kuda sedangkan di hadapan sana, turut bersama tentera-tentera yang berjalan kaki itu Rasulullah SAW. Hatinya dapat melihat langsung Rasulullah dengan tentera-tenteranya menyebabkan dia sendiri turun berjalan kaki bersama tenteranya kerana melihat Rasulullah turut berjalan kaki. Baginda malu dengan Rasulullah yang hanya berjalan kaki bersama tentera Islam. Itulah hati Sultan Yavuz Selim

Antara jasa besar Sultan Yavuz Selim ini suatu hari dikhabarkan antara kota-kota di bawah kerajaan Islam di kawasan Asia telah diganggu oleh Sultan Ismail, ketua kerajaan Syiah Safawiyiah yang ketika itu bekerjasama dengan kafir kristian untuk menguasai Mekah Madinah dan negara-negara Islam. Khalifah sendiri telah diburu oleh Sultan Ismail untuk dibunuh. Ancaman Syiah itu telah menganggu kerajaan Othmaniah. Dengan serta merta Sultan Yavuz Salim menghentikan operasi ketenteraan di Eropah dan beralih sepenuhnya ke arah timur tengah. Dalam operasi menyelamatkan kota-kota Islam ini, Sultan Yavuz Salim telah menang ke atas Syiah Safawiyiah dan berjaya menyelamatkan dunia Islam dan kejahatan Syiah yang bergabung dengan Kristien.

Sayu dan hiba hati ini bila melihat sendiri seorang yang telah pergi ratusan tahun tetapi kerana sangat membela Rasulullah, hingga Rasulullah sendiri hadir bersama-sama dalam siri-siri peperangannya, Allah jadikan namanya disebut dan dikekalkan sebutannya. Diabadikan pada sebuah jambatan yang menghubungkan timur dan barat.

Ya Allah! Jadikanlah kami pembela Allah dan Rasul hingga ke akhir hayat. Aamiin.

Otw Green Bazar-Tepekent.
7.11pm, Ogos 30, 2016.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Jambatan Sultan Yavuz Selim***

  • August 31, 2016 at 11:43 am
    Permalink

    SubhanAllah…., Allahu Akhbar…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *