***Mei 2017- Hikmah Keris Malaysia di Sg Towy dan Meeting GISB di Kota London***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.Allah Maha Besar. Tuhan yang Maha Agung. Maha Suci dari segala kesilapan dan kesalahan bahkan segala yg berlaku di seluruh alam adalah dari pentadbiran Tuhan yang Maha Bijaksana. Tiada satu pun yang berlaku sia-sia. Semuanya berlaku penuh hikmah dan pengajaran. Walaupun hanya daun-daun kering berguguran di musim luruh atau debu berterbangan di jalan tanah merah apabila di gelek tayar kenderaan.
Betapalah jika yang berlaku itu sesuatu yang jarang berlaku. Sebagai hamba, kita kena sedar dan rasai ianya adalah tanda kekuasaan Allah. Ada 1001 hikmah tersembunyi yang Tuhan mahu kita ambil dan hayati. Seperti apa? Seperti penemuan sebilah keris panjang di Sungai Towy di Wales, United Kingdom lebih 10 ribu kilometer dari negara asalnya Malaysia. Jauhhhh tuuu…


Penemu keris tersebut, Andrew Davies, berasal daripada Carmarthen berkata, ketika beliau sedang menangkap ikan pada suatu malam di Sungai Towy dan ketika jaring diangkat, beliau mendapati wujud sebatang besi berupa seperti pedang terlekat pada jaring menangkap ikan.


“Ketika itu saya sedikit terkejut kerana ini bukan tangkapan biasa, biasanya tangkap ikan tapi kali ini tangkap pedang pula.
Tengok, Andrew pun terperanjat, kita pula tak terperanjat.
Korang semua tentu tahu, Keris ini lambang kekuasaan Melayu. Allah jadikan pula baru-baru ini berlakunya pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kita dapat melihat bagaimana Datuk Paduka Maharaja Lela mempersembahkan Keris Kerajaan yang merupakan alat kebesaran utama negara kepada Yang di-Pertuan Agong.

Seri Paduka yang menerima keris berkenaan lalu menghunus dan mengucupnya, simbolik kebesaran dan kekuasaan kepada Seri Paduka. Ia adalah lambang kebesaran dan kekuasaan Melayu.
Sesuatu yang sangat menggemparkan bila senjata lama Alam Melayu ini dijumpai dekat United Kingdom. Tak jauh dari London, pusat kuasa Britain yang pernah menjajah lama Tanah Melayu malah masih menjajah pemikiran dan perasaan ramai orang Melayu yang merasa besar Kota London. Bukan sedikit orang Malaysia yang lebih rasa teruja bila disebut London dibanding Mekah dan Madinah. Dibandingkan dengan Al Aqsa di Quds.
Portal DailyMail mengatakan bahawa senjata yang dijumpai berdekatan perlabuhan Carmarthen tersebut berasal dari kurun ke-18. Cuba kita fikir-fikirkan, bukan sekejap, beratus tahun, kenapa tak pernah dijumpai selama ini.
Keris itu dipercayai dibuat pada tahun 1700 dan kajian serta siasatan akan dibuat bagi mengenalpasti bagaimana keris itu boleh berada di Sungai Towy dan sudah berapa lama ia berada di situ.
Pada keesokan harinya, Andrew terus membawa keris itu ke muzium untuk mendapatkan kepastian dan maklumat tentang senjata itu.


Pegawai Muzium Carmarthenshire, Gavin Evans berkata, beliau telah menghantar gambar keris itu kepada pihak muzium di London, namun masih belum mendapat maklum balas.
“Saya belum mendapat apa-apa berita dan maklumat daripada pihak di London, namun daripada pemerhatian awal pihak kami senjata itu berasal daripada Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia di rantau Asia.”
Sepertimana yg Anjang sebut mula-mula tadi, Allah tak jadikan sesuatu itu sia-sia. Mesti ada hikmah. Terpulang kepada manusia mencungkilnya. Seperti firman Allah, آلم، يس، ص، آلر dan lain-lain, ada ulama tafsir mentafsirkannya dengan, Allah lebih mengetahui maksudnya. Ahli tafsir yg lain pula mengatakan, memang Allah Maha Mengetahui maksudnya tapi sudah tentu ia tidak sia-sia untuk kita. Padanya ada hikmah Tuhan yang boleh kita pelajari. Maka mereka mentafsirkan bahawa dengan huruf-huruf itu seolah-olah Allah cabar para kafir Quraish yang sangat pakar Bahasa Arab dengan kata-kata, Al Quran ini terdiri dari huruf-huruf yang sama seperti yang kamu gunakan setiap hari, tapi cubalah kamu tiru, kalau mampu!!
Oleh itu, mari kita yakini:

1. Penemuan keris di Sungai Towy, Wales, UK bukan sesuatu yang biasa-biasa atau sia-sia.

2. Penemuannya tidak lama setelah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuanan Agong ditabalkan di hari peringatan Israk Mikraj.

3. Keris adalah lambang kekuasaan dan kedaulatan orang Melayu.

4. Setelah ratusan tahun, orang Melayu dijajah secara fizikal dan berjaya merdeka tetapi masih terjajah pemikiran, perasaan, sistem politik, undang-undang dan lain-lain, munculnya keris ini di negara yg menjajahnya seolah-olah satu pengisytiharan orang Melayu akan berkuasa menerajui dunia ini.

5. Tetapi Melayu yang mana satu yang ada ciri-ciri mendaulatkan agama ini di bumi Eropah? Adakah Melayu yang masih mengagungkan Kota London, tergila-gilakan bershopping di sana sampai sanggup dilangkaunya saja bumbung Kaabah untuk ke London? Atau Melayu yang tak mampu untuk ke London, chek in tiket pun tak pernah?

6. Ketahuilah di tarikh 4hb Mei 2017, hari sebilah Keris, senjata lama Melayu di temui di Carmarthen inilah, berhimpunnya 9 orang Ahli Lembaga Penasihat GISB Holdings Sdn Bhd, ber’meeting’ di London.

7. Mereka bukan bermesyuarat di hotel kepunyaan Kapitalis Yahudi tetapi di villa GISB sendiri di Claygate, kawasan elit Kota London.

8. Mereka bersarapan pagi di Hyde Park sambil merasmikan ‘Food Van’ mereka sendiri yang didaftarkan rasmi dengan nama ‘Halal Food For All’ atas nama staf mereka warganegara Australia.

9. GISB juga mempunyai Restoran di Manchester, Frankfurt, Paris dan Istanbul. GISB sedang membuktikan kata-kata Mursyid, “Barat di ambang maut.”

10. Tak salah kalau Anjang sebut di sini, urat saraf yang mengalirkan oksigen kepada sistem kapitalis Yahudi telah terputus dari jantung yang mengepam darah bila mana bertapaknya GISB di London ini. Perancangan jahat Yahudi telah terhenti kerana telah datang kebenaran: .وقل جاء الحق وزهق الباطل، إن الباطل كان زهوقا

11. Ia berlaku di hari keris Melayu ditemui di sini bertepatan tarikhnya dengan bermesyuaratnya ALP GISB di Kota London.

12. SESUNGGUHNYA TUHAN TIDAK JADIKAN SESUATU ITU SIA-SIA.

HS GISB, Jerash.

3.02 pm, Mei 10, 2017

 

  • GISB komen isu politik malaysia 2017 (10)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *