***Sanliurfa: Memburu Keberkatan Nabi Ibrahim AS – i***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.
Berkat, berkat, berkat… Semuanya berkat ke??!! Kena ada usaha dan pengalaman. Kena ada modal gak! Tak kan semuanya kerana berkat. Taasub sangat!”
Begitu luahan kemarahan orang yang tak tau tentang berkat atau terancam dengan kekuatan berkat bila terlepas emosinya. Tak tau la apa yang mengancam dirinya atau Islam bila berkat diperjuangkan. Teringat ada hadis yang mengatakan,
(المرء عدو ما جهل)

Seseorang itu memusuhi apa yang dia tidak ketahui.
Kalau benarlah mereka memusuhinya kerana tidak mengetahui, elok kita sampaikan ilmunya, moga cinta yang akan menggantikan kebencian itu. Tapi jika setelah ilmu disampaikan masih kekal memusuhi, kira masuk section lain. Mazhab Al Hasadi. Susah bincang.
Anjang ni dalam flight Pegasus, Syarikat penerbangan tambang murah di Turki. Nak ke mana? Dari Istanbul menuju ke Sanliurfa, lebih 1000km jauhnya. Tanah Nabi Ibrahim AS dilahirkan. Sekitar tahun 90’an anjang pernah berpeluang menziarahi maqam Nabi Ibrahim AS di Khalil (Hebron) Palestin. Berkat PH, malah bersama dengan ALP, kali ini anjang dapat ke Sanliurfa untuk menziarahi tempat kelahiran baginda pula. Moga anjang dapat keberkatan ALP. Keberkatan Mursyid dan DIHA yang terlebih dahulu menelusuri jalan ini lebih 20 tahun yang lalu. Lebih-lebih lagi keberkatan Nabi Ibrahim AS yg Allah tetapkan kita sebut namanya setiap kali bersolat.
Macam mana boleh puak-puak ni tolak berkat? Sakit hati dengan berkat dan orang yang mencari dan memburu keberkatan. Sakit hati dengan orang yang mengulang-ulang perkataan berkat. Sedangkan Allah sendiri sebut perkataan berkat dan dikaitkan dengan diri-Nya. Dibaca sejak ia diturunkan hingga sebelum qiamat.

Firman Allah:

(( تبارك الذي بيده الملك ))

Maha Berkat Allah yang di tangan-Nya kekuasaan…
Perhatikan! Allah pun sebut berkat. Kenapalah sakit hati sangat. Rasulullah SAW pun sebut tentang berkat: 

 

‎بَاكِرُوا طَلَبَ الرِّزْقِ وَالْحَوَائِجِ ؛ فَإِنَّ الْغُدُوَّ بَرَكَةٌ وَنَجَاحٌ 

Terjemahan Korang cari sendirilah. 

Rasulullah SAW pun sebut. Malah banyak kali sebut.
Kalau bukan kerana pentingnya berkat takkan Allah syariatkan bacaan tahiyyat kena sebut “Ya Allah berkatilah Saiyidina Muhammad dan keluarga Saiyidina Muhammad sepertimana Kau berkati Saiyidina Ibrahim dan keluarga Saiyidina Ibrahim…” Fikirkanlah, Sembahyang yg sangat penting, yang kita kena lakukan setiap hari, tak boleh tinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekalipun. Itulah hubungan kita dengan Allah, Allah syariatkan kena doakan keberkatan kepada Rasulullah dan keluarga baginda. Siapa kita yang rasa tak perlukan berkat? Hebat sangat ke?! Tolong ubah perangai. Kalau dikata wahabi, marah. Tak terima. Walhal pemikiran dan perkataaan berbau wahabi….
Sahabat-sahabat Rasulullah SAW bukan berhujah dan mencari dalil bertabarruk atau mengambil berkat tapi lebih dari itu, kehidupan mereka memang sentiasa memburu berkat.
Daripada ‘Amir ibn Abdullah ibn Zubair mengisahkan ayahnya pernah menceritakan kepadanya bahawa dia pernah datang kepada nabi ketika baginda sedang dibekam.

Setelah selesai dibekam, Baginda SAW bersabda: “Wahai Abdullah (ibn Zubair)! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di tempat yang tidak seorang pun dapat melihat kamu.”

Setelah meninggalkan Rasulullah SAW, dia mengambil darah itu, lalu meminumnya. Apabila kembali semula, Rasulullah SAW bertanya: “Apakah yang telah kamu lakukan dengan darah itu?” Dia menjawab: “Aku telah sorokkannya di tempat yang sangat tersorok, yang aku tahu ia sememangnya tersembunyi daripada orang ramai.”
Baginda SAW bersabda: “Boleh jadi engkau telah meminumnya?” Dia menjawab: “Ya”.

Nabi SAW bersabda: “Kenapa kamu minum darah itu? Celakalah manusia daripada kamu dan terselamatlah kamu daripada manusia.” (riwayat Al-Hakim, al-Bazzar, Al-Isobah dan oleh Al-Haithami dalam Majma’)
Abu Musa mengatakan bahawa Abu ‘Asim berkata: “Mereka (para sahabat) berpendapat bahawa kekuatan yang terdapat pada Abdullah ibn Zubair itu disebabkan keberkatan darah tersebut.”
Dalam riwayat Imam al Dar Qutni daripada hadis Asma’ binti Abu Bakar juga seperti itu. Dalam hadis tersebut dinyatakan: “Dan kamu tidak akan disentuh api neraka”.

Dalam kitab al Jauhar al-Maknun fi Zikr al-Qaba’il wa al-Butun disebutkan, bahawa setelah Abdullah ibn Zubair meminum darah Rasulullah SAW, meruap bau wangi kasturi daripada mulut Ibnu Zubair dan bau itu kekal di mulutnya sehingga dia disalib (syahid). 
(Dalam Al-Mawahib, al-Quatallani, 1:284)

Imam Tabrani meriwayatkan daripada Safinah r.a katanya: Suatu ketika, Nabi Muhammad SAW berbekam. Setelah itu, baginda bersabda: “Ambillah darah ini dan tanamlah ia daripada (dilihat) oleh binatang, burung dan manusia”. Lalu, aku pun menyembunyikannya dan meminumnya. Kemudian, aku memberitahu hal itu kepada Rasulullah SAW, maka baginda pun ketawa. (Al-Haitami dalam Majma’ mengatakan bahawa rijal Al-Tabrani adalah thiqah. 8:270)
Dalam Sunan Sa’id ibn Mansur melalui jalan ‘Amru ibn Sa’ib disebut: “Telah sampai berita kepadanya bahawa Malik ibn Sinan r.a, bapa Abu Sa’id al Khudri, tatkala muka Nabi Muhammad SAW luka dalam peperangan Uhud, dia menghisap darah baginda SAW sampai bersih dan nampak putih bekas lukanya.”

Nabi SAW bersabda: “Muntahkan darah itu!” Malik r.a menjawab: “Aku tidak akan memuntahkannya selama-lamanya.” Bahkan, dia menelannya.

Nabi SAW bersabda: “Barang siapa ingin melihat seorang dari ahli syurga, maka lihatlah kepada orang ini.” Ternyata, dia gugur syahid dalam peperangan Uhud.

Imam Tabrani juga meriwayatkan hadis seperti itu. Antara lain, disebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mencampurkan darahku dengan darahnya, nescaya tidak akan disentuh api neraka”. (Al-Haithami mengukuhkan hadis ini dalam Majma’nya, 8:270)
Inilah hakikat yang sebenarnya berlaku. Keberkatan adalah kekuatan roh yang ditakuti musuh. Sebab itulah mereka mencari jalan menghapuskannya, walaupun di dalam pemikiran umat Islam. Lebih-lebih lagi bila dipraktikkan. Tapi bila tak faham berkhidmat dengan guru dan pemimpin itu adalah keberkatan maka dituduh taasub. Walhal itulah kekuatan cinta. Bila tak faham atau tak mahu faham, berkhidmat dengan pemimpin dengan memayungi mereka dari panas matahari pun dipertikaikan. Tapi bila berkhidmat memayungi kekasih yang belum ada ikatan yang sah di’viral’kan sebagai romantis. 
Maha Besar Tuhan yang mengizinkan kami memburu keberkatan Nabi Ibrahim di bumi Sanliurfa. 
Sampai di air port kami disambut oleh En Adib, Lokman dan Ihsan orang Turki yg berasal dari sini, tauke kedai cincin tak jauh dari masjid Saiyidina Abu Ayub Al Ansori di Istanbul. Kami dibawa dengan 2 buah kenderaan ke sebuah restoran mewah dan dijamu makan tengahari Ala Turki. Bermula dengan salad Turki, laban bercampur barli, seterusnya daging dan masakan dalaman lembu/kambing seperti hati, limpa bersama kebab yg ditabur bijan dihidang panas-panas untuk dimakan dengan nasi dan roti. Ketika makan, sampai hidangan ayran sejuk (susu cair masam) berbuih-buih yg dibuat di restoran itu, perghh sejuk ba’ hang… dan menyelerakan.


Selesai makan kami menuju ke hotel El Ruha melalui jalan-jalan di bandar Sanliurfa. Kami berpeluang melihat bukit yang masih berdiri dua tiang manjanik yang dikatakan menjadi tempat Namrud melastik Nabi Ibrahim ke bawah bukit yg telah dinyalakan dengan api yg membukit. Esok kami akan ziarah tempat ini insyaallah. Tapi yg lebih utama ialah menziarahi tempat kelahiran Nabi Ibrahim AS yg sangat berkat.


Di hotel anjang di tempatkan dengan En Rosli Esso dan Tuan USu. Kamar no 417. Berkatlah hotel 5 bintang ini dengan kedatangan ALP. Lokasinya pun istimewa. Seberang jalan je dah sampai ke taman yang ada kolam tempat nabi Ibrahim di bakar. Petang dan malam ni program bebas. Ziarah berkat akan bermula esoknya. 
Bersambung….


Hotel El-Ruha, Sanliurfa, Turki.

9.20am, Mei 26, 2017

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Sanliurfa: Memburu Keberkatan Nabi Ibrahim AS – i***

  • May 26, 2017 at 12:06 pm
    Permalink

    Syukran Ybm TD Harun yg diberkati..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *