***Qatar; Kembalilah Kepada Rasulullah SAW*** قطر: إنما أكلت يوم أكل الثور الأبيض

Kongsikan kepada yang lain
Share

Janggut Rasulullah SAW dan lain-lain barang berkat milik GISB Holdings Sdn Bhd

Salam Ramadhan.

Ramadhan yg mulia ini tiba-tiba digemparkan dengan keputusan Negara Saudi dan beberapa negara yang lain memutuskan hubungan dengan Qatar. Bukan sikit-sikit punya putus. Sampai ruang udara pun tak boleh lalu. Kalau pakai t shirt ada tulisan Qatar pun boleh kena penjara 15 tahun. Lain macam. Ramadhan Karim.
Tuduhannya Qatar menyokong keganasan kerana membantu Hamas dan Ikhwan Muslimin. Walaupun anjang tak 100% setuju dengan Ikhwan Muslimin dan Hamas tetapi anjang tak menafikan hak mereka mempertahankan tanah air dan tanah suci Islam dengan cara mereka. 
Kalau hujah menentang Qatar kerana membantu Hamas ertinya sasaran utama jangka panjang adalah Turki kerana Turki lebih banyak membantu samada Hamas atau Rifah atau secara umum seluruh rakyat Palestin daripada Qatar. Ia seperti dendam kepada Turki kerana gagalnya menghancurkan Turki melalui kudeta tentera Julai 2016. Tak berjaya secara direct, nampaknya ada usaha-usaha jarak jauh. Tetapi menuju ke sasaran yang sama iaitu menghancurkan satu-satunya negara Umat Islam Ahli Sunnah yang paling kuat hari ini.
Kaedah yang mereka gunakan ialah siapa yang menyokong kehendak mereka; iaitu mengatakan Qatar negara yang menyokong keganasan itu adalah kawan mereka. Siapa yang tidak menyokong, secara automatik adalah musuh mereka. Secara automatik adalah juga penyokong keganasan. Tiada istilah negara berkecuali bagi mereka. 
Mereka akan tanya, 11 negara mengakui Qatar adalah penyokong keganasan, kenapa kamu tidak? Kalau begitu kamu dikira penyokong keganasan juga. Soalan itu akan diajukan kepada semua negara majoriti Islam termasuk Malaysia.
Propaganda berkaitan dengan negara penaja keganasan akan membahagi dunia kepada 2 blok. Penyokong Amerika dan Zionis serta penentangnya. Tetapi kalau kita amati sungguh-sungguh, mereka yang menyokong juga akan menerima nasib yang sama akhirnya seperti yang disebut dalam peribahasa Arab:

‎ (إنما أكلت يوم أكل الثور الأبيض)
Hari kita biarkan Qatar dibunuh sebenarnya kita telah dibunuh. Seperti sebelum ini, hari kita biarkan Saddam Hussein digantung, sebenarnya hari tu hakikatnya kita telah mati digantung.
1. Hitler yang membunuh 11 juta orang, dia bukan seorang Muslim.

2. 17 juta kematian dalam Perang Dunia Pertama bukan disebabkan oleh orang Islam.

3. 55 juta kematian dalam Perang Dunia Kedua bukan disebabkan oleh orang Islam.

4. Lebih 100 ribu kematian di Kashmir bukan berpunca dari orang Islam.

5. Ribuan kematian di Afghanistan bukan disebabkan oleh orang Islam.

6. Joseph Stalin yang membunuh 20 juta orang, dia bukan seorang Muslim.

7. 3 juta kematian dalam peperangan di Kemboja bukan disebabkan oleh orang Islam.

8. 12 juta kematian dalam peperangan Iraq, bukan orang Islam puncanya.

9. 500,000 kematian di Bosnia dan Kosova, bukan orang Islam puncanya.

10. Mao Tse Tsung yang membunuh 20 juta manusia, dia bukan seorang Muslim.

11. Benito Mussolini yang membunuh 400 ribu orang, dia bukan seorang Muslim.

12. 200 ribu kematian di Hiroshima dan Nagasaki bukan disebabkan oleh orang Islam.

13. 5 juta kematian dalam peperangan Vietnam bukan berpunca dari orang Islam.
Dakwaan Akidah dan Syariat Islam adalah punca keganasan hanya kerana banyak kejadian serangan dilakukan oleh orang Islam langsung tidak boleh diterima. Apakah benar-benar ia dilakukan oleh orang Islam ataupun ada tangan-tangan ghaib yang merancangnya dengan teliti dan mendatangkan aktor-aktor untuk melakonkannya? Menurut Sejarah penjenayah keganasan ini semuanya bukan Muslim, kenapa orang Islam yg dipersalahkan?
Umat Islam kena bersatu dalam menghadapi serangan ini. Siapa yang boleh menyatukan umat Islam? Tiada siapa yg mampu hanya Rasulullah sahaja yg mampu. Walaupun nampak tak logik, tapi percayalah inilah sahaja jalannya.

Jubah yg Rasulullah SAW pakai ketika kembali dari Israk Miraj dipamerkan sepanjang Ramadhan di sebuah masjid di Istanbul, Turki

Sebab itu kita kena membina kekuatan roh dengan merindui Rasulullah terlebih dahulu sebagai persiapan menentang musuh. 
Sebab itu jika ada sesuatu yg boleh menambah ingatan dan rindu kita kepada baginda Rasul, kita kena usahakan walaupun tinggi kosnya dan sulit melakukannya.
Sebab itu kita kena sangat-sangat berterima kasih dengan orang yg mengembalikan ingatan dan perasaan kita kepada Rasulullah.

GISB Dihadiahkan 4 helai janggut Rasulullah SAW di bulan Ramadhan ini.

Yakinlah nanti rahmat Allah akan turun dengan sebanyak-banyaknya. Dengan seluas-luasnya. Allah akan tunjukkan jalan menentang musuh-musuhNya.
“…Terima kasih kerana membawa Rasulullah kepada umatnya…”

Janggut Rasulullah SAW

Villa GISB, Istanbul, Turki.

4.51 pm, Jun 10, 201

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Qatar; Kembalilah Kepada Rasulullah SAW*** قطر: إنما أكلت يوم أكل الثور الأبيض

  • June 11, 2017 at 11:33 pm
    Permalink

    Jazakallah anjang

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *