Asrama maahad tahfiz terbakar

Kongsikan kepada yang lain
Share

Oleh Irwan Shafrizan Ismail
irwansha@bh.com.my

SEPANG: Dua unit asrama penginapan Maahad Tahfiz Al Baraqah di Jalan Salak Besar di sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4.42 pagi itu, dua blok asrama yang menempatkan 100 pelajar lelaki terbakar 100 peratus manakala sebuah bangunan pejabat bersebelahan pula terbakar 30 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Khairuddin Jamaludin, berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

"Ketika kejadian, kesemua pelajar sedang tidur dan kebakaran disedari oleh seorang warden asrama yang kemudian mengejutkan kesemua pelajar untuk menyelamatkan diri," katanya.

Menurutnya lagi, seramai 25 anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kebakaran bersama dua jentera dan api berjaya dikawal dalam tempoh setengah jam sebelum operasi pemadaman ditamatkan kira-kira jam 8 pagi ini.


Anak-anak asrama Al Baraqah Aidil Fitri baru-baru ini.

Anjang:
Malang tak berbau. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Moga semua anak-anak dan pentadbir asrama tabah menghadapinya. Sesiapa yang ingin membantu meringankan beban semua mangsa dan penjaga mereka boleh hubungi:

Puan Norlida:
+60 12-227 5393

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *