Halimah Yacob Angkat Sumpah Jawatan Presiden Ke-8 Singapura

Kongsikan kepada yang lain
Share

Tarikh kemaskini: 14/09/2017

Oleh Massita Ahmad

SINGAPURA, 14 Sept (Bernama) — Halimah Yacob mengangkat sumpah sebagai Presiden kelapan Singapura di Istana hari ini yang juga menandakan hari pertama beliau menyandang jawatan itu untuk tempoh enam tahun.

“Saya, Halimah Yacob, yang dipilih sebagai Presiden Republik Singapura, sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan menjalankan tugas-tugas saya dengan jujur dan ikhlas “. Upacara mengangkat sumpah jawatan itu disaksikan oleh perdana menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Ketua Hakim Sundaresh Menon.

Halimah, 63, Presiden wanita pertama Singapura menggantikan Tony Tan Keng Yam yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Ogos.

Dalam ucapannya selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden, Halimah berkata: “Saya tahu bahawa sesetengah rakyat Singapura lebih suka mencapai ini tanpa perlu mengadakan pilihan raya yang dikhaskan. Saya menghormati pandangan mereka. ”

Pilihan raya Presiden Singapura 2017 memperuntukkan calon presiden kepada komuniti Melayu.

“Seperti mereka, saya menaruh harapan supaya suatu hari nanti, kita tidak lagi perlu bergantung kepada peruntukan untuk mengadakan pilihan raya, dan rakyat Singapura secara semula jadi dan dari semasa ke semasa memilih warga dari semua kaum sebagai Presiden.

Halimah memberi jaminan kepada semua rakyat Singapura bahawa “sebagai Presiden anda ” saya akan berkhidmat kepada setiap orang daripada anda, tanpa mengira kaum, bahasa atau agama.”

Halimah dilantik sebagai Speaker wanita pertama Parlimen Singapura empat ahun lalu.

Beliau menceburi politik pada 2001 dan menjadi anggota Parlimen Kawasan Pilihan Raya Kumpulan Perwakilan (GRC) Jurong dan GRC Marsiling Yew-Tee.

Halimah yang diisytiharkan sebagai bakal Presiden pada Rabu juga ialah ketua negara pertama dari komuniti Melayu dalam tempoh 47 tahun.

BERNAMA

AM: Anjang tak tau bidang kuasa presiden di Singapura. Adakah sebagai simbol sahaja atau ada peranan yang boleh di mainkan. Kalau ada peranan seperti boleh memberi keampuan kepada pesalah tertentu seperti membebaskan mereka yang menerima hukuman penjara sepanjang hayat bila didapati berkelakuan baik sepanjang beberapa tahun di penjara, dapat juga orang lain memanfaatkan kedudukannya. Contoh lain, boleh ‘clear’ kan ‘black list’ mereka yang dilarang masuk Singapura atas sebab-sebab tertentu. Sangat membantu orang yang memerlukan khidmat begini. Secara lahir, nampak indah kerana lengkap bertudung menutup aurat, moga ada maksud Allah jadikan beliau presiden Singapura ketika ini di waktu ramai orang memomok-momokkan Islam dan umat Islam. Moga Allah menangkan Islam di akhir zaman ini. Aamiin…

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *