Trump: AS mungkin terpaksa ‘musnah sepenuhnya’ Korea Utara

Kongsikan kepada yang lain
Share

Presiden Donald Trump berkata pada hari Selasa bahawa Amerika Syarikat mungkin akan terpaksa “memusnahkan sepenuhnya” Korea Utara kecuali Pyongyang menghentikan cabaran nuklearnya, sambil memperolokkan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sebagai “rocket man’ dalam misi membunuh diri.

Bunyi bisikan kedengaran memenuhi ruang dewan Perhimpunan Agung PBB ketika Trump mengeluarkan amaran kerasnya kepada Korea Utara, di mana ujian peluru berpandu balistik dan ujian nuklear yang dilakukan Pyongyang telah menggusarkan masyarakat dunia.

Kecuali Korea Utara berhenti daripada berbuat demikian, katanya, “Kami tidak akan mempunyai pilihan selain menghancurkan Korea Utara sepenuhnya.”

“Rocket man ini adalah dalam misi bunuh diri untuk dirinya dan rejimnya,” katanya.

Delegasi Korea Utara ke PBB tidak segera memberi reaksinya ketika diminta mengulas kenyataan Trump itu.

Seorang diplomat muda Korea Utara tetap duduk di kerusi barisan hadapan delegasi mendengar ucapan Trump, kata delegasi Korea Utara ke PBB.

Dalam penampilan pertamanya di perhimpunan tahunan para pemimpin dunia itu, Trump menggunakan ucapannya selama 41 minit itu untuk turut mensasarkan demokrasi Venezuela yang runtuh dan ancaman pelampau Islam. Dia juga mengkritik kerajaan Cuba.

Tetapi kata-katanya yang paling keras ditujukan kepada Korea Utara. Beliau menggesa negara anggota PBB untuk bekerjasama untuk mengasingkan kerajaan Kim sehingga ia menghentikan tingkah laku “bermusuhan”.

Beliau berkata keghairahan Korea Utara terhadap senjata nuklear dan peluru berpandu balistik mengancam seluruh dunia dan nyawa manusia.

Dalam apa yang mungkin dilihat dituju kepada China, rakan perdagangan utama Korea Utara, Trump berkata ada negara yang bukan sahaja berdagang dengan rejim sedemikian tetapi akan membekalkan dan memberi sokongan kewangan kepada negara yang membahayakan dunia dengan konflik nuklear. ”

Beralih ke Iran, Trump menyifatkan perjanjian nuklear 2015 yang dirundingkan oleh pendahulunya, Barack Obama, adalah memalukan dan membayangkan bahawa beliau mungkin tidak akan mengesahkan semula perjanjian itu apabila ia berakhir pada pertengahan Oktober.

Trump, yang memasuki Rumah Putih lapan bulan lalu, memberitahu para pemimpin dunia bahawa AS tidak akan memaksakan kehendaknya terhadap negara-negara lain dan akan menghormati kedaulatan negara lain.

“Saya akan mempertahankan kepentingan Amerika di atas segalanya,” katanya.

“Tetapi dalam memenuhi tanggungjawab kami kepada negara-negara lain, kami juga menyedari bahawa ia adalah demi kepentingan semua pihak untuk mencari masa depan di mana semua negara boleh menjadi berdaulat, makmur dan selamat.”

Membaca dengan teliti dari skrip, Trump berkata tentera AS tidak lama lagi akan menjadi yang paling kuat.

Beralih ke Venezuela, Trump menyifatkan situasinya “sama sekali tidak boleh diterima” dan berkata Amerika Syarikat tidak boleh hanya memeluk tubuh dan menonton. Dia memberi amaran bahawa AS sedang mempertimbangkan tindakan selanjutnya yang boleh diambil.

“Kami tidak boleh hanya memeluk tubuh dan menontonnya,” katanya.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *