Jeritan ‘Api’ Selamatkan Penduduk Wakaf Mek Zainab

Kongsikan kepada yang lain
Share

KOTA BHARU, 23 Sept (Bernama) — Jeritan penduduk menyedarkan seorang remaja dan beberapa penduduk di Wakaf Mek Zainab di sini daripada tidur ketika api sedang marak membakar 20 unit rumah setinggan di kawasan itu awal hari ini.

Aliff Zaquan Abdullah, 16, berkata ketika kejadian beliau bersama ibu dan tiga adiknya sedang tidur dan menyedari tentang kebakaran itu selepas terdengar bunyi bising jeritan daripada jirannya yang mengatakan rumah di sebelah sedang terbakar.

Katanya sebaik terjaga beliau terus membuka tingkap di bahagian dapur rumahnya dan mendapati sebuah rumah yang dihuni oleh seorang lelaki kurang siuman sedang terbakar.

“Saya segera mengejutkan ibu, Nik Irna Mas Idayu Che Mahmud, 34, dan membawa keluar adik-adik yang berusia satu hingga enam tahun menyelamatkan diri.

Saya hanya sempat menyelamatkan dompet dan telefon bimbit sahaja kerana mahu cepat keluar daripada rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini, hari ini…..

AM: Kebakaran demi kebakaran mengingatkan kita dengan api neraka Allah di akhirat kelak…

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *