***Malam Syita’ di MNM, Irbid***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan 12, 2017. Ertinya sudah penghujung tahun. Akan datang tahun baru. Bertambah umur kita. Bertambah tanggung jawab yang perlu kita muhasabahkan.

Dari tengahari tadi anjang di Irbid. Ke klinik gigi di Syari’ Hakama, buat bridge. Lokasinya tak jauh dari rumah Yasin Anazi, penama Restoran Nur Malaysia Irbid. Dulu namanya Mat’am Nur Muhammad. (Sejarah Awal Kafe NM Irbid) Dulu khalf Funduq Hijazi pastu pindah ke Nadi Arabi, sekarang tak jauh dari Restoran Khan Zaid atau Dale’ Karsyak.

Sejarahnya, kami berpindah dari Syria tahun 2012 sebab krisis di Syria telah bertambah buruk. DIHA minta buka kafe di Irbid sebagai aktiviti pelajar. Ketika itu, Restoran besar dah ada di Jerash. Jadi di Irbid ketika itu tak diminta buka restoran sebesar Mat’am Qasr Lubnan.

Terlalu banyak sejarah pahit manis pembukaan restoran. Sama dengan pembukaan mana-mana kafe GISB seluruh dunia. Mempersiapkan kafe dari 0. Maklumlah premis yang disewa bukan kafe, pejabat kecil hartanah. Beli barang-barang baru dan terpakai untuk siapkan. Kerusi, meja, dapur, pinggan mangkuk, serombong asap, tong gas. Tempah kuali roti canai. Hinggalah berjaya dirasmikan oleh Ketua Dewan Perniagaan Arab Irbid. ( Perasmian NM Irbid 2012 ) Bukan tiada ujian, dua orang staf pernah ditahan di lokap Jordan dan dikeluarkan dengan bayaran yang bukan sedikit.

Ramai yang terlibat secara langsung di sini, antaranya Ibu Hajiera, Ummu Anas, Ibu Sham yang telah pergi ke alam Baqa’. Yang masih panjang umur, Ibu Lin, Ibu Matun, Ibu Uyun. En Megat antara yg gigih membantu hingga masuk TV Rukya ( NM di TV Rukya Jordan ) Tak kurang fitnah yang dilemparkan oleh akhbar Berita Harian terhadap aktiviti NM, semuanya berjaya dilepasi dengan keberkatan.

Anjang pun dah pernah bertugas di tempat lain, bukan di sini. Ke AB, Morocco, sekarang kembali ke sini. Tapi orang-orang lama masih ada di sini seperti En Zul, Hafiz, Faah. Cuma En Hafiz dan En Zul banyak di Amman. Allah rezkikan di Bulan kelahiran Rasulullah SAW ini GISB membuka sebuah lagi restoran yang merupakan restoran Malaysia pertama di Amman, ibu negara Jordan. (FB Nur Malaysia Amman) Jaeid sekarang bertugas di Malaysia, sikit hari lagi terbang ke Haramain.

Sejak 5 tahun sudah, terlalu banyak yang berlaku untuk mendewasakan diri samada fizikal, akal mahupun roh. Kita diberi peluang mengkualitikan diri dengan pelbagai aktiviti yang lahirnya seperti seperti perniagaan tapi hakikatnya ia adalah pendidikan. Pendidikan untuk menjadikan kita benar-benar hamba Allah yang takut setakut-takutnya pada Allah, rindu serindu-rindunya pada Nabi…

Mat’am Nur Malaysia, Irbid

9.15 PM, Dec 9, 2017

9 darjah C

Kongsikan kepada yang lain
Share

Cari produk Murah Online?

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Malam Syita’ di MNM, Irbid***

  • December 14, 2017 at 11:41 am
    Permalink

    Rindu TDH……

    (Fateh Azam)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *