ASEAN iktiraf Muar terbersih

Kongsikan kepada yang lain
Share

Bukamata banyak pihak, menjadi bandar contoh

KHAMIS ini akan tercatat satu lagi kejayaan baharu dalam sejarah pencapaian urus tadbir bandar Muar apabila akan dinobatkan sebagai bandar paling bersih di ASEAN.

Pengiktirafan menerusi A­nu­gerah Bandar Pelancongan Bersih ASEAN (ACTCA) itu akan diberikan di Chiang Mai, Thailand dalam satu majlis khas. Secara langsung ini merupakan satu permulaan untuk bandar Muar menjadi bandar lestari pada masa depan.

Pihak penganjur menghantar pegawai dan panel ACTCA pada hujung tahun lalu untuk menilai tahap kebersihan sama ada layak atau tidak mendapat ACTCA. Selepas berpuas hati dengan semua aspek dan kriteria, Muar dipilih secara terhormat untuk ACTCA.

Antara spesifikasi dan pia­waian penting dalam penilaian ACTCA dibuat menerusi bandar yang bersih dan cantik terma­suk daripada sudut landskapnya. Mungkin ini pertama kali bandar dalam Malaysia menerima anugerah di peringkat Asia Tenggara.

Ini adalah kejayaan kali kedua untuk bandar Muar selepas dinobatkan sebagai antara lima bandar paling bersih di Malaysia pada Disember 2015 selain Putrajaya, Pekan di Pahang, Rembau (Negeri Sembilan) dan Langkawi (Kedah).

Kedua-dua kejayaan tersebut meletakkan bandar Muar dengan kedudukan di bahagian utara Johor dalam kelas yang teristimewa. Status Muar yang berkeluasan 133,864 hektar dan bersempadan dengan Melaka terangkat darjat dengan sendirinya!

Perkembangan ini sudah tentu ‘mengejutkan’ Bandaraya Johor Bahru dan Bandaraya Iskandar Puteri di Johor yang kini me­ngalami kebangkitan urbanisasi dan menuju sebuah metropolitan bertaraf dunia dengan standard terbaik dan bersifat ikonik.

Semua pencapaian itu adalah sesuatu yang menakjubkan bagi bandar Muar. Kreditasi perlu diberikan kepada Majlis Perban­daran Muar (MPM) yang bertanggungjawab dan menjadi nadi utama dalam merealisasikan ke­ja­yaan itu yang menjadi kebanggaan negara.

Begitu juga peranan yang dimainkan syarikat konsesi yang dilantik kerajaan bagi mengendalikan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam bagi zon Selatan iaitu SWCorp serta kerjasama

pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa adanya penglibatan dan kerjasama semua pihak terutama warga Muar yang bersama-sama berdisiplin menjaga kebersihan bandar tersebut.

Bukan mudah untuk me­rangkul ACTCA malah cabarannya amat besar bagi sebuah perbandaran kecil seperti bandar Muar. Ini kerana bandar di tepi muara Sungai Muar itu mempu­nyai sungai yang cukup luas untuk dijaga apatah lagi mengalir dari daerah berdekatan.

Selain itu bandar tersebut mem­punyai banyak kawasan industri berdekatan bukan sahaja di Muar tetapi juga Tangkak dan Pagoh. Keupayaan mengawal dan mengekalkan udara bersih segar walaupun terdapat banyak kilang di sekitarnya adalah sesuatu yang sukar.

Bukan sahaja keadaan ini dapat meningkatkan taraf hidup penduduk dengan menjaga udara bersih tetapi juga bandar Muar mempunyai kualiti air tulen yang terpelihara dan jalanan bebas dari­pada kotoran lambakan sampah serta kesesakan lalu lintas.

Biasanya kondisi seperti ini kita hanya dapat dibayangkan di bandar-bandar moden dan maju di Asia seperti di Jepun dan Singapura. Namun pemandangan itu boleh dilihat di bandar Muar walaupun mempunyai bangunan-banguan lama kolonial yang bersejarah.

Semua ini adalah hasil transformasi bandar Muar setelah diisytiharkan sebagai Bandar Ma­harani Bandar Diraja pada Februari 2012. Sejak itu pelbagai inisiatif dilakukan bukan sahaja kebersihan tetapi melibatkan semua aspek.

Perubahan drastik berlaku a­pabila bangunan-bangunan la­ma dicat, Dewan Jubli Intan dan kawasan rekreasi seperti Tanjung Emas dan Tanjung Ketapang dinaik taraf. Ini termasuk beberapa pintu gerbang didirikan di pintu masuk ke Muar selain mercu tanda mahkota dibina menzahirkan fizikalnya sebagai Bandar Maharani Bandar Diraja.

Kredit:

Muar Bandar Terbersih

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *