***Misr, ana gai…***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Depan Masjid Saiyidina Husin RA

Salam ceria.

Ziarah ke Mesir kali ini sangat berbeza dengan kali pertama anjang jejaki Mesir 29 tahun yang lalu. Dulu anjang datang ke Mesir dengan semangat berkobar-kobar untuk menjadi duta jemaah juga belajar di Al Azhar. Ketika itu kalau tak silap naik pesawat PIA, transit di Karachi.

Ketika itu di Karachi juga mempunyai Markaz Al Arqam. So, tak perlu sewa hotel. Markaz ketika itu merangkap rumah tetamu. Bayangkan sejak lebih 30 tahun lalu Mursyid telah siapkan sistem yang membantu pergerakan perjuangan di peringkat antarabangsa. Lebih-lebih lagi dalam Malaysia dan Asia Tenggara. Di setiap tempat yang ditarget oleh mursyid, kita mempunyai pusat pergerakan dan ahli-ahli yang menyambut serta melayan. Ukhuwah sangat ketara. Terima kasih A.

Sampai di Cairo Oktober atau awal November 89 tu, kami dijemput oleh kawan-kawan dengan van Volkswagen. Ketika itu siswa/i Al Azhar dari Malaysia lebih kurang seramai 6,000 orang. Mereka kebanyakkannya hidup berkelompok ikut fahaman politik seperti PAS, ALAMI, UMNO atau berdasarkan negeri seperti rumah Perak, Johor, Pahang dll. Setahu anjang tiada satu pun dari kelompok tersebut mempunyai van seperti Al Arqam. Tapi sikap mereka yg berpuak-puak kerana berbeza fahaman politik itu menyebabkan berlaku perebutan pelajar-pelajar baru di AirPort.

‘Wajah’ orang Mesir sedikit terserlah bila seorang pekerja memaksa kita serahkan wheel chair yg sedang kita guna, dia dakwa AirPort punya. Terpaksalah bertekak juga sebab memang milik kita dan keperluan kita. Alhamdulillah melalui kastam, tanpa dibongkar segala bagasi. Moga Allah ampunkan anjang kerana dah bersangka-sangka.

Agak pelik, keluar dari laluan kastam, suasana lapang. Lengang. Tidak seperti sekian banyak airport. Rupanya Mesir tidak membenarkan orang menunggu masuk di ruang menunggu. Tunggu semua di luar. Di tepi jalanraya. Kenal betul pihak berkuasa air port dengan ragam bangsa mereka. Kalau diberi peluang, mau zahmah awi-awi AirPort macam Atabah dan Hussein.

Kami dijemput oleh para remaja GISBH Mesir dengan sebuah coaster dan sebuah van Chevrolet yang comel. Udara sejuk bumi Kinanah menyapa pipi kami. Sejuk tapi tak sesejuk Jordan. Dah sampai Hussin… sambung

Kongsikan kepada yang lain
Share

Cari produk Murah Online?

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *