Membangunkan Agama dan Bangsa Islam

Kongsikan kepada yang lain
Share

Al Fatihah

Membangunkan satu bangsa tidak semudah dikata.

Lebih-lebih lagi hendak membangunkan umat Islam tidak semudah dicerita.

Membangunkan bangsa,

Islam banyak syarat-syaratnya.

Kalau tidak faham syarat-syaratnya dan tidak pandai mengisi syarat-syaratnya,

hanya angan-angan sahaja.

Di antara syarat-syaratnya agar jelas dan nyata untuk mudah melaksananya,

seperti yang akan dinyata

Ada pemimpin yang berilmu, bertaqwa, berwibawa, ikhlas memimpin bangsa.

Ada team kepimpinan yang berilmu, ada rasa bersama, boleh bekerjasama, boleh berkorban harta dan jiwa.

Rakyat dan pemimpin juga cerdik pandai mesti ada cita-cita agama dan bangsa.

Para pemimpin dan cerdik pandai mampu memimpin rakyat-rakyatnya.

Perlu bersatu-padu berjuang, rasa bersama dan bekerjasama, berkorban apa sahaja.

Ada jemaah, ada program di dalam jemaah di semua aspeknya.

Ertinya di dalam jemaah ada pembangunan insaniah, ada pembangunan material untuk kehidupan.

Faham masalah di dalam jemaah dan mampu menyelesaikannya.

Pandai membuat mana yang utama daripada yang kurang utama.

Yang patut didahulu didahulukan, yang patut dikemudian dikemudiankan.

Masalah rakyat di semua aspek kehidupan mereka dapat diurus dengan baiknya.

Rakyat dan pemimpin rajin bekerja dan aktif berusaha untuk agama dan bangsa.

Kepentingan diri, keluarga dan kroni tidak ada.

Ada program keluar untuk menyedar dan menginsafkan manusia terhadap Tuhan dan agamanya.

Mana-mana yang sudah sedar dan insaf terus diberi ilmu dan dididik secara istiqamah.

Membangunkan agama dan bangsa perlu strategi, perlu bijaksana perlu lama.

Apakah ada pemimpin umat Islam di hari ini boleh mengisi syarat-syaratnya.

Apakah pemimpin umat Islam di hari ini ada ilmu tentang membangunkan agama dan bangsa?

Apakah pemimpin hanya sekadar boleh berslogan.

sedangkan ilmu mengenainya tidak ada?

Apakah ada pemimpin-pemimpin yang benar-benar ikhlas kerana Tuhan

bukan kerana nama dan glamor?

Apakah para pemimpin mampu memberi contoh lebih dahulu sebelum rakyatnya?

Tentu susah untuk menjawabnya!

Lebih-lebih lagi susah untuk melaksana

Lebih susah lagi untuk sabar melaksana bila berhadapan dengan cabaran-cabarannya.

Ya! Memang susah dan pahit untuk bangunkan agama dan bangsa.

Menjelang tidur

23.07.2004

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *