***PENGAJARAN DARI FITNAH TERHADAP GISB- Siri iv – ‎البيّنة على من ادعى واليمين على من أنكر***

Kongsikan kepada yang lain
Share

البينة على من ادعى واليمين على من أنكر

Terjemahannya:

Bukti itu wajib dikemukakan oleh sesiapa yang mendakwa dan sumpah pula kena dibuat oleh sesiapa yang menafikan tuduhan atau dakwaan.

Ini adalah salah satu kaedah dalam perundangan Islam. Ia diambil dari hadis Nabi. Orang yang belajar Islam kerana Allah untuk beramal, amat memahami hadis ini. Sebab itu mereka berhati-hati dalam membuat sebarang tuduhan kerana setiap tuduhan memerlukan bukti. Memerlukan saksi.

Susunan bahasanya sangat kuat. Mubtada’ khabar. Benda cerita. Subjek prediket. Kalau disebut dengan cara lain pun tetap boleh difahami.

Seperti:

من ادعى فعليه بالبينة

Sesiapa yang mendakwa sesuatu, dia kena kemukakan bukti.

Tapi tak terlalu kuat. Rasul tak bersabda begitu. Rasulullah SAW dahulukan البيّنة. Taqdim dan taakhir memainkan peranan. Sudah tentu ada kekuatan dan penekanan di situ. Seperti umpamanya kita kata:

نعبدك الله

Kami menyembahMu Allah

Sangat berbeza dari sudut penekanan dan kekuatan maknanya dengan:

إيّاك نعبد

Hanya kepada Engkau kami menyembah…

Di sini kita dahulukan Tuhan, dahulukan Allah, dahulukan pencipta kita, dahulukan Zat yang Maha Berkuasa, Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Pengasih dan Penyayang, Maha Keras SiksaanNya, Maha Segala-galanya: (Hanya kepada Engkau…)

Baru disambung dengan

(…kami menyembah)

Dahulukan Tuhan,

bukan dahulukan diri kita yang lemah dan hina ini. Sangat kuat.

Ini menjelaskan pada kita, seolah-olah Nabi SAW nak tegaskan dan ingatkan kita;

bukti! bukti! bukti! pastikan ada bukti! Kalau kamu nak mendakwa sesuatu. Kena ada bukti, kena ada saksi…

Itulah indahnya Islam. Supaya manusia hidup aman damai. Kalau dibiarkan semua orang boleh menuduh tanpa bukti, huru hara dunia.

Islam juga memberikan hak pada yang dituduh untuk menafikan dengan bersumpah. Sumpah dari seorang yang dituduh ada harga, ada nilai. Siapa yang memberi harga dan nilainya? Rasulullah SAW.

Tapi ‘Mahkamah Rendah What’s Up Group’ dan ‘Mahkamah Tinggi Face Book’ tidak memberi nilai yang sama seperti Rasulullah SAW. Platform musuh. Maka seorang yang bernama Rahmat begitu berani menuduh itu dan ini kepada sesama muslim tanpa bukti. Juga Azmi sanggup viralkan kepada ribuan orang. Entah berapa ribu yang like dan share. Entah berapa ribu pula yang komen sesuka nafsu. Sampai hilang kawalan. Tapi Tuhan tak pernah hilang kawalan!

مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

18. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).

Surah Qaf: 18

30D, SV841, OTW Jeddah

4.57 pm

Mac 26, 2018

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *