***PENGAJARAN DARI FITNAH TERHADAP GISB- Siri ix – Seseorang itu mengikut cara hidup/agama kawannya***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Seseorang itu mengikut cara hidup atau agama kawannya

Dalam Hadis disebut:

المرء على دين خليله فلينظر أحدكم من يُخَالِل

Seseorang itu mengikut agama atau cara hidup kawannya, maka lihat dengan siapa kamu berkawan.

Sebab itu kena betul-betul dalam buat pilihan. Betul-betul dalam memilih kawan. Ada kawan yang boleh bawa kita bahagia dunia akhirat. Ada kawan boleh bawa kita sengsara dunia akhirat.

Atiyah berkawan dengan Solahuddin dan isteri yang kononnya ingin membantunya, betul ke? Dia pun kena buang jemaah. Sudah tentu tak berdisiplin.

Adik-beradiknya yang dah tak bersama GISB pun kononnya ingin membantu. Ambil dari utara. Serah kat team Dr Mahmod. Pastu kata, lepas dari Mulut Harimau, masuk Mulut Buaya. Seolah-olah GISB harimau, Dr Mahmod pula buaya. Yang tukang serah kepada buaya ni spesis apa pula? Atiyah tak fikir ke, boleh ke orang begini dibuat kawan? Lebih-lebih lagi mereka jugalah orang yang menghina-hina dan menyindir-nyindir ibu kandungnya suatu ketika dulu. Boleh harap ke nak membantunya?

Dapat kat grup Dr Mahmod lagi dahsyat, dalam FB, Rahmat menghamburkan tak kurang dari 50 kata-kata kejian, makian, tuduhan, penghinaan.

1. Pencolek

2. Kurung wanita 3 tahun.

3. Nikah batin

4. Nikah cara Syiah

5. Menyepak terajang orang

6. Seksa dengan besi panas

7. Lemaskan dalam air

8. Dipisahkan dari anak perempuan

9. Nasir brain wash

10. Beri duit untuk mendera

11. Menggelar Azwa syaitan betina

12. Menuduh Azwa tidur dengan lelaki Arab

13. Menuduh Azwa mengheret orang berzina.

14. Menuduh orang Arqam berkahwin tidak perlu surat nikah.

15. Menuduh pemimpin Arqam berhak menikahkan dan menceraikan ahli.

16. Menuduh Arqam tidak mengiktiraf Jabatan Agama.

17. Mengugut seseorang yg belum dibuktikan bersalah dgn hukuman penjara seumur hidup

18. Menafikan kuasa PDRM bila sewenang-wenangnya menawarkan reward kepada org yg dituduh tanpa bukti.

19. Menafikan kuasa PDRM bila menawarkan reward pada org yang menyerahkan tertuduh pada mereka.

20. Menuduh cubaan merogol

21. Menghasut GISB menghalau Tuan Fadhil dari jemaah.

22. Menuduh Tuan Rasidi terlibat dengan zina

23. Dadah

24. Liwat

25. Penderaan

26. Pelecehan

27. Melarikan anak gadis orang

28. Rogol

29. Menyebar zina

30. Mendoakan Tuan Rasidi dibangkitkan bersama Firaun dan Haman.

31. Menuduh Tuan Nasir berkahwin dgn Bonda Ummu

32. Menuduh Tuan Nasir membunuh Bonda Ummu

33. Menuduh Tuan Nasir paksa Atiyah berzina

34. Menuduh Tuan Nasir menyiksa Atiyah dgn menyelamkannya

35. Mendoakan agar Tuan Nasir dilaknat Tuhan seperti Iblis dilaknat.

36. Mendoakan supaya Tuan Nasir dibangkitkan bersama syaitan

37. Mengatakan orang Arqam dan ex Arqam hidup munafik dan mati kufur

38. Mengatakan pimpinan GISB adalah germbolan gagak pemakan bangkai

39. Mengatakan ahli GISB beriktiqad batin yang Us Ashaari tidak mati.

40. Mengatakan pimpinan GISB lebih teruk dari Iblis dalam penipuan

41. Menuduh Tuan Fadhil sihirkan Atiyah sampai sewel.

42. Mengatakan Babi lebih mulia dari Tuan Fadhil

43. Memanggil Tuan Fadhil syaitan malaun

44. Memanggil Tuan Fadhil sebagai pembohong yang paling dusta.

45. Mengharapkan Tuan Fadhil dibangkitkan bersama kaum Luth.

46. Masyarakat Arqam itu rosak lagi pengganas

47. Pemimpin GISB-Arqam tidak boleh terima wasiat bahawa Atiyah sebagai pemimpin utama selepas kematian ibunya, sebab itu dia diseksa

48. Pimpinan Al Arqam GISB kotor dan licik.

49. Mengharapkan Tuan Fadhil diserang penyakit yang teruk sampai mengharapkan kematian tapi mati tak datang-datang.

50. Menghasut masyarakat Malaysia untuk lakukan pada orang Arqam-GISB samada; disumbat dalam penjara atau dimasukkan dalam hospital sakit jiwa atau dicaing-caingkan supaya selepas ini mereka tidak lagi berkumpul-kumpul dalam satu organisasi atau syarikat.

Kalau Atiyah menjadikan Rahmat dan Dr Mahmod sebagai kawan, lagi parah. Tak tau ajaran mana yang boleh maki hamun, menuduh, memfitnah gila-gila macam ni. Tak takut Tuhan ke? Tarekat apa ni? Mengubah hukum! Yang haram dilanggar selamba je. Belajar syariat ke tak?

Dr Mahmod ni siapa? Kalau ayah Zainab kenapa selama ni tak cari Zainab? Ada beri nafkah tak? Tiba-tiba marah sangat. Ziarah Zainab tak selama ni?

Lepas tu Atiyah nak berkawan dengan Azmi. Atiyah baru nak buka FB sedangkan FB telah diharamkan dalam GISB kecuali kepada beberapa orang pengendali sahaja. Berkawan dalam wall FB. Kawan-kawan tembok. Keadaan menjadi lebih parah kerana hanya seketika berkawan dengan kawan-kawan FB Atiyah dah berani tunjuk aurat untuk seluruh dunia tengok.

Ya, seseorang mengikut agama kawannya.

Mujur adik-adik masuk campur menulis surat-surat terbuka untuk menasihati kakak mereka. FB Atiyah nampaknya dah tutup. Tak sempat sebulan. Tak mampu menentang kebenaran.

Rahmat je yang belum insaf masih recycle isu-isu lama dengan share FB Azlan Salim. Nak cuba serang balas tapi dah tak ada modal nampaknya. Guna bahan kitar semula yang dah expired. Bahan-bahan tu dah tak relevan. Nak jawab semua tulisan dari blog dah tak mampu. Bila ilmiah yang berhemah bertembung emosi dan marah, tentu kalah emosi dan marah.

Oleh itu kita seru Atiyah dan semua untuk mencari kawan yang membawa kita pada takut Tuhan dan rindu Nabi. Yang menjaga perlaksanaan solat kita. Bukan yang solat Subuh pukul 9 pagi. Menjaga kehalalan makan minum kita. Bukan makan apa saja. Menjaga taharah kita bukan yang tak tahu bezakan najis mughalazah. Juga yang mengawal emosi dan kata-kata bukan yang hanya memaki hamun sahaja.

Restoran Nur Malaysia Amman, Jordan.

3.46 pm, Mac 31, 2018

  • apa dah jadi dgn ummu atiyah bt ashaari (2)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***PENGAJARAN DARI FITNAH TERHADAP GISB- Siri ix – Seseorang itu mengikut cara hidup/agama kawannya***

  • March 31, 2018 at 4:50 pm
    Permalink

    Ya Allah… Dahsyatnya fitnah-fitnah tersebut… T. Ksh banyak tuan kerana menjelaskan,.. dan moga2 mereka yg memfitnah kembali sedar dan akui kesilapan.. apa yg mereka dapat dengan cara begitu?? … Takkan bahagia dan takkan tenang pun.. Bahkan merosakkan..!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *