***PENGAJARAN DARI FITNAH TERHADAP GISB- Siri viii- Di Buang Jemaah, Keluar Jemaah***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Dibuang Jemaah, Keluar Jemaah

Semua group, kumpulan, organisasi, persatuan, pertubuhan, jemaah, parti dan syarikat ada peraturan dan disiplin masing-masing. Bahkan sekolah, tadika dan taska pun ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid-muridnya dan ada yang kena dipatuhi oleh ibu bapa dan penjaga. Kalau hendak terus bernaung di bawah kumpulan atau parti tertentu, kenalah ikut peraturan-peraturannya.

Untuk lebih relevan di musim hampir pilihan raya ni, kita jadikan parti sebagai contoh. Ahli parti yang komited akan sentiasa berdisiplin dan sangat mematuhi semua perlembagan dan peraturan parti. Ia adalah lambang kewibawaan parti itu sendiri.

Semua program parti dia akan sertai. Tak akan ponteng sama sekali. Sanggup berkorban masa, tenaga, buah fikiran, malah wang ringgit demi parti kesayangnannya. Daya juang dan pengorbannya menjadi contoh dan sebutan. Dia bukan ‘bagai pahat dengan penukul’, dalam memperjuangkan partinya tetapi sangat kreatif untuk menambah baikkan keterampilan parti agar lebih ramai orang menyertai partinya.

Dalam ertikata yang lain sangat teguh memegang dasar parti, mendaftar diri sebagai pengundi dan mengundi di setiap pilihan raya. Menghadiri semua mesyuarat parti dan menyokong semua calon-calon yang dilantik oleh parti dalam pilihan raya. Patuh kepada Perlembagaan ini dan Tataetika Ahli. Mengikut perintah-perintah parti. Menjalankan dasar-dasar parti. Patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti. Menjaga rahsia-rahsia parti. Memelihara nama baik dan maruah parti. Senantiasa menunjukkan tatalaku yang sopan lagi

tertib.

Di mana-mana kumpulan, jemaah, pertubuhan dan parti juga ada larangan-larangan.

Mana-mana ahli yang melanggar peruntukan Perlembagaan atau Tataetika Ahli mungkin boleh dikenakan mana-mana hukuman seperti;

(a) Diberi amaran;

(b) Digantung hak-haknya dalam parti;

(c) Dilarang daripada bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti ataupun sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri atau Umum bagi mana-mana tempoh yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi;

(d) Dipecat daripada parti;

(e) Dikenakan lain-lain hukuman yang difikirkan wajar dan selaras dengan Perlembagaan ini.

Fahamlah kita, bila seseorang dibuang parti, sudah tentu ada kesalahan besar yang dilakukannya.

Boleh qiaskan dengan jemaah dan syarikat. Majoriti yang memberi komen dan terlibat dalam kes Atiyah adalah bekas Arqam, bekas Rufaqa’ dan ex GISB. Malah yang sangat berusaha untuk Atiyah melarikan diri adalah Solahuddin, isterinya, Kak Lin dan MM. Dibantu pula oleh seorang yang Rahmat lantik jadi panglima. Yang bawa pergi jumpa Azmi pun ex jemaah. Bahkan Rahmat dan ramai lagi yang bersama bersekongkol dengan Dr Mahmod kutuk kaw-kaw GISB adalah ex jemaah.

Mereka sakit hati dengan GISB tapi tak berterus terang, gentleman beritahu sebab apa mereka dikeluarkan atau sebab apa mereka sendiri keluar. Ceritalah dengan jujur. Ada berani ke?

Pernah ada ke seseorang yang kena buang parti memuji-muji bekas partinya? Orang yang disingkir dari Syarikat memuji-muji syarikat lamanya, pernah dengar?

Sebab itulah majoriti komen yang dibuat adalah menceritakan keburukan sahaja. Biasalah. Berlaku pada semua organisasi.

Kalau mereka betul, benar-benar rasa dalam kebenaran, buatlah yang lain yang lebih baik! Silakan! Setakat detik artikel ini ditulis, tiada satu pun kejayaan atas nama Islam yang berwibawa dari mana-mana mereka secara berjemaah! Sila tunjukkan, kita ajak semua orang belajar dengan mereka kalau ada.

Berbuatlah, Allah, Rasul dan orang mukmin akan menilai.

Tetapi berlaku sebaliknya, bila orang lain berbuat lebih baik hingga mendapat sambutan di seluruh dunia dari semua lapisan masyarakat, kita hasad dengki. Hati sakit jee. Tak puas hati je. Nak komen je. Hilang kebahagiaan. Kalau ada peluang nak jatuhkan, sanggup berpakat dengan yang lain walaupun asalnya bermusuh demi nak hancurkan GISB. Demi nak layan hasad di hati.

Kita anjurkan kepada semua mereka yang terlibat, tukarlah mazhab dari Mazhab Al Hasadi kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Supaya hati tenang, kalau mati tak ada benda yang kempunan.

Restoran Nur Malaysia, Amman

12.16 pm, Mac 31, 2018

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *