***PENGAJARAN DARI FITNAH TERHADAP GISB Siri xii-Kisah Lokman Al-Hakim dan Anaknya***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Kisah Lokman Al-Hakim dan Anaknya

Suatu hari Lokman Al-Hakim keluar bersama anaknya dan keldai mereka. Lokman menunggang keldai itu sedangkan anaknya berjalan di belakang.

Mereka melintasi sekelompok orang ramai. Ketika itu mereka mendengar kata-kata mereka:

“Tengoklah lelaki tua itu, tak ada perasaan langsung. Macam mana dia boleh tunggang keldai dan biarkan anaknya berjalan di belakang. Tak kesian ke?”

Maka Lokman pun turun dari keldai dan anaknya pula menunggangnya dan mereka terus berjalan. Bila melalui sekumpulan orang-orang lain, terdengar mereka berkata-kata:

“Tengoklah anak beranak ini. Bapanya pandai mendidik anak. Anaknya tak pandai nak hormat dan kasihankan bapanya. Boleh dia biarkan bapanya berjalan, dia sedap menunggang.”

Maka anaknya turun dari keldai dan mereka berdua berjalan di belakang keldai, terdengar pula orang berkata:

“Peliknya dua beranak ni, ada keldai tak naik! Sanggup berjalan mengekori keldai.”

Maka Lokman dan anaknya, kedua-dua mereka menunggang keldai bersama-sama. Apabila lalu di hadapan sekumpulan orang ramai terdengar pula kata-kata mereka:

“Tengoklah dua orang ni, tak ada peri kemanusiaan langsung. Dua orang naik seekor keldai. Cuba kesian sikit!”

Ketika itulah Lokman memandang kepada anaknya dan berkata:

“Anakku yang dikasihi, kamu perhatikan tak? Kita tak akan sama sekali boleh memuaskan hati semua orang. Sebab itu jangan pedulikan mereka, fokuskan pada keredhaan Allah.”

Begitulah dalam kes Atiyah, bila diajak masyarakat campur tangan dalam masalah keluarga yang asalnya kecil sangat, macam-macam pendapat keluar.

1. Ada yang terus menghukum GISB, Arqam dan semua yang pernah bergurukan Abuya. Maka diungkitlah segala kesalahan samada memang benar salah atau diada-adakan. Orang dah taubat insaf atau belum, dia pukul rata je. Macam tak ada kebaikan langsung dari Abuya.

2. Ada pula yang menyalahkan GISB, Al Arqam zaman Abuya dulu ok. Tapi GISB khasnya Ummu merosakkan jemaah. Kalau betul merosakkan jemaah, macam mana GISB boleh bertapak dan berkampung di Mekah dan Australia zaman DIHA? Yang kamu keluar jemaah tu, mana jemaah kamu sekarang?

3. Ada yang mengajak orang menjadikan FB tempat mencari kebenaran. Boleh ke jumpa kebenaran dalam wadah yang dicipta dan dikuasai oleh musuh Islam?

4. Ada yang mempercayai 100% kata-kata Atiyah tanpa mengkaji siapa itu Atiyah. Logik ke orang yang sudah buat laporan Polis tapi Polis tidak ambil apa-apa tindakan? Sedangkan semakan menunjukkan status report polis itu adalah NFA. Kalau tak faham, apa itu NFA, jangan sibuk masuk campur.

5. Ada yang berkempen, pokoknya pulangkan anak dia balik! Siapa yang tentukan itu adalah pokok isu? Yang Atiyah dilarikan dari Tok Wan dia oleh Salahuddin bukan pokok isu? Kenapa tak katakan, pokoknya kembalikan dia pada Tok Wan dia, biar mereka selesaikan masalah keluarga mereka.

6. Ada yang minta dalil boleh ke pisahkan anak dari mak? Tapi tak datangkan dalil boleh ke baling anak dengan opa-apa objek. Boleh ke didik anak tak solat dan menghina orang? Mencuri dibenarkan ke?

7. Ada pula yang ambil peluang mengata memfitnah GISB sebelum mengkaji, bila kantoi dengan surat-surat dari adik-adik Atiyah sendiri, mulalah cari alasan itu dan ini nak tunjuk cerdik sedangkan semakin nampak kebodohan diri dan sifat hasad dengki.

8. Ada yang ambil peluang mengajak boikot Restoran GISB. Bila nampak NM Irbid agak sunyi, buat isyarat ‘Yesss Boikot menjadi!’ Sambil berjoget di tepi jalan sampai lupa mata yang memerhati. Pakai tudung, belajar Syariah tapi hilang adab kerana dengki. Semuanya ada saksi dan terakam dalam CCTV Ilahi.

9. Ada yang mengaku bapa Zainab tapi tak pernah memperkenalkan diri. Selama ni tak mencari pun. Tiba-tiba tunjuk hero memaki hamun sesuka hati. Nampak sangat ada kepentingan peribadi.

10. Ada yang viralkan isu sampai nampak macam sangat kritikal tanpa bertanya langsung pihak yang dituduh. Kata pejuang hak asasi. Kata NGO, tak kan tak bertanya pihak satu lagi?

11. Ada yang nak daftar pertubuhan untuk menyelamatkan wanita-wanita terzalim. Sampai sekarang tak dengar beritanya. Pertubuhan untuk menyelamatkan wanita-wanita yang menzalimi diri sendiri, tak sembahyang, tak tutup aurat, menipu dll tak nak daftar ke?

12. Ada yang kata GISB spin isu sedangkan dia pun bawa cerita lain, isu rumah anak-anak yatim yang dah selesai dikitar semula.

13. Ada yang mengatakan Abuya tak pandai didik anak, dia lupa ke sejarah Nabi-Nabi? Hidayah itu milik Allah.

Kalau Atiyah benar, kenapa tutup FB? Kenapa tak mampu menjawab surat-surat adik-adiknya? Nak baca pun tak mampu.

Kalau Rahmat dan Dr Mahmod benar, kenapa senyap je sekarang?

Mengaku salah je Atiyah dan kembali kepada keluarga. Atiyah sedang dipergunakan orang yang punyai macam-macam motif.

وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. Al Ana’am: 116

Jangan ikut orang ramai. Mereka boleh cakap itu dan ini. Banyak yang hanya mengikut sangkaan dan menipu. Keluarga mereka pun bermasalah.

Amman

12.36 am, Apr 3, 2018

Kongsikan kepada yang lain
Share

Cari produk Murah Online?

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *