***PENGAJARAN DARI FITNAH TERHADAP GISB- Siri xiii- Kahwin Paksa?***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Kahwin Paksa?

Rahmat dan Dr Mahmod kata Atiyah dipaksa berkahwin dengan Tuan Fadhil. Banyak diulang-ulang kenyataan yang Atiyah tidak setuju bernikah dengan Tuan Fadhil malah ditambah dengan kata-kata hinaan yang keji dan sangkaan buruk dengan menimbulkan persoalan seperti ada unsur balas dendam kepada Dr. Mahmoud kerana Athiyyah tetap cinta kepadanya.

Juga membuat perbandingan dengan dakwaan palsu berkait perkahwinan Khaulah dengan kata-kata;

Kenapa Ummu Athiyyah tak diberi pilihan seperti yang diberi kepada adiknya Khaulah untuk berkahwin dengan lelaki yang sepadan, yang dia cinta dan lelaki itu mencintainya?

Nampak sangat Rahmat tak faham konsep perkahwinan dalam jemaah. Dulu dia kahwin dalam jemaah macam mana? Pelik betul Rahmat ni.

Cuba tengok dasar Abuya mengenai perkahwinan, kita ulangkaji sebahagian darinya:

SAJAK

Di dalam Islam perkahwinan itu adalah perkara besar mengikut Tuhan,

Kerana itulah nikah kahwin itu atas nama Tuhan,

Kerana Tuhan dan untuk Tuhan

Oleh kerana itu pasangan perkahwinan biarlah jelas keturunan,

Samada lelaki ataupun perempuan

Biarlah jelas suami isteri itu keturunan yang baik-baik,

Bertaqwa dan beriman,

Kerana keturunan suami isteri itu kalau dipanjangkan umur oleh Tuhan

Melahirkan zuriat berpanjangan sampai akhir zaman,

Maka daripada suami isteri itu lahirlah satu etnik

Atau satu bani yang dihubungkait dengan suami atau isteri,

Kalau suami isteri itu sebagai asas etnik orang baik-baik keturunannya,

Etnik yang lahir daripadanya,

Maka keturunannya bersih daripada kejahatan terutama penzinaan,

Maka etnik itulah Tuhan berkati menyambung perjuangan Islam,

Yang akan membawa umat Islam dan Islam gemilang dan cemerlang,

Oleh itu di sini barulah kita faham nikah kahwin itu,

Bukan diambil mudah dan senang,

Bukan sekadar nak melepaskan tuntutan biologi

Atau dengan kata-kata lain nak melepaskan nafsu,

Samada suami atau isteri nafsu haiwan

Atau dengan kata-kata yang lain nikah kahwin itu

Yang utamanya hendakkan hiburan,

Itulah yang berlaku kepada masyarakat Islam di akhir zaman,

Nikah kahwin di dalam Islam satu peranan,

Dianggap satu perjuangan yang menentukan Islam

Dan umat Islam di masa depan

Nikah kahwin yang dimulakan dengan niat yang baik,

Atas nama Tuhan, kerana Tuhan dan untuk Tuhan,

Perkahwinan itu akan diberkati oleh Tuhan

Berpanjangan hingga sampai melahirkan etnik,

Oleh itu setiap perkahwinan dalam jemaah adalah perancangan perjuangan untuk membina etnik baru yang akan menyambung perjuangan Islam. Semua ahli jemaah yang telah dididik sangat faham dasar ini dan menjunjungnya. Kalau Dr Mahmod tak faham, kenapa Rahmat tak fahamkan? Tujuan Mursyid jadikan Rahmat penterjemah Dr Mahmod adalah untuk membantu terjemahkan kefahaman tentang jemaah kepada Dr Mahmod dan terjemahkan kata-kata Dr Mahmod ke BM. Bukan ikut semua kata-kata Dr Mahmod akhirnya bab perkahwinan dalam jemaah pun tak mampu terangkan.

Apapun aktiviti dalam jemaah, yang penting Tuhan dan perjuangan agamaNya. Samada di bidang pendidikan, ekonomi, hiburan, perhubungan, kesihatan, perkilangan, penerbitan dan lain-lain. Bukan untuk melayan kehendak yang bersifat peribadi dan kepentingan diri.

Cuba para pembaca meneliti gambar di bawah, adalah nampak kesan-kesan Atiyah dipaksa bernikah? Gambar itu diambil sejurus selepas nikah. Wajahnya sangat tenang dan tersenyum manis. Tak nampak menangis, tertekan, marah, terpaksa dll. Benarlah peribahasa mengatakan:

Sekeping gambar bernilai lebih dari seribu perkataan.

Villa GISBH Amman

4.02 pm, April 3, 2018

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *