***Perkongsian Dari FB Pak Latip***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Berkenalan dengan Pak Latip semasa sama-sama di Turki. Di rumah tetamu Tepekent dan di Villa baru GISB. Anjang lihat beliau sangat tidak mempunyai kepentingan diri dalam kes melibatkan anak-anak Abuya. Oleh kerana ramai orang GISB tidak membaca FB, anjang kongsikan luahan hati Pak Latip mengenai isu fitnah di alam maya yang berlaku sekarang. Allah datangkan Pak Latip membela Abuya tanpa prejudis. Terima kasih Pak Latip.

Anjang, Amman.

Dari FB Pak Latip:

Sejarah menceritakan kepada kita bagaimana anak Nabi Adam a.s pernah bergaduh malah sanggup membunuh saudaranya sendiri kerana berbeza pendapat dan kehendak…apakah boleh kita katakan Nabi Adam a.s gagal mendidik anaknya?

Anak Nabi Nuh a.s juga dikatakan turut persendakan ayahnya kerana membina kapal di atas bukit. Beliau enggan naik kapal itu, akhirnya mati lemas. Apakah kita boleh kata Nabi Nuh a.s gagal mendidik anaknya?

Sesungguhnya para Rasul dan para Nabi mendidik anak anak ke tahap maksimun dengan segala doa usaha dan ikhtiar namun hidayah adalah milik Allah SWT. Kerana iman dan taqwa itu tidak boleh diwarisi kerana Iman dan Taqwa adalah hak milik mutlak Allah SWT…

Semua ayah dan ibu mahu anak-anaknya jadi orang baik. Memberi didikan agama kepada anak supaya menjadi baik. Namun ada juga yang berlaku sebaliknya…bak kata orang, bukan salah ibu mengandung, salah diri sendiri…

Begitulah Abuya Ustaz Ashaari telah mendidik anak anaknya ketahap yang maksimun namun segalanya kita serahkan kepada Allah SWT…

Abuya Ustaz Ashaari dikurniakan anak yang ramai ditambah dengan cucu yang jumlahnya sudah lebih 200 orang. Tidak mustahil ada seorang dua yang tersasar atau tersilap arah. Janganlah hendaknya disebabkan nila setitik akan merosakkan susu setempayan.

Saya terpanggil untuk menulis isu ini, apabila sekarang ini sedang berlaku pergolakan malah fitnah menfitnah dari kalangan anak-anak Ustaz Ashaari. Lantas orang ramai pun ada yang kata, jika Ustaz Ashaari itu seorang ulama, kenapa anaknya jadi begitu?…malah ada yang kata, Ustaz Ashaari gagal mendidik anak sendiri..

Saya orang luar memang tidak boleh masuk campur dalam hal ini. Tetapi sebagai orang yang pernah mengkaji serta menulis sejarah hidup Ustaz Ashaari maka saya rasa perlu juga bersuara supaya fitnah itu tidak terus tersebar atau sengaja disebarkan…

Jika tidak mahu mendamaikan mereka, usahlah jadi batu api yang akhirnya kelak membakar diri semdiri…

Pepatah Melayu ada mengatakan, carik2 bulu ayam, akhirnya boleh bercantum semula. Air dicencang tidak akan putus…

Mana tahu suatu masa nanti anak-anak Ustaz Ashaari akan bersatu semula…maka orang yang jadi batu api dan dalang fitnah ini akan malu sendiri…

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *