***PENGAJARAN DARI FITNAH TERHADAP GISB- Siri xvi- Penyakit Hasad***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Penyakit Hasad

Hasad itu dengki dalam Bahasa Melayu. Iaitu tak puas hati, tidak redha, tidak setuju, iri hati dengan nikmat yang Allah beri pada seseorang dan menginginkan agar nikmat itu berpindah kepadanya atau hilang musnah sama sekali. Biar sama-sama tak dapat. Baru puas hati.

Hasad ini penyakit lama. Antara penyakit kembar dengan ego. Ia menimpa kepada Iblis. Selain dari sombong atau takabbur, Iblis juga sangat hasad dengki. Iblis tak boleh terima Allah muliakan Nabi Adam AS sehingga seluruh Malaikat diarahkan sujud menghormatinya. Iblis mengharapkan penghormatan itu berlaku pada dirinya.

Iblis lupa nikmat kemuliaan itu Allah yang beri. Allah pencipta nikmat. Dia Pemberi nikmat. Terpulanglah pada Allah kepada siapa Dia nak beri. Kenapa nampak nikmat dan penerima nikmat tetapi lupa Allah pencipta nikmat dan pemberi nikmat? Dibutakan oleh penyakit. Penyakit hasad.

Contohnya seseorang hasad dengan Tuan Rasidi. Ini hanya contoh, jangan sensitif. Dia dengki dengan PE, kenapa Tuan Rasidi jadi ketua GISB? Dia bukan keluarga Syeikh pun. Bukan hafal Quran Hadis. Tak tau Bahasa Arab. Tiba-tiba dapat pengikut lebih 5000 orang. Taat taat pula tu. Cium tangan dia. Payungkan dia dari panas. Sanggup jadi driver dia. Sakitnya hati melihat Tn Rasidi. Berkahwin pula dengan Dr Gina, bertambah sakit hatinya. Patutnya aku yang jadi Syeikh, ketua seluruh ikhwan, aku lebih layak. Kena buat sesuatu ni supaya aku dapat jadi ketua. Reka-reka wasiat yang mengatakan aku adalah penyelamat jemaah ini. Orang Arqam mudah percaya kerohanian. Kalau tak berjaya, burukkan nama dia. Penganjur zina, colek, dadah, penzaliman dalam jemaah. Biar dia jatuh, puas hati.

Contoh lain. Semata-mata contoh. Tak ada kena mengena dengan orang yang masih hidup atau akan mati. Katalah ada orang yang dengki dengan Tuan Nasir. Dia tak boleh terima, Allah yang jadikan Tuan Nasir sebagai Pengerusi Lembaga Nasihat GISB. Sangat dimuliakan bukan sahaja oleh anak-anak buah, malah seluruh pimpinan GISB. Berjaya bangunkan GISB di Turki, Eropah, Mesir dan Haramain. Ke sana ke sini naik flight macam tak jejak bumi. Cakapnya lantang, sangat tegas. Mampu kendalikan anak-anak Abuya. Dengkinya kepada PLP tak boleh ditahan kerana dia harapkan semua anak-anak Abuya akan mengangkat dia sebagai ketua. Lalu dia hina-hina Tuan Nasir di Socmed.

Maka keluarlah kata-kata:

“Nasir.. enta driver, enta gagal, enta penagih narkoba dan seumur hidup enta adalah driver. Tiba-tiba sekarang enta jadi pemimpin spiritual Al-Arqam?! (dari mana kau jadi pemimpin?! ilmu tidak akhlak pun tidak… tapi sihir dan bomoh!)”

Nafsunya tak boleh terima seorang driver boleh jadi pemimpin. Dia lupa sejarah Tholut. Paling dia lupa, Allah yang memberi sesuatu dan menariknya. Terpulanglah pada Allah.

Dia mengharap nikmat kemuliaan sebagai pimpinan itu diberi padanya, tiba-tiba Allah beri pada Tuan Nasir. Kalau tak boleh dapat, aku aibkan dia. Maka difitnah Tuan Nasir bernikah dengan isteri Mursyid. Difitnah Tuan Nasir membunuh Dato’ Ibu. Sebesar-besar fitnah seorang yang sangat hasad.

Contoh lain, hanya contoh. Katalah seorang dengki dengan Dato’ Lokman. Macam mana boleh dapat Dato’? Pelajar Arqam je. Kenapa semua orang sayang dengannya? Kenapa sangat dihormati dan dimuliakan? Menantu Abuya je. Bukan keturunan Abuya pun. Aku pun menantu juga. Maka hasadnya akan mendorong dia menghina Dato’ Lokman dengan macam-macam cara. Memgharapkan nikmat itu berpindah padanya atau musnah terus dari orang yang didengki.

Contoh lain. Orang dengki dengan Tuan Fadhil. Sebab Tuan Fadhil Allah anugerahkan boleh bina Bandar-bandar Ikhwan di Seremban 2, di Klang, di Sungai Penchala. Sedangkan belajar Pakistan je. Tak habis pulak tu. Anak-anak buah taat je. Team pula sanggup ditegur.

Tiba-tiba bernikah dengan ex isterinya (contoh). Sakitnya hati, maka hasadnya terserlah. Dituduh Tuan Fadhil dengan berbagai tuduhan tanpa bukti. Difitnah. Dikata. Dinista sepuas hati. Biar nikmat-nikmat yang Tuan Fadhil perolehi berpindah padanya atau hancur binasa.

Orang hasad ni tak tenang. Asyik marah dan pemberang je. Sebab tak kenal Tuhan dan tak faham kerja Tuhan. Boleh cakap je tentang Tuhan tapi tiada penghayatan. Maka tak boleh terima ketentuan Tuhan.

Hasad ini memakan amalan seperti api memakan kayu api. Habis tak tinggal. Hanya berbaki abu. Hanya kelihatan asap. Pergi menghadap Allah dalam keadaan muflis. Sebab semua amalannya telah Allah hapuskan kerana berdengki. Kerana tak boleh terima ketentuan Tuhan.

Nabi SAW pernah bersabda :

إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ ». أَوْ قَالَ « الْعُشْبَ »

“Hati-hatilah kalian dari hasad, karena sesungguhnya hasad itu memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar atau semak belukar (rumput kering)“.

Rasulullah SAW bersabda,

“Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad dengki dan permusuhan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur. Saya tidak maksudkan ia mencukur rambut, tetapi (yang saya maksudkan) ialah ia mengikis agama.”

(Hadith riwayat Al-Baihaqi)

Kalau penyakit orang kaya itu bakhil, penyakit orang miskin itu tidak redha dan sabar, penyakit pemerintah itu zalim, penyakit ulama atau orang yang merasakan dirinya ulama itulah hasad dengki.

Marilah kita berlindung dengan Allah dari penyakit hasad dengki. Penyakit yang membawa Iblis ke neraka Allah.

Villa GISBH, Amman

12.07 am, April 5, 2018

Kongsikan kepada yang lain
Share

Cari produk Murah Online?

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *