Kesatuan Ulama Sedunia Keluar Fatwa Wajib Sokong Turki

Kongsikan kepada yang lain
Share

QATAR: Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia yang diterajui oleh Prof Dr Yusof Al-Qaradawi semalam telah mengeluarkan fatwa kewajiban menyokong dan membantu produk dan ekonomi Turki.

Memetik IsmaWeb, Al-Qardawi,menyeru umat Islam agar berdiri teguh bersama pendirian Turki dalam isu-isu terkini.

“Kesatuan Ulama menyeru umat Islam sama ada individu, syarikat dan kerajaan, untuk bersama-sama dengan pendirian Turki dalam isu-isu terkini, dan wajib menyokong produk Turki, membantu ekonominya dalam apa jua bentuk, sebagai merealisasikan persaudaraan kemanusiaan dan amal yang sama,” kata dipetik agensi berita Turki, Anatolia.

Kenyataan itu dibuat berdasarkan perkembangan terbaru terutama melibatkan kekacauan dan huru hara yang berlaku di Syria, dan apa yang dilakukan oleh Zionis Israel di Palestin.

“Kejadian minggu lepas (pencerobohan ruang udara Turki) adalah satu provokasi Syria dan Russia yang memaksa Turki menembak jatuh jet pejuang Russia dan menarik Turki ke medan peperangan, sehingga berlaku pemboikotan Russia ke atas barangan buatan Turki.

“Kesatuan Ulama meminta masalah ini diselesaikan dengan baik dan diplomatik.

“Umat Islam diseru berdiri teguh dengan Turki di atas pendirian tegas Turki dalam isu-isu umat Islam terutama isu Syria yang berdepan dengan pemimpin zalim Bashar Asad yang telah membunuh ribuan rakyat dan menghalau jutaan yang lain.

“Sokongan kepada ekonomi Turki wajib dilakukan atas dasar persaudaraan iman. Umat Islam perlu bersama dalam satu saf seperti yang digalakkan oleh ayat-ayat Al-Quran dan hadis baginda SAW.

“Oleh itu, Kesatuan Ulama menyeru negara-negara Islam, rakyat dan syarikat-syarikat, individu-individu, menyokong barangan Turki dan menguatkan ekonominya dengan semua cara termasuk pelancongan.

“Tidak boleh meninggalkan Turki bersendirian kerana apa yang dihadapi Turki hari ini adalah kerana pendiriannya bersama kebenaran dalam isu-isu umat Islam di Syria dan Palestin dan umat Islam lain di Somalia, Myanmar, Iraq, Mesir dan Libya dan semua yang ditindas seluruh dunia,” kata kenyataan itu.

AM:

Salam ceria.

GISB tidak terlibat dalam kesatuan Ulama. GISB hanya entiti perniagaan. Tetapi sangat setuju dengan fatwa kesatuan Ulama. Malah GISB setuju dengan fatwa ini sebelum ia difatwakan. Cara GISB bersetuju bukan dengan angkat tangan. Beri kenyataan akhbar atau hanya kata-kata senjata-mata tetapi terus bertindak.

GISB lebih suka menyokong pembangunan Turki baru di Era Erdogan secara praktikal. Oleh kerana itu GISB malah sebelum itu lagi, Rufaqa’ dan Al Arqam telah lama meneroka Turki dengan Abuya sendiri memulakan dengan ziarah dan perhubungan. 

Pada 1hb Feb 2014, GISB memulakan perniagaan dengan pembukaan restoran pertama di kawasan Al Fatih, Istanbul dengan nama Nur Muhammad Lokantasi.

Seterusnya berpindah ke premis baru yang lebih besar juga di Fatih pada 1hb Julai 2015. 

Pada 1 April 2018, Nur Muhammad Lokantasi berpindah pula ke bangunan yang lebih berwibawa, 10 lantai Kafe dan Hotel di lokasi lebih strategik hanya 5 minit berjalan ke Aya Sofia dan 10 minit ke Masjid Biru/Masjid Sultan Ahmed. 

Semua itu demi merealisasikan kata-kata yang selalu diulang-ulang oleh Abuya;

 “Turki Kecil Membantu Turki Besar.”, 

GISB terus bertapak di Turki. Sama-sama menempuh ujian percubaan rampasan kuasa tentera dan cabaran kejatuhan nilai Lira Turki tetapi sangat melihat perubahan dan pembangunan yang dilakukan oleh Erdogan.

GISB bukan menyokong Turki dari jauh tetapi hidup bersama-sama rakyat Turki mengharungi kesusahan dan cabaran. Melalui Perniagaan Restoran dan Pelancongan, GISB meneruskan perhubungan dengan semua peringkat masyarakat di Turki. Moga-moga segala usaha GISB Allah terima sebagai amal ibadah dan menjadi sebab untuk Islam terus dipertahankan di dunia ini.

Villa GISBH, Amman, Jordan

11.57 am, April 4, 2018

  • restoren al arqam di turkey (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *