***PENGAJARAN DARI FITNAH TERHADAP GISB- Siri xvii- Kafe Baru GISB, Istanbul***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Kafe Baru GISB, Istanbul

2 hari lepas anjang sempat melawat premis baru GISB di Istanbul, Turki bersama Tuan Nasiruddin Mohd Ali, orang yang bertanggung jawab dengan aktiviti GISB di Turki dan seluruh Eropah. Hari ni nak pegi lagi.

Ada pihak yang bergembira bila mengetahui Restoran GISB di Erdine kapi ditutup. Malah mengambil peluang mencemuh,

; “GISB ni konon hebat berniaga tetapi tutup premis!” tanpa mengetahui hal yang sebenarnya. Sedangkan penutupan kafe GISB di Edine Kapi telah lama dijangkakan memandangkan bangunan kafe tersebut telah lama diuar-uar akan diambil oleh pihak Majlis Bandaraya Istanbul kerana ia adalah bangunan bersejarah. Usianya lebih dari 100 tahun.

Pihak yang sangat cemas dan bimbang dengan kehilangan premis ini tentulah PE, PLP, CEO dan para ALP GISB kerana kafe ini sudah sangat terkenal dan berkhidmat kepada ribuan pelanggan dari seluruh dunia khususnya kepada rakyat Malaysia yang tinggal di Turki juga para pelancong. Allah sahaja yang mengetahui bagaimana rintihan mereka agar Allah selesaikan masalah yang berlaku.

Ditakdirkan Tuhan, para remaja GISBH Turki bertemu dengan En Rejab yang menawarkan Restorannya untuk disewa.

‘Pucuk dicita,

Ulam mendatang!’

En Rejab bukan sahaja menawarkan sebuah restoran biasa, tetapi ia jauh lebih hebat dari restoran lama GISB. Antara kelebihannya:

1. Lokasinya sangat strategik. Terletak di tempat tumpuan dan laluan para pelancong menuju ke Aya Sofia dan Masjid Biru. Hanya 350 meter dari Aya Sofia dan 600 meter dari Masjid Biru. Ia boleh menarik ‘walk in’ pelanggan dari bermacam negara.

2. Di kelilingi oleh hotel-hotel yang sudah tentu dihuni oleh pelancong-pelancong yang ingin mencuba virasi makanan yang berbeza dari selera biasa mereka.

3. Restoran ini akan dilengkapi dengan surau untuk memudahkan pelanggan menunaikan solat lengkap dengan tandas, tempat wudhu’ dan julus Arabi.

4. Dewan seminar dan mesyuarat yang boleh menampung 30 orang peserta sedang disiapkan bakal memberi kemudahan semua pihak yang memerlukan ruangan khas untuk program tertentu seperti taklimat dari kedutaan, pertemuan delegasi perniagaan dll.

5. Bangunan 10 lantai ini juga mempunyai 18 bilik hotel pelbagai saiz, lengkap dengan telefon, set TV, air cond/heater malah yang lebih penting ia satu-satunya hotel yang menyediakan sarapan selera Malaysia di Istanbul. Jangan risau, anda tidak perlu makan kebab Turki setiap hari kerana ada nasi lemak dan teh tarik di sini.

6. Selain dari itu, ada perkhidmatan tambahan di sini iaitu mandi sauna, Turkish Bath dan massage. Segarkan badan setelah penat berjalan di Aya Sofia dan Masjid Biru serta membeli belah di Spice Bazar dengan Turkish Bath dan urutan. Jangan lupa tunaikan solat di Musolla dan nikmati Tom Yam atau siakap 3 rasa sebelum merehatkan badan.

7. Di ruangan Teras, kita boleh nikmati view Bandaraya Istanbul termasuk kubah dan menara Aya Sofia dan Selat Bosphorus. Anda boleh berselfie sepuas hati.

Pendek kata, rintihan dan doa pimpinan GISB khasnya Tn Nasir telah Allah kabulkan. Tanpa ada gap hari yang tidak berniaga, perniagaan restoran GISB berpindah dari lokasi lama pada malam 31hb Mac 2018 dan pada 1 April terus memulakan bisnes di premis baru.

Bertambah-tambah lagi nikmat dari Allah di bulan Rejab ini, bila GISB bertemu dengan En Rejab yang baik hati. Berbagai kemudahan yang beliau berikan antaranya:

1. Segala renovation untuk membuat Musolla dan Dewan Seminar beliau tanggung sepenuhnya.

2. Begitu juga renovate untuk membuat bilik suite.

3. Menyiapkan ruangan buffet dengan peralatan yang GISB minta dengan membawa sendiri wakil GISB memilih keperluan di kedai peralatan restoran yang tercanggih di Istanbul.

4. Sangat bertolak ansur dalam soal terma pembayaran pembelian perniagaan.

Semuanya itu anugerah dan nikmat dari Allah, wajib disyukuri. Allah berjanji untuk menambah-nambah lagi nikmat yang lain. Firman Allah:

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu. Surah Ibrahim: 7

Pun begitu, sudah tentu ada ujiannya. Rasulullah SAW bersabda:

فإن كل ذي نعمة محسود 

Sesungguhnya setiap orang yang memiliki nikmat itu akan menjadi sasaran HASAD orang lain.

Oleh itu tak hairanlah apa yang berlaku pada GISB, malah ia dah berlaku sejak beberapa dekad perjuangan ini. Baja dan najis-najis memang busuk tetapi ia menyuburkan pokok perjuangan. Orang tak siram tanaman dengan air gula dan jus avocado. Tak percaya tanya En Wahab!

OTW Kafe Baru, Istanbul.

7.39 pm, April 10, 2018

Kongsikan kepada yang lain
Share

Cari produk Murah Online?

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *