***PENGAJARAN DARI FITNAH TERHADAP GISB- Siri xviii- Mengenal Para Rijal***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Mengenal Para Rijal

Al Quran adalah lautan ilmu. Ilmu berkaitan Al-Quran itu sendiri juga banyak seperti Tafsir Al-Quran, Nasakh Mansukh, Asbabun Nuzul, Tawarikh Nuzul, Mawatin Nuzul, Qiraat, Tajwid dll.

Begitu juga dengan Al Hadis. Banyak ilmu berkaitan dengannya. Ada Ilmu berkaitan Riwayah, ada berkaitan Dirayah dan ada juga berkaitan Ahwal ar Rijal. Dalam perbahasan Ahwal ar Rijal ada perbahasan berkenaan Tarikh ar Ruwwat dan Jarh wa Ta’adil.

Apa itu ilmu Jarh wa Ta’adil?

Ilmu Jarh Wa Ta’dil ialah kaedah-kaedah yang menjadi asas untuk mengenali para perawi yang riwayat mereka diterima atau ditolak serta tingkatan mereka dari sudut penerimaan dan penolakan.

Ringkasnya dalam menentukan riwayat seseorang itu diterima, perawi itu mesti:

1. Adil bukan fasik dan ahli bid’ah.

2. Baik hafazannya tidak bercelaru, terlupa, nyanyuk dsb.

Ilmu ini sangat penting bagi menentukan taraf hadis-hadis yang diriwayatkan oleh seseorang perawi. Sebab itu Syeikh ‘Ali Ibn al-Madini berkata:

معرفة الرجال نصف العلم.

Mengenali perawi-perawi itu sebahagian daripada ilmu.

Mengambil keberkatan ilmu-ilmu Islam yang sangat mulia ini, sepatutnya bila nak mengatakan sesuatu mengenai seseorang kenalah berhati-hati. Ikut akhlak ahli-ahli ilmu zaman dahulu. Lebih-lebih lagi jika orang itu ada kepentingan di tengah masyarakat. Kita ada Tuhan, percaya kepada Allah, kenapa bercakap seperti orang yang tiada Tuhan. Jangan mudah-mudah bercakap mengenai peribadi seseorang sebelum benar-benar mengenalinya.

Antara yang patut diambil pengajaran dari kes Atiyah ini ialah keceluparan Rahmat, Dr Mahmod dan Atiyah dalam mencela kepimpinan GISBH. Antara orang yang tidak selamat dari celaan dan hinaan mereka ialah Pengerusi Eksekutif GISBH Sdn Bhd, Yg Berbahagia Tuan Mohd Rasidi Abdullah, Pengerusi Lembaga Penasihat GISBH Sdn Bhd, Yg Berbahagia Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan CEO GISBH Sdn Bhd, Yang Hormat Dato’ Lokman Hakim Pfordten dan yang paling utama; Yg Berbahagia Tuan Fadhil Yasin. Adakah mereka benar-benar kenal peribadi pimpinan GISBH hingga dengan mudah melontarkan celaan dan hinaan?

Islam tidak membenarkan seseorang mengatakan dirinya baik, bersih, mulia dll. Firman Allah Taala:

فَلَا تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَىٰ

Maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa. An-Najm: 32

Mengaku-ngaku diri sendiri bersih dan mulia tidak dibenarkan tetapi mengatakan orang lain yang memang baik itu baik supaya orang boleh mencontohinya, itu memang dibenarkan malah digalakkan. Kita boleh memujinya kerana indahnya keperibadiannya. Supaya kita dapat mengambil faedah dunia akhirat darinya.

Lebih-lebih lagi jika ada orang yang tidak bertanggung jawab cuba membuat tuduhan yang menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai yang tidak tahu menahu tentang mereka. Masyarakat umat Islam akan rugi kerana terlalu sedikit pemimpin yang boleh dijadikan contoh untuk dekat dengan Allah dan Rasul. Apa yang ada hanyalah pemimpin yang pandai berjanji dan berkata-kata tanpa mengota. Tiada contoh sistem Islam itu berlaku dalam kehidupan.

Oleh kerana itu, atas rasa tanggung jawab untuk membersihkan nama baik para pimpinan GISBH, saya akan cuba menulis tentang mereka setakat yang saya tahu. Moga Allah membantu saya. Tunggu ya….

Villa GISBH Tepekent, Istanbul.

6.43 pm, April 11, 2018.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***PENGAJARAN DARI FITNAH TERHADAP GISB- Siri xviii- Mengenal Para Rijal***

  • April 16, 2018 at 7:59 am
    Permalink

    Allahumma ya Rahim
    Ya Muhaimin ya Baari’

    Kami bersama kebenaran di bwh Mursyid…Abuya!,

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *