***PENGAJARAN DARI FITNAH TERHADAP GISB- Siri xix-Tuan Mohd Fadhil bin Md Yasin***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Tuan Mohd Fadhil bin Md Yasin

Nama penuh beliau ialah Mohd Fadzil B. Md Jasin. Dilahirkan pada 20 julai 1967 di Kg Kuala Sedaka, Yan, Kedah. Ayahnya bernama Md Jasin bin Md Isa dan ibunya Saodah binti Man. Anak pertama dari 6 orang adik beradik.

Mempunyai 3 orang isteri iaitu:

1. Roqaiyah binti Zakaria

2. Aishah binti Jafar

3. Sayyidah Raihanah binti Abd Rahim

Hasil perkongsian hidup berpoligami, Tuan Fadhil dikurniakan 14 orang cahaya mata.

Beliau seorang yang berakhlak, disiplin, tegas, penyayang, penyabar serta tabah. Tiada kepentingan diri, pemurah, pengemas, pembersih, halus peribadinya, tawadhuk, teliti dan kemas serta serius dalam melaksanakan kerja-kerja Islam.

Ayahnya seorang nelayan dan bersawah. Ketika berumur 3 tahun, beliau berpindah bersama ibu ayahnya dari Kedah ke Felda Padang Piol, Jerantut, Pahang sebagai peneroka. Ibunya pula seorang guru Al-Quran.

Mula mengenali perjuangan YM Abuya Ashaari ketika usianya 12 tahun iaitu ketika mendengar ceramah YM Abuya Ashaari di masjid Felda Padang Piol yang bertajuk ‘2 Peranan Manusia di Dunia’. Dari situlah timbul minat dan kesedarannya untuk mempelajari dan mendalami ilmu Islam di Yayasan Al Arqam.

Di usia 13 tahun, beliau sempat belajar setengah tahun sahaja di Sek Men Agama Al Ihsan Kuantan Pahang tapi jiwanya tidak puas sehinggalah beliau mengambil keputusan mengejut untuk berpindah belajar ke Yayasan Al Arqam Kg Sempadan, Lanchang Pahang.

Keputusannya berpindah sangat mengejutkan pihak sekolah kerana Tuan Fadhil di tawarkan untuk belajar (lompat kelas) ke Sekolah Menengah Agama Al-Attas, Pekan, Pahang kerana potensi pembelajarannya yang cemerlang. Ibu dan ayahnya sangat menyokong apa yg beliau hasratkan.

Dari Yayasan Al Arqam Kampung Sempadan, beliau berpindah ke Yayasan Al Arqam Sg Pencahala selama 2 tahun. Oleh kerana bakat kepimpinan yg terserlah, beliau dilantik menjadi Ketua Pelajar dan dihantar ke Yayasan Al Arqam Wang Tepus, Kedah sebagai guru pelapis yang pertama keluar mengajar dan serta menjadi Muraqib di sana.

Setelah 2 tahun menjadi guru dan muraqib di Yayasan Al Arqam Wang Tepus Kedah, beliau terpilih menyertai kumpulan pertama yang dihantar oleh YM Abuya Ashaari Muhammad untuk melanjutkan pelajaran dan menimba pengalaman sekali gus sebagai wakil jemaah di Pakistan bersama YBM CEO, Tuan Dato Lokman Hakim dan beberapa orang lagi. Mereka belajar di Univerity Of Islamic Studies, Karachi, Pakistan.

Sekembalinya dari Pakistan beliau diamanahkan sebagai Guru Besar di Yayasan Al Arqam Dangi, Negeri Sembilan dan juga sebagai Timbalan Amir, Yayasan Al arqam Negeri Sembilan. Yayasan Al Arqam Dangi adalah antara sekolah yang mempunyai jumlah pelajar yang agak ramai ketika itu.

Pada tahun 1992 di usianya 25 tahun, beliau di hantar ke Sarawak sebagai Amir Al Arqam Sarawak. Ketika Al Arqam di haramkan, beliau tetap taatkan Abuya tidak keluar dari tempat yang Abuya amanahkan walaupun melalui proses ujian-ujian kesusahan. Beliau pernah ditinggalkan oleh anak buah dan berniaga pasar malam hinggalah Abuya panggil semula ke Rawang.

Beliau pernah bertugas di Sarawak, Perlis, Terengganu, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Melaka.

Berbagai proses Mursyid lakukan kepadanya seperti dihantar ke Pulau Perhentian dan bertahun duduk di Kolam Telok Tenggiri, Pochan, mengangkat perut ayam sebagai makanan ikan keli. Pun begitu beliau tidak pernah merajuk dan meninggalkan perjuangan Mursyid.

Tuan Fadhil berkesempatan menimba pengalaman di luar negara bersama YM Abuya di Uzbekistan, Filipina, Indonesia, Singapore, Thailand dan China. Dan di era kini beliau di rezekikan menjelajah GISB yang berada di merata tempat di seluruh dunia.

Di dalam GISBH, Tuan Fadhil Yasin kini adalah:

1. Salah seorang dari 10 ahli Lembaga Penasihat GISBH

2. Pengarah Zon Negeri Sembilan.

3. Pengarah Zon Selangor 1.

4. Pengarah Zon Selangor.

5. Pengarah Zon Pusat & Bangladesh.

6. Pengarah Zon Pendidikan Insaniah.

7. Pengarah Jabatan Perkilangan GISBH.

8. Pengarah Jabatan Pemuda dan Pemudi GISBH.

Apa kata-kata mereka yang mengenalinya:

En Rashidi Zakaria (Kawan sekampung):

Ana satu kampung dengannya dan sangat rapat dengan keluarganya. Ana masuk Yayasan Al Arqam adalah dorongan nasihat dan kesungguhannya mengajak.

Sejak dari kanak kanak lagi ana dapat rasakan Tuan Fadhil sangat terpelihara, hasil didikan Ibu ayahnya terutama ibunya yg sangat kuat dengan agama tak macam kanak-kanak lain banyak masa dihabiskan bermain sahaja. Dia banyak di rumah, jarang keluar main dan membuang masa. Malah dari kecil lagi sudah menjaga solat.

Bila tamat persekolahan rendah dia masuk Sekolah Agama Ihsan di Kuantan, di sana jiwa agamanya bertambah subur selalu ajak ana baca kitab Bimbingan Mukmin karangan Imam Al Ghazali.

Bila balik cuti, dia sangatlah membawa kami solat di masjid. Tak selepas itu dia dah tak minat nak sek agama tu lagi kerana dia nak Islam yang menjadi cara hidup. Itulah punca dia ajak ana sekolah Arqam dulu.

Ketika belajar di Yayasan Al Arqam Kampung Sempadan, dia sangat berbeza dari pelajar lain. Cita-citanya bukan sekadar belajar agama tetapi telah mula menghayati buku-buku Abuya dan ceramah-ceramah Abuya.

Dia selalu ajak ana bangun tahajjud. Bila cuti balik kampung dialah yang sungguh-sungguh buat ceramah di surau-surau kat kampung. Dia sangat menghayati Perjuangan Arqam waktu. Catitan-catitan kuliahnya kemas. Kemuliaan peribadi dan akhlaknya sangat terserlah.

Sejak ana kenal Tuan Fadhil sampai sekarang akhlaknya memang lemah lembut dan penyanyang. Bila Allah muliakannya sebagai pemimpin, ana tak pelik sebab sejak kecil ana perhatikan dia dah macam terpelihara.

2. Tuan Dato’ Lokman Hakim Pfordten (Kawan rapat sejak remaja):

1. Tuan Fadhil ni memang kita kenal dia daripada kecil dulu seorang yang sangatlah ada cita-cita Islam dan sangatlah ada sifat kepimpinan, masa belajar di Pakistan pun dia pernah jadi ketua pelajar kita disana.

2. Beliau ni sangat tegas orangnya tapi disebalik tu dia juga sangat penyayang, sangat setia kawan, sangatlah meraikan orang.

3. Kita tahu dia ni seorang yang sangatlah menjaga syariatnya daripada dulu lagi tak pernahlah terlibat dengan apa-apa bentuk perkara-perkara yang negetif dalam hidupnya.

4. Memang seorang yang sangat kita boleh jadikan contoh dan tauladan serta ikutan dalam hal mempertahankan Islam sebagai cara hidupnya. Dimana sahaja dia berada dia tetaplah dengan prinsipnya. Dan tidak mudah diganggu gugat oleh apa jua bentuk cabaran, ancaman daripada luar.

5. Dia juga seorang yang sangat pemurah, suka memberi hadiah, sangatlah bersifat membela kawan-kawan.

6. Orangnya cerdik dan hidupnya teratur kemas, orangnya rapi, orang yang teliti.

7. Orangnya juga berterus terang dalam hal kebenaran, dalam hal menegur kesilapan-kesilapan itu dia berterus terang tapi beradab, ada caranya dalam menegur.

8. Orangnya juga nampaknya rezkinya dimana-mana ada ertinya Allah membela dia lah. Ada sahaja rezkinya. Walaupun pernah dulu tinggal dia sahaja di Sarawak bersama keluarganya, tapi nampaklah sangat Allah membela, tidak adalah nampak hidup merempat, miskinz Nampak sangatlah Allah memberi jalan keluar pada segala masalah-masalah yang dihadapinya.

9. Orangnya sabar dan tentulah orangnya berilmu dan beramal dengan ilmu yang dia perolehi dari Allah.

Zuhari Mohd Salleh:

1. Peringkat awal beliau memegang amanah di Zon Negeri Sembilan, sangatlah mencabar maklumlah zon perang. Ada dua kumpulan lain yang mengaku memperjuangkan minda mursyid di sini.

2. Terutama remaja yang paling tak respect. Apabila beliau cuba dekati, ada yang bangun berlalu begitu sahaja. Tapi beliau sangat sabar. Sehingga akhirnya ramai yang jatuh hati terutama remaja. Kalau di premis-premis Negeri Sembilan hampir 70% stafnya adalah remaja.

En Lutfi Hamim (Kawan sejak remaja):

1. Tuan Fadhil Yasin ini orangnya sangat berani berkata tentang kebenaran dan jemaah kebenaran kepada kawan atau lawan, sanggup tanggung risiko atas apa yang dicakapkan.

2. Memegang kuat amanah yg Abuya beri, 1994 waktu pengharaman Al Arqam, beliau sangat taat dan terus berada di Sarawak sebagi Amir yg di lantik, terus pertahankan jemaah di sana walaupun ramai yang yang balik kampung termasuk ana (moga Abuya terima taubat ana). hinggalah Abuya panggil balik ke semenanjung.

3. Sangat berani, di Pakistan ketika 10 Muharam beliau turut mengambil gambar-gambar sewaktu perayaan mengingati peristiwa Karbala oleh orang-orang Syiah sedang berjalan, mengambil gambar dgn kamera yg sentiasa ada di bahu. Bukan curi-curi sedangkan orang-orang Syiah sedang luka-luka menyiksa diri.

4. Sebagai kawan, taraf persahabatannya sangat tinggi, hingga jadi tempat kawan merujuk dan mencari kekuatan.

Puan Soadah, Ibu Tuan Fadhil Yasin:

Antara watak Tuan Fadhil masa kecil:

1. Tak suka banyak main.

2. Banyak belajar dan suka belajar.

3. Sangat menghormati guru dan di sayangi oleh guru-gurunya.

4. Sangat bertanggungjawab. Jadi ketua kelas masa di Sekolah Rendah.

5. Tak suka bergaul bebas, tak ada kawan perempuan.

6. Aktif di sekolah dan menjadi harapan sekolah dan guru-guru.

7. Sangat menghormati ibubapa, sayang dengan adik-adik dan saudara-saudara.

8. Tak pernah tengok wayang. Kalau adik-adiknya pergi tengok wayang (zaman dulu-dulu) dia sanggup tinggal tumpang di rumah jiran sebelah.

9. Sangat pemalu. Jika tengok perempuan, mesti dia tunduk.

10. Sangat menjaga Syariat termasuk menjaga syariat adik-adiknya. Waktu kecil lagi dia akan pastikan pergaulan adik-adiknya.

11. Masa tadika, ayahnya hantar belajar, dia balik rumah. Dia balik bawa adiknya sekali, maknya pukul dan dia cakap, “Cek kesian kat mak”. Maknya kata, kalau kesian kat mak kenalah belajar. Bila periksa sahaja dapat nombor satu.

12. Masa sekolah agama kawan-kawan masuk pertandingan ceramah tapi dia menyorok tepi maknya, tiba-tiba namanya di sebut dan dia bangun terus ceramah. Bila keputusan, rupanya dapat nombor satu dalam pertandingan ceramah itu.

13. Waktu nak masuk sekolah Arqam, ramai yang sebut termasuk ada kalangan bapa saudaranya cakap; “Selolah Arqam tak ada masa depan tapi dia tetap nak sekolah juga sebab dah tertarik dengan Abuya Asaari waktu mula dengar kuliah Abuya di Felda Padang Piol.

14. Pesan ibunya; “Jadilah pemimpin yang baik dalam jemaah ini dan contohilah Saidina Umar yang sanggup berkhidmat untuk anak buahnya. Jaga hati tu. Bila jadi pemimpin orang akan hormat, puji, orang salam cium tangan. Jaga hati tu, jangan sombong, jangan bangga diri. Ingat segala didikan, pesanan Abuya.”

ZON DI BAWAH TUAN FADHIL

1. Zon Negeri 9

Berpusat di Bandar Ikhwan Seremban 2.

28 projek/ premis perniagaan

Termasuk Bandar Berkat Rembau & Tanah Berkat Jelebu

2. Zon Selangor 1

Berpusat di Bandar Aman Puteri, Sg Buluh.

11 projek/premis

3. Zon Selangor 2

Berpusat di Bandar Ikhwan Bukit Raja, Klang.

25 projek/premis

4. Zon Selangor 3

Berpusat di Ghiching, Selangor.

10 premis/ projek

5. Zon Pendidikan Insaniah

Berpusat di Bandar Ikhwan Limpahan Kasih, Puchong.

14 projek/premis

6. Zon Pusat Bangladesh

Berpusat di Bandar Ikhwan Sg Pencala, Kuala Lumpur.

Premis 25

OTW Kampung Ufuk ke Istanbul

7.04 pm, April 12, 2018

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *