***Bila Si Ghurur Mengatakan Orang Lain Ghurur***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Bila dah tau macam mana susahnya nak handle Atiyah, maka barulah bersuara. Bawa kitab Ihya Ulumuddin bincang bab Ghurur bagai. Imam Ghazali ajak suluh diri, kita suluh orang lain. Al hasil, jalan orang lain bertambah terang, lorong kita gelap gelita. Bila dah gelap, sarung kasut orang lain tak perasan. Kalau ada rasa bersalah, aku terpakai kasut orang ni, boleh tahan! Tapi rasa kasut orang tu kasut dia. Malah yakin itulah kasut dia. Guna cara musuh Islam, dirasakan itulah cara Islam. Tersasarnya…

Guna FB juga untuk jelaskan ‘kebenaran’, yang belum tentu kebenaran. Sepatutnya nilai diri dulu kalau nak cakap kebenaran.

GISBH tak pernah merasakan dalam kebenaran hanya bila dah memiliki harta, berjawatan, ada pengikut dan diterima orang. Tolonglah! GISBH sangat meyakini telah dan sedang memperjuangkan kebenaran dan amat mengharapkan inilah jemaah kebenaran. Oleh kerana itu pemimpin dan Staf GISBH memang tidak pernah tinggalkan jemaah kebenaran. Di waktu susah dan senang. Tak berganjak walau satu hun.

Ketika ditangkap beramai-ramai, ketika dimasukkan dalam Depoh Tahanan, ketika ada ura-ura akan dipancung tetap yakin dalam kebenaran. Begitu juga ketika membangunkan satu demi satu premis perniagaan, kafe sahaja telah berjumlah 111 buah, ketika masuk TV, medapat gelaran, orang serah tanah, orang memuji semuanya sama sahaja kerana hakikatnya dari Allah Taala. Ujian tak lari, pujian kembalikan kepada Allah, mensucikan Allah sambil diajar beristighfar takut-takut hati dihinggap penyakit rasa berbuat. Rasa yang boleh membawa kepada syirik khafi terhadap Allah. Itu yang ditekankan di dalam GISBH.

Ingin kita tegaskan di sini, GISBH tidak pernah tinggalkan kebenaran ini. Tapi orang-orang yang gagal ujian mengandaikan macam-macam perkara dan mendakwa itu dan ini sedangkan sejarah telah membuktikan mereka adalah golongan yang tidak berdisiplin, seronok bersama jemaah ketika suasana aman tapi lari ketakutan dengan pelbagai alasan ketika jemaah diuji. Individu ini bukan sekali, paling kurang sudah 2 kali tinggalkan jemaah. Bertindak tanpa merujuk. Rasa diri layak menjadi pemimpin paling atas yang membuat keputusan.

Pertama ketika gawat di zaman Al Arqam dengan pengharaman dan tangkapan. Individu ini sanggup tanpa merujuk terlebih dahulu memohon suaka politik di UK. Kononnya dizalimi oleh kerajaan yang zalim tapi memohon perlindungan dari kerajaan kafir? Mana Allah? Mana Rasul? Mana Mursyid? Sangat tidak bertanggung jawab dan mementingkan diri sendiri, tinggalkan anak buah. Tinggalkan jemaah. Lebih bahaya lagi, tiada ketaatan dan kesetiaan bila tinggalkan pemimpin. Buat keputusan sendiri bila ketakutan. Hinggalah Abuya sendiri yang pujuk;

Islam ada masa depan!”,

barulah akur. Orang yang tiada pendirian begini, kata-katanya tak boleh dipakai. Dengan orang luar yang tak tahu menahu bolehlah kita berlakon tetapi tidak dengan para pejuang.

Ingatkan dah ambil pengajaran kerana orang mukmin itu tidak dipatuk ular dari lubang yang sama, 2 kali. Berlaku sekali lagi di Mekah. Bila keadaan gawat, berlaku serbuan dan tangkapan, lari ketakutan tinggalkan jemaah. Tinggalkan anak buah. Selamatkan diri dan kroni. Tak cukup dengan lari meninggalkan jemaah, hasut orang lain tinggalkan jemaah. Bukan itu sahaja, tuduh DIHA terlibat dengan sihir. Fitnah emak sendiri (isteri Mursyid) dengan fitnah yang langsung tak boleh diterima. Ada ke orang yang lebih jahat dari seseorang yang memfitnah isteri Mursyid mengamalkan sihir sedangkan isteri Mursyid itu sendiri ibu tirinya? Boleh percaya ke orang macam ni nak bela anak DIHA?

Hasut Pak M, Tuan Anuar dan lain-lain supaya mengikut keputusannya yang sentiasa tak konsisten itu. Ada je campurtangan isteri, keputusan berubah. Ada je anak-anak menghasut, keputusan berubah. Lari ke Malaysia, jumpa En Jaafar dan En Tengku Azhar cuba buruk-burukkan DI, orang jadi pelik. Kenapa buruk-burukkan DI sebaik sampai dari Haramain?

Kumpulkan Azizi, Tuan Wan Acheh, Khairus Salleh sumber kewangan sebelum ini, anak-anak buah yang tak mampu beri duit, tak jumpa. Cari rumah dengan Azizi, dapat rumah tapi tahap security tak tinggi, tak mau. Nak pastikan rumah dalam kawasan pengawasan bersecurity ketat, takut samseng GISBH cari. Pelik. Takut dengan bayang-bayang sendiri. Tak pernah dengar orang GISBH jadi samseng dan pegi cari orang yang dah lari dari perjuangan.

Senyap beberapa tahun, tiba-tiba bersuara. Anda di mana selama ini? Mana jemaah ‘kebenaran sebenar’ yang anda pimpin sedangkan berjemaah itu wajib. Kenapa tak ikut team Sendayan, kan keluarga juga? Tak mampu nak tunduk? Nak jadi pemimpin juga? Tak mampu berketuakan orang lain, walaupun bapa saudara sendiri? Kenapa ego? Sekarang semua anak-anak yang bersama ikut disiplin Islam ke?

Malangnya, kalau dulu anak-anak jadi rujukan, sekarang anak-anak juga sekali lagi menghasut. Kalau benarlah diri itu pemimpin yang berwibawa bagaimana boleh mudah mempercayai anak? Anak yang sama tak larat didisiplinkan ikut disiplin jemaah yang ada mursyid. Anak yang pernah Abuya pertikaikan di Labuan;

“Ayah kamu tak ajar kamu ke siapa Abuya?”.

Akhirnya berkrisis anak beranak hingga terpaksa pindah dari rumah mewah Anggun Rawang ke kawasan Bangi. Beginikah sikap anak yang dijadikan penasihat?

Sebenarnya siapa yang ghurur? Siapa yang tertipu?

Bersambung…

Masjid Biru, Istanbul, Turki.

3.04 pm, April 19, 2018

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Bila Si Ghurur Mengatakan Orang Lain Ghurur***

  • April 20, 2018 at 7:12 am
    Permalink

    Salam Tuan,
    Tulisan Tuan penuh panduan.
    Semoga Tuan terus menulis, memberi peringatan, memandu kami.
    Kami bukan ahli Gisb sgt dahagakan Islam spt Gisb bentangkan.
    Semoga Tuan terus mengisi hati2 kami yang sgt kosong ini melalui tulisan Tuan.
    Terima kasih atas perkongsian dan penjelasan.
    Kyoto, Japan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *