***Adakah GISBH Penerus Perjuangan Abuya?***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam Ceria.

Bila orang menuduh ada penzaliman dalam GISBH tanpa bukti, abaikan sahaja. Tapi bila dah ulang-ulang dan sebarkan di Socmed, ni sudah melampau. Melampau pun satu kezaliman. Cuba baca surat adik-adik Atiyah, semuanya konsisten bila menceritakan tentang Atiyah.

Sebab mereka melihat perkara yang sama. Mereka hadapi perkara yang sama mengenai Kakak mereka. Bukan sehari dua, dua tiga minggu, 4/5 bulan, tapi bertahun-tahun. Hingga melibatkan pelanggaran syariat yang asas. Tak menunaikan hak-hak Allah sebagai Tuhan. Itulah zalim yang paling utama. GISBH bertanggung jawab membetulkannya. Malangnya GISBH dipersalahkan.

Lepas itu penulis timbulkan keraguan pula, ( GLOBAL IKHWAN SDN BHD HOLDING bukan wadah perjuangan Abuya atau penerus perjuangan Abuya.) Taip pun tak betul. Yang ada sekarang GISB Holdings Sdn Bhd, salah tulis sebab tak teliti atau disenghajakan kerana takut kena saman? Jangan takut kena saman, sebab kalau memang dalam kebenaran, tentu Allah akan bantu. Kalau Allah bantu, tak jadi masalah nak bayar peguam dsb. Wakil penulis yang kononnya nak jadi orang tengah kes Atiyah pun baru balik Australia.

Adapun jawapan terhadap keraguan yang ditimbulkan, umpama bola tanggung ni, sedap smash. Mari kita bertanya kembali kepada penulis, kalau GISBH Sdn Bhd bukan penerus perjuangan Abuya, cuba tunjukkan kepada kami semua kumpulan mana yang sebenarnya penerus perjuangan Abuya? Kalau benar, boleh kami ikut.

Mari kita cuba kupas satu persatu, moga Allah izinkan.

Adakah kumpulan penerus perjuangan Abuya itu Al Mansur? Dalamnya ramai bekas Al Arqam. Awal-awal dulu kelihatan gagah. Tapi fokus hanya pada rawatan altenatif dan jualan langsung. Jelas tak syumul. Confirm bukan penerus perjuangan Abuya. Abuya bawa kepada perjuangan Islam yang syumul. Katanya ada pengikut Al Mansur yang dulu bekas Al Arqam dalam penjara, suami isteri.

JP atau Jubah Putih? Adakah kumpulan ini penerus perjuangan Abuya?

‘Jauh panggang dari api!’

Nak kata jemaah pun bukan. Hanya banyak di alam maya je. Bila terbongkar siapa dalangnya, terus senyap.

‘Hidup segan, mati mahu…’

Adalah buat program gathering setahun sekali atau dua. Jemaah apa macam ni?! Jemaah itu ada pemimpin. Ini pemimpin pun tak tau siapa. Jemaah ada program ke dalam, ada program ke luar. Ni program ke dalam macam tak ada, program ke luar, langsung entah ke mana! Buat siri ceramah mengata DIHA, dah selesai. Tak ada usaha-usaha menambah keahlian, bangunkan pendidikan, ekonomi, kebudayaan, pertanian, penternakan dll. Confirm bukan penerus perjuangan Abuya.

Kumpulan di Sendayan. Kalau letak nama, nanti marah-marah tak berkesudahan. Tulis Kumpulan di Sendayan la senang. Adakah ia penerus perjuangan Abuya? Tuan Puan boleh nilai sendiri. Abuya ada beritahu, nanti akan berlaku pada jemaah yang Abuya asaskan ini kemuncak tamadun rohani dan material. Tamadun rohani susah dikesan tapi tetap ada tandanya. Yang paling mudah dilihat adalah tamadun lahiriah. Sejak tahun 2010 Abuya pergi atau sejak terpisah dari GISB, apa tamadun material yang mereka bangunkan yang boleh disebut menuju kemuncak tamadun? Ahli semakin kurang atau semakin bertambah? Kalau semakin kurang, adakah semakin berkualiti hingga menarik bantuan Allah? Remajanya adakah semakin menguatkan projek-projek hingga menjadi syiar Islam atau semakin ramai cari job sendiri?

Mana projek-projek fardhu kifayah yang boleh dijadikan contoh oleh masyarakat Islam? Pendidikan, Ekonomi, Perkilangan, Produk-produk halal, pertanian, ladang dan penternakan, klinik dan perubatan, kan banyak doktor?Travel and Tours, ada berapa cawangan di setiap negeri dan sebahagian negara? Masih jadi pelanggan Restoran Mamak atau pergi setiap tempat makan masakan dari restoran sendiri? Jawablah sendiri, penerus perjuangan Abuya ke begini? Paling mudah, kalau betul ia penerus perjuangan Abuya, kenapa Ustaz Fakhrur tak ikut? Ust Fakhrur pun tak yakin.

Terakhir kumpulan di bawah Ust Fakhrur, di mana basenya? Yang Sendayan, ada juga basenya. Apa programnya? Apa namanya? Apa projeknya? Apa kesannya pada masyarakat? Apa usaha-usaha untuk highlightkan jemaah Ust Fakhrur kalau yakin ia penerus perjuangan Abuya? Ke malu nak ketengahkan sebab tak cukup walau 5% ciri-ciri untuk dikatakan sebuah jemaah? Kenapa Tok Hashim dan yang di Sendayan tak boleh terima Ust Fakhrur sebagai pemimpin walaupun Ust Falhrur disokong dengan berita-berita kerohanian dari Indonesia? Kenapa driver Ust Fakhrur sendiri meninggalkan Ust Fakhrur di Mall? Seramai-ramai team Ust Fakhrur sebelum ini yang bukan anak sendiri, kenapa tinggal Mat Tioman je? Anak-anak itu pun tak tau berapa orang yang tahan dengan lidah Latifah Qahhar.

Oleh itu hendak tak hendak, semua kena terima lebih-lebih lagi Ust Fakhrur bahawa tiada kumpulan yang paling tepat dikatakan penerus perjuangan Abuya melainkan GISB Holdings Sdn Bhd. Melainkan memang ada hasad di hati. Hasad ni tak boleh dirawat oleh orang lain. Sendiri kena usaha melalui keberkatan Mursyid. Kena ada mujahadah, muhasabah dan muroqabah. Yang penting kena ada pemimpin bukan dicatur oleh isteri dan anak-anak.

Tuhan takdirkan tiada satu pun pimpinan atasan GISB sekarang dari anak-anak Mursyid, tetapi mejadi target Tn Nasir untuk menjadikan anak-anak lelaki Abuya yang 10 orang dalam GISB sebagai pemimpin utama setelah mereka benar-benar bertanggung jawab. Sejarah juga membuktikan khalifah Islam yang pertama, kedua dan ketiga bukan di kalangan Ahli Bait. Sejarah juga buktikan, Abuya berjaya memgembangkan tarekat syeikhnya dengan sangat berwibawa dan bukannya oleh keluarga Saiyidi. (Bukan bertujuan melanggar fatwa, sekadar memetik sejarah yang tersurat.)

Seterusnya mengapa GISB masih gunakan nama Abuya?

Bersambung…

Bilik 302, Nur Muhammad Lokantasi, Istanbul.

6.51 am, April 20, 2018.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *