***Kenapa GISBH Gunakan Nama Abuya?***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Ust Fakhrur kata:

Dengan pengikut mereka demi mengikat anak buah, mereka masih gunakan nama Abuya demi mengepung supaya mereka tidak ditinggalkan.

Kalau pembaca AM faham apa yang saya tulis sebelum ini, tak perlu saya jawab kenyataan ini. Tetapi jika penjelasan boleh membantu dan menambah kefahaman, elok dijelaskan.

Jawapan ringkas:

Dah memang jemaah Abuya, nak ikat dengan siapa lagi kalau bukan Abuya? Takkan nak ikat dengan nama orang lain? siapa yang nak ikut? Al Arqam itu Abuya yang asaskan. Rufaqa’ pun Abuya asaskan. GISB pun Abuya asaskan, tak kan nak ikat dengan orang lain. Malah kalau kait dengan nama orang lain, orang yang sama ini akan bising, kenapa jemaah Abuya kaitkan dengan orang lain?

Susu punya lembu, sapi dapat nama…

Jawapan panjang:

Manusia mempunyai 2 peranan di atas muka bumi ini.

Peranan Pertama:

Sebagai hamba Allah. Firman Allah:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Az Zariyat: 56

Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk menyembahKu.

Peranan Kedua:

Sebagai Khalifah:

إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ

Al-Baqarah: 30

Sesungguhnya aku ingin jadikan di bumi seorang khalifah. (Nabi Adam AS dan seterusnya keturunan baginda)

Sebagai hamba Allah, manusia khasnya umat Islam kena yakini rukun Iman yang 6 dan laksanakan rukun Islam yang 5. Ia dipertanggung jawabkan kepada setiap individu. Setiap orang kena laksanakan atau yang disebut Fardhu Ain.

Adapun peranan sebagai khalifah iaitu melaksanakan hukum hakam Allah di dalam semua bidang kehidupan seperti pendidikan, ekonomi, perladangan, penternakan, perkilangan, media dan hiburan, ia tidak mungkin boleh dibuat sendirian. Kena ada jemaah. Wajib berjemaah. Hukum-hakam begini berkaitan dengan Fardhu Kifayah.

Demi hendak membangunkan Fardhu Kifayah inilah Abuya asaskan jemaah supaya umat Islam tidak terus terhina.

Firman Allah:

ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ ٱلذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوٓا۟ إِلَّا بِحَبْلٍ مِّنَ ٱللَّهِ وَحَبْلٍ مِّنَ ٱلنَّاسِ

Ali Imran: 112

Ditimpa kehinaan di mana sahaja mereka berada kecuali mereka yang mengadakan hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia.

Orang Islam makan mi, kicap, sos, tauhu, roti, kek, pizza, coklat, sosej, fish cake, fish ball, bi hoon, dan apa jua makanan yang dibuat oleh bukan Islam itu hina. Walaupun bersolat, puasa Ramadhan dll.

Orang Islam yang biarkan anak-anak dididik tidak secara hidup bertuhan dan menjaga syariat itu hina. Tak jaga sembahyang. Bergaul bebas lelaki perempuan. Tergedik-gedik di FB, Wassap, Wechat, IG dll. Kelak anak-anaknya itu yang akan menentang Islam. Hina hina.

Orang Islam yang membiarkan isterinya bersalin di klinik yang tidak menjaga syariat Allah dalam kehinaan. Aurat isteri yang selama ini dijaga tiba-tiba dengan mudah dibuka oleh Dr bukan Islam atau Dr Pakar Puan tapi dia jantan, atas alasan darurat. Walhal boleh sahaja diwujudkan klinik bersalin betul-betul Islamik.

Orang Islam yang hidupnya tiada pemimpin untuk dia merujuk, tiada pemimpin untuk dia melaporkan aktiviti hidupnya, untuk dia mendapat nasihat, mendapat ilmu, didikan, pimpinan, doa, teguran, marah, hukuman dalam ertikata yang lain hidup tidak berjemaah hakikatnya terhina.

Sabda Nabi SAW bermaksud;

Sesungguhnya serigala akan memakan kambing yang sendirian.” (Imam Ahmad)

Hidup berjemaah itu sunnah Nabi SAW. Sunnah yang wajib hukumnya. Malah sunnah yang paling utama. Jauh lebih penting dari memakai serban, jubah, furdah, minyak wangi, berniaga dll. Dalam jemaah pula, yang paling penting pemimpinnya. Hanya dengan berjemaah dan ada pemimpin sahaja boleh dibangunkan aktiviti Fardhu Kifayah dan membebaskan kita dari kehinaan.

Oleh itu sesiapa yang benar-benar menghayati roh Abuya, mindanya, jiwa perjuangan serta peribadinya sahaja yang mampu mengikat manusia untuk mentaatinya dan tidak lari darinya kerana melihat peribadinya yang seperti Abuya itu, jiwa jadi subur untuk terus berjuang. Bukan jadi cinta dunia yang subur untuk sentiasa tukar the latest hand phone atau asyik nak ganti cincin batu besar. Tak kira siapa pun orang itu, kalau peribadi Abuya melekat pada dirinya orang ramai akan berkumpul.

Umpama tali tasbih yang mengikat buah-buah tasbih begitulah peranan pemimpin. Atau magnet yang menarik semua orang. Bukan darah daging mereka itu paling utama tetapi peribadi dan jiwa perjuangan mereka yang sangat meniru mursyid.

Mereka sendiri tahu, mereka tidak akan mampu berbuat tanpa berkat Mursyid. Bukan berkat anak Mursyid yang lari meninggalkan Mursyid. Pada mereka, syarikat ini bukan syarikat mereka, ini milik Mursyid. Malah Tn Nasir sendiri berkali-kali tegaskan, setelah anak-anak Abuya benar-benar faham perjuangan dan bertanggung jawab, kepimpinan ini akan diserahkan kepada mereka. Bukan ketika mereka yang masih cuai, lalai dan santai hancur perjuangan ini nanti.

Bukti mereka benar-benar menghayati minda, peribadi dan jiwa perjuangan Abuya ialah jemaah nampak semakin berwibawa di tangan mereka.

Setakat tulisan AM ni, projek GISBH adalah seperti berikut:

1. Restoran Ikhwan: 111 buah.

2. Bakeri Ikhwan : 56 buah

3. Ikhwan Mart : 36 buah

4. Butik Ikhwan : 9 buah

5. Dobi Ikhwan : 14 buah

6. Bundle Ikhwan : 14 buah

7. Kilang-kilang (mi, bi hoon, kuetiew, air, ubat gigi, sos, kicap dll) : 27 buah.

8. Pusat Pertanian : 44 Pusat

9. Penternakan : 43 pusat

10. Perikanan : 21 pusat

11. Stable Kuda: 18 buah dengan jumlah kuda sebanyak: 101 ekor.

Kemungkinan ada yang AM tertinggal catit terutama projek bertaraf home industri, tetapi apa yang disenaraikan ini pun sudah menjadi bukti bahawa inilah jemaah yang Abuya inginkan iaitu yang membangunkan projek fardhu Kifayah agar umat Islam mendapat faedah dari kita. Abuya selalu sebut hadis:

خير الناس من ينفع الناس

Sebaik-baik manusia, manusia yang banyak memberi manfaat pada orang lain.

So sebenarnya siapa tinggalkan siapa? Ust Fakhrur yang tinggalkan jemaah Abuya atau orang-orang yang hendakkan Abuya, cintakan Abuya, sayang pada Abuya berkumpul, memberi hati mereka kepada bayangan peribadi Abuya yang ada pada Tn Rasidi yang taatkan Abuya bebelas tahun tidak lari dari Sabah walaupun Zulramli dah ubah perjuangan Abuya jadi macam-macam.

Para pengikut Abuya beri hati dan ketaatan mereka kepada Tn Nasir yang tak merajuk walau difitnah dan dihantar duduk di Pulau Tioman dan jaga Ikan Keli di Kolam Teluk Tenggiri, sedikit pun tak bersangka buruk pada Mursyid. Inilah bayangan peribadi Abuya yang tidak merajuk pergi dengan cari suaka politik di UK macam Ust Fakhrur atau lari ke Indonesia macam Hj Halim, walau Kerajaan Malaysia haramkan jemaahnya yang sangat berjasa mengubah pemahaman dan penghayatan Islam di Malaysia.

 

Untuk pengetahuan Ust Fakhrur, seorang cucu Abuya di bawah didikan dan asuhan murid yang paling taat dan jujur pada Abuya, (Tn Nasir) semalam baru sahaja berjabat tangan dengan Presiden Rejab Tayyib Erdogan dan menyerahkan phamplet Restoran Nur Mumammad Istanbul. Dia adalah Darda’ yang dulu kita kenali… Sekarang sudah berperanan bukan jadi batu api seperti seorang tu, ke sana sini sambil menceritakan;

“Ana baru balik Australia ni!

Ana baru balik Australia ni!”

Bercakap kepada orang-orang Ikhwan yang bukan sahaja selalu ke Australia bahkan sudah membeli ladang seluas 110 ekar di Australia. Malulah pada diri sendiri. Kita, tanah Sungai Pencala yang berapa ekar sangat pun (tetapi terlalu berkat) sanggup hendak dijual. Kalau dapat satu GISB, habis semua digadai nanti, patutlah Allah tak beri.

Koreksilah diri kenapa kita lari dari Abuya menyebabkan orang lari dari keliling kita? Bukan mempertikaikan orang mendapat sokongan anak buah kerana sangat membela Abuya dan perjuangan Abuya.

Bilik 302, Hotel NM Lokantasi, Istanbul

11.34 am, April 21, 2018

 

Gambar Darda’ tak kelihatan kerana dia juga yang snap gambar

Presiden Erdogan serahkan phamplet Kafe GISBH kepada pembantunya setelah membeleknya seketika.

  • abuya asshaari (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

Cari produk Murah Online?

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *