***PENGAJARAN DARI FITNAH TERHADAP GISB- Siri xx-YH Tuan Dato’ Lokman Hakim Pfordten Abdul Rahim Pfordten***

Kongsikan kepada yang lain
Share
YH Tuan Dato’ Lokman Hakim Pfordten Abdul Rahim Pfordten

Nama penuh beliau ialah Dato’ Lokman Hakim Pfordten Bin Abdul Rahim Pfordten. (D.I.M.P)

Dato’ Lokman berasal dari Cameron Highlands, dilahirkan di Hospital Besar Ipoh pada 12hb Ogos 1968

dan dibesarkan di Cameron Highlands.

Nama ayah beliau Abdul Rahim Pfordten bin Abdul Rahman Pfordten, berketurunan Jerman.

Ibunya pula ialah Puan Kamariah bt Yaakob. Dato’ Lokman adalah anak sulung dari 4 orang adik beradik.

Dato’ Lokman mempunyai 4 orang isteri:

Isteri Pertama : Puan Datin Saiyidah Nafisah bt Asaari

Isteri Kedua : Nurul Aini bt Mat Yunus

Isteri Ketiga : Rahmah bt Mat Tahir

Isteri Keempat : Mardiana bt Rusdu

Hasil perkahwinan yang berkat ini beliau dikurniakan seramai 29 orang anak.

Dato’ Lokman Hakim boleh dikatakan mendapat pendidikan Al Arqam ‘pure’ kerana sejak kecil lagi dididik di Yayasan Al Arqam. Setelah mempunyai daya kepimpinan dengan keberkatan, beliau di hantar oleh Syeikhul Arqam ke Pakistan menjadi wakil jemaah dan menyambung pengajian di Jamiah Dirasah Islamiah Karachi, Pakistan (University of Islamic Studies). Selain di Universiti, di Pakistan beliau mengambil peluang mempelajari banyak bidang ilmu dan membuat perhubungan sebagai wakil jemaah. Beliau juga pemegang Diploma Institut Terjemahan Malaysia juga menguasai Perubatan Homeopathy dan Hand Acupuncture.

Hasil kesungguhannya beliau boleh menguasai beberapa bahasa di antaranya; Bahasa Arab, Inggeris, Urdu/Hindi dan lain-lain bahasa.

Mengenali mursyidnya, Abuya Ashaari sejak kecil lagi kerana Abuya selalu datang menyampaikan ceramah dan berdakwah di Cameron Highland, lebih-lebih lagi setelah belajar di Yayasan Al Arqam dan menjadi salah seorang pemimpin muda Al Arqam. Bertambah-tambah kenal lagi setelah menjadi menantu Abuya.

Dato’ sangat dikenali dalam jemaah sejak berpuluh tahun lagi sebagai seorang yang sangat berakhlak dan mempunyai keperibadian yang menyenangkan semua orang.

Dato’ Lokman adalah seorang yang sangat berhalus, sensitif, berseni dan teliti. Pernah suatu hari beliau datang ke Abuya Sate House yang ketika itu di Tanjung Malim, baru sahaja duduk beliau bangun semula membetulkan kedudukan beberapa stall di dalam kafe agar lurus.

Dato’ Lokman seorang yang sangat penyabar, walaupun pernah tinggal lama di Karachi, bergaul dengan berbagai bangsa, ia tidak mengubah sikap dan akhlaknya.

Beliau sangat sensitif dengan kebersihan dan kekemasan ibadah dan kehidupan. Dari segi pakaian dan penampilan sangatlah di jaga.

Ibu kepada Dato’ Lokman pernah bercerita yang Dato’ Lokman adalah seorang yang sangat berhalus dan suka merujuk walau hanya perkara kecil. Pernah ketika kecil, untuk makan kuih yang memang dimasak untuknya yang ketika itu disimpan dalam almari pun beliau bertanya dan meminta izin dari ibunya.

Mengikut cerita ayah beliau, Ustaz Abd Rahim, semasa Dato’ Lokman darjah tiga dia mula membuang semua permainannya dan menyatakan dia ingin fokus pada sekolah agama di bawah Yayasan Arqam. Begitulah ketukan hati dari Allah terhadap anak sekecil 9 tahun untuk menjalani kehidupan beragama, bakal pemimpin akan datang.

Dalam berkawan pula, beliau adalah seorang yang sangat setiakawan dan sangat menjaga hati kawan, tidak pernah sama sekali dari riak mukanya yang akan menyebabkan hati kawan tidak senang malah mengikut ayahnya dari kecil ke mana pergi akan disayangi oleh semua orang di sekeliling beliau.

Di dalam GISBH YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten bertanggung jawab sebagai:

1. Ketua Pegawai Eksekutif GISBH (CEO).

2. Ketua pengarah Sektor Media GISBH.

3. Ketua Pengarah Sektor Perhubungan dan Pentadbiran GISBH.

4. Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Penyiaran GISBH.

5. Pengarah Zon bagi 6 zon GISBH.

Zon-zon GISBH di bawah Dato’ Lokman Hakim:

1. Zon Tengah :

( Berpusat di PPI subang dan terbahagi kepada tiga Kawasan utama iaitu Subang, Bandaraya Kuala Lumpur ( Bukit Bintang ), Puchong )

– Terdapat 20 Projek di dalam Zon Tengah.

2. Zon Utama China 2:

– Berpusat Di Putra Jaya

– Terdapat 13 Projek

3. Zon Labuan

– Berpusat Di PPI Kota Damansara (Mega)

– Terdapat 15 Projek

4. Zon Kelantan 1

– Berpusat di bandar Kota Baharu Kelantan dan Bandar Ikhwan Gong Kulim

– Terdapat 19 Projek

5. Zon Kelantan 2:

– Berpusat di Gua Musang

– Terdapat 5 Projek

6. Zon Terengganu Amerika

– Berpusat di Kuala Terengganu

– Terdapat 12 Projek

Dato’ Lokman Hakim juga diberi kepercayaan untuk menjadi Juri Jemputan pada program realiti TV, ‘Jejak Mutawwif’ pada Episod Semi Final dan Final baru-baru ini.

Antara respon orang mengenai peribadi Dato’ Lokman Hakim:
Ust Lutfi Abd Hamim (Kawan sejak remaja)

1. Ketika berusia 18 tahun, Dato’ Lokman meyambung pelajaran di University of Islamic Studies Karachi, Pakistan. Beliau merupakan kepimpinan pelajar Al Arqam yang sangat di hormati oleh para pensyarah terutama Dr Abdul Jawad sebagai Dekan.

2. Wibawa dan keterampilan Dato’ Lokman Hakim sangat terserlah sejak dari remaja lagi, beliaulah yang akan berada di hadapan dalam meyelesaikan masalah yang bersangkut dengan jemaah atau para pelajar.

3. Perwatakannya sangat di senangi oleh semua golongan samada remaja atau dewasa. Keikhlasannya dalam bercakap dan bergaul tanpa mengira siapa yang berada di hadapannya menjadikan orang yang bercakap dengannya akan jatuh hati kepadanya. Begitulah keiklasan yang sangat mendalam pada hatinya. Moga kita dikurniakan seperti hatinya.

Ust Azman Atan (Kawan sejak remaja)

1. Dato’ Lokman adalah seorang yang sangat berakhlak. Semua orang yang semua org yang kenal dengan beliau akan jatuh hati dengannya.

2. Ketika belajar di Pakistan, pernah pelajar-pelajar PAS pernah hendak buat majlis berdebat dengan pelajar Al Arqam. Tetapi apabila mereka mengetahui antara wakil pelajar Al Arqam adalah Dato’ Lokman, mereka tak jadi hendak teruskan program tersebut kerana malu dengan keperibadian Dato’ Lokman. Semua orang malu walaupun mereka yang memusuhi jemaah.

3. Dato’ Lokman sangat peka dengan kebersihan sehinggakan beliau boleh cam bangsa apa orang yang lalu di beakangnya hanya melalui bau badan orang itu tanpa melihatnya.

4. Beliau sangat pemurah dan suka belanja orang lain makan.

5. Beliau sangat penyabar. Dalam apa keadaan pun beliau dapat menahan marah. Kalau Dato’ marah, beliau akan diam.

6. Beliau sangat mudah mesra dengan orang walaupun baru berkenalan. Pernah ada seorang pelajar Turki, oleh kerana tertarik dengan akhlak dan kemesraan Dato’ Lokman hingga mendorongnya belajar bahasa Melayu hingga boleh menguasainya dengan fasih.

Dato’ Seri Mohd Sharkar Shamsudin

Dato’ Lokman adalah sahabat setia, bilamana berkawan dengannya, tidak ada kepentingan melainkan kepentingan Islam semata-mata.

En Rizal Rosli menceritakan:

1. Pernah GISB bekerjasama dengan satu team yang mengadakan pameran barang-barang khazanah berkat peninggalan Rasulullah SAW. Kebanyakan dari team tersebut menghisap rokok. Pernah berlaku satu peristiwa ketika 5 orang dari mereka sedang asyik merokok tiba-tiba Dato’ Lokman lalu di kawasan mereka merokok. Apa yang berlaku sangat mengejutkan, secara serentak kelima-lima mereka mencampakkan rokok dari tangan dan mulut mereka kerana malu dengan Dato’ Lokman Hakim. Begitu dahsyat aura akhlak beliau.

2. Sewaktu menghadiri rakaman progam realiti tv Pendekar Muda yang ditayangkan di Astro, GISBH antara syarikat yang menjadi penaja utama program ini. Semua tenaga produksi sangat mengenali GISBH kerana ini adalah kali kedua GISBH menjadi penaja. Kali ini GISBH menaja kenderaan dan juga tajaan kesemua peserta menunaikan umrah. Semua peserta, yang terdiri daripada pelatih, pesilat, juri, krew production sehingga ke Pak Guars sangat memandang tinggi kepada GISBH dan CEOnya.

3. Bagi mereka, Dato’ Lokman Hakim umpama ayah mereka semua kerana di waktu tidak formal selalu sahaja Dato’ Lokman bersembang dengan mereka tentang Allah, Rasul dan hari Akhirat.

4. Cikgu Wak Rozaidi, jurulatih kepada semua pelatih, bekas juara dunia pertandingan silat sangat terkesan dengan kata-kata Dato’ Lokman bahawa:

Pesilat atau pahlawan yang sebenar adalah pesilat atau pahlawan yang boleh menumpaskan nafsu dalam diri sendiri, kerana seorang pesilat perlu sabar.”

Kata-kata ini sangat menjadi panduan berharga kepada semua pesilat.

5. Pada malam itu juri jemputannya adalah Dato’ Jalaludin Hasan. Bila Tengku Iskandar, Production Manager program ini membawa Dato Jalal untuk diperkenalkan kepada Dato’ Lokman, semua orang terkejut bila Dato’ Jamaludin mengatakan yang beliau sudah kenal GISBH dan Dato’ Lokman Hakim, tambahnya lagi, “Saya pernah ke istana GISBH di haramain Mekah”.

Shuaib Sepahtu

Beliau memberi komen di atas pentas final program realiti TV, Jejak Mutawwif:

Dato’ Lokman manusia luar biasa, saya memang menunggu Dato’ bercakap atau komen, sebab kata-katanya sangat halus menusuk ke hati. Cukup tengok mukanya sahaja sudah menenangkan jiwa, nanti kalau masuk ke neraka, saya yakin Dato’ Lokman yang akan selamatkan saya”.

Setiap kali Suhaib bersalam dengan Dato’ Lokman air matanya akan bergenang.

Iqram Dinzly

Bila berjumpa dengan Dato’ Lokman pasti akan menangis bila Dato bercakap tentang Allah Rasul dan Hari Akhirat.

Pengarah LKIM Kelantan

Bila Dato’ Lokman di minta buat ucapan, habis sahaja ucapan, Tuan Pengarah berkata; “Hati saya disirami kalam-kalam Allah. Beliau adalah seorang ahli PAS.

Dato’ Wan Naser (Kerabat diRaja Kelantan)

Dato’ Lokman Hakim ibarat gula, bila di letak di mana pun pasti akan berkerumun semut-semut datang. Dato’ Lokman, tak ada orang yang berjumpa dengannya tak tertarik hati dengannya.

Kunjungan ke rumah Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor ialah bekas Panglima Tenterà Malaysia

Suatu hari Dato’ Lokman Hakim berkunjung ke resort Tan Sri Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor, bekas Panglima Tentera Malaysia, walaupun kali pertama bertemu dengannya dan isterinya tetapi pertemuan itu penuh kemesraan berbual hingga makan malam. Tan Sri sangat terharu dengan kedatangan Dato’ Lokman lebih-lebih lagi isteri beliau,

Puan Sri Datin Sri Siti Hapsah bte Omar, tiga kali mengulangkan kata-kata:

Saya seolah-olah menerima kunjungan Malaikat yang turun dari langit bertamu ke rumah saya.”

Tuan Fadhil Yasin:

1. Saya mengenali YH Tuan Dato’ Lokman Hakim seawal masuk ke Yayasan Al Arqam Lanchang, Pahang 1980. Kagum dengan Tuan Dato’, bagaimana anak seorang guru besar sekolah sanggup masuk belajar ke Yayasan Al Arqam di waktu itu. Dlm keadaan Yayasan Al Arqam yang sangat jauh dalam hutan tanpa sebarang kemudahan seperti sebuah-sekolah yang lain. Sekolah yang tidak menjanjikan masa depan sebab tidak mempunyai sijil.

2. Dari sinilah saya yakin Tuan Dato Lokman adalah seorang yang ada keyakinan tinggi dengan Islam dan seorang yang terpilih dari awal kanak-kanak lagi. Peribadi Tuan Dato’ Lokman secara tidak langsung menjadi kekuatan kepada saya.

3. Orangnya cerdik, rajin, teliti dan sangat pembersih. Peribadinya sangat disegani oleh kawan-kawan seusianya dan yang dewasa darinya. Berkarisma dan mempunyai bakat kepimpinan dari usia kanak-kanak lagi.

4. Pandai menghormati guru-guru dan disayangi oleh guru-guru. Dikasihi dan dihormati oleh kawan-kawan. Pada pandangan saya tidak ada yang pernah terasa hati dengan sikap atau cakapnya kerana pandai menjaga hati kawan-kawan.

5. Wataknya sangat setia dalam berkawan dan sanggup susah kerana kawan. Diusahakan agar seboleh-boleh tidak mahu menyusahkan orang lain.

6. Orangnya sangat bertanggungjawab dan sanggup ambil risiko dalam kerjanya sekalipun susah. Wataknya yang penyayang dan sentiasa tersenyum membuatkan ramai yang jatuh hati dengannya. Susah nak dilihat marahnya sebab Tuan Dato’ Lokman seorang yang sangat penyabar dan menelan segala kesusahan demi untuk menggembirakan orang lain.

7. Kata-katanya sangat diambil perhatian dan memberi kesan yang mendalam pada anak buahnya. Jelas ilmu yang diperolehi sangat memandu hatinya dan memberi kesan pada anak buah dan kawan-kawan. Nasihatnya sangat memberi kesan ke hati.

8. Lantikan Tuan Dato’ Lokman sebagai CEO dlm GISBH sangatlah tepat kerana wataknya yang pandai dan disenangi dalam pergaulan dan perhubungan.

9. Melihat sendiri semasa bersama dengan Tuan Dato’ Lokman di Jordan bagaimana YM Dato’ Ibu Hatijah Aam memproses Tuan Dato’ Lokman untuk dilahirkan sebagai CEO dalam GISBH dengan kata-katanya: “Ini nak jadi CEO dalam syarikat yang memperjuangkan Allah dan Rasul bukan CEO dalam syarikat biasa-biasa.” Itulah antara hasil didikan YM Dato’ Ibu Hatijah Aam sehingga kini.

10. Tuan Dato’ sangat terpandu dengan memilih untuk terus bersama dengan YM DIHA bagi meneruskan perjuangan Abuya. Sekalipun terpaksa bepisah dengan kawan-kawan rapatnya (yang tak setuju dgn YM DIHA) dan ahli keluarga sebelah isterinya sendiri. Keyakinannya kepada perjuangan Abuya sangat memberi kekuatan kepada saya juga.

11. Sewaktu memziarahi bilik Abuya di Temalang dan menziarahi barang milik YM DIHA (setelah pemergian DIHA) pada masa itu, setelah semua yang hadir keluar dari bilik maka berdualah saya dengan Tuan Dato’ Lokman saja. Dalam keadaan masing-masing menahan perasaan sedih dan sayu. Saya datang bertemunya dan kami berpelukan dan keluarlah kata-kata darinya. “Sama-sama kita teruskan perjuangan DIHA sekalipun apa jua halangan dari yang tak senang dan tak setuju.”

Pada saya itulah ikrar setia kami bersama untuk terus bersama-sama dalam perjuangan GISBH sebagai wadah perjuangan kami.

12. Sebenarnya banyak lagi pengalaman bersama dengan Tuan Dato’ Lokman yang tak sempat dikongsikan di sini. Cukuplah saya katakan untuk menjadi CEO dalam syarikat GISBH ini bukanlah calang-cadang manusia biasa. Sangat memerlukan Ilmu yang dihayati, yang diwarisi dari guru yang berkat ataupun seorang Mursyid. Peribadi yang tidak mementingkan diri demi untuk memartabatkan syarikat sebagai syarikat contoh di mata Malaysia dan dunia.

13. Peribadinya sebagai CEO GISBH adalah lambang perjuangan Mursyidnya yang sangat hendak jadi penyelamat kepada semua. Keupayaannya membawa imej sebuah korporat Islam di mata dunia dengan teamnya sangatlah dikagumi semua. Tiadalah yang memusuhinya melainkan yang hasad dengki padanya sekalipun di kalangan keluarga .

OTW Amman-Irbid, Jordan

3.30 pm, April 27, 2018

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *