Ibrahim Ali, Nik Omar antara 269 calon hilang deposit

Kongsikan kepada yang lain
Share

KUALA LUMPUR: Seramai 269 calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kehilangan wang deposit pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Negeri tertinggi yang mencatatkan calon kehilangan deposit atau wang pertaruhan ialah Pulau Pinang dengan 71 calon, di mana 63 kerusi DUN dan 8 kerusi Parlimen, manakala Negeri Sembilan seramai 40 calon.

Calon hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 atau 12.5 peratus undi daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira.

Lapan calon kerusi Parlimen Pulau Pinang hilang deposit termasuk Presiden Penang Front Party (PFP), Datuk Ooi Khar Giap dan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan.

Di kerusi DUN pula, seramai 63 calon termasuk enam calon Barisan Nasional (BN) hilang wang deposit.

Semua calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Parti Bersatu Malaysia (MU), Parti Alternatif Rakyat (PAP) dan PFP hilang wang deposit bersama dua calon PAS dan empat calon Bebas.

Di Kelantan, 48 calon di kerusi Parlimen dan DUN hilang wang deposit. Mereka adalah antara 91 calon yang bertanding di semua 14 Parlimen dan 45 DUN di negeri ini. Calon yang hilang deposit itu dari PKR dan Bebas.

Daripada jumlah itu, 38 daripada mereka adalah calon DUN manakala selebihnya adalah calon Parlimen. Antara yang kehilangan deposit adalah Datuk Ibrahim Ali yang bertanding di Parlimen Pasir Mas atas tiket Bebas.

Beliau mendapat 5,373 undi berbanding lawannya dari PAS Ahmad Fadhli Shaari yang menang kerusi itu dengan mendapat 28,080 undi.

Anak bekas Menteri Besar, Nik Omar Nik Aziz yang bertanding di kerusi DUN Chempaka turut hilang deposit. Beliau mendapat 2,418 undi berbanding calon PAS Ahmad Fathan yang menang dengan 10,549 undi. Calon BN, Mohamad Fareez Noor Amran mendapat 7,075 undi.

Di Negeri Sembilan, tujuh daripada lapan calon PAS bagi kerusi Parlimen, hilang deposit manakala satu lagi adalah calon Parti Alternatif Rakyat (PAP).

Kerusi DUN pula menyaksikan 25 calon PAS, PAP (lima), Bebas dan Barisan Nasional (BN) masing-masing satu calon hilang wang deposit.

Ini menunjukkan calon PAS yang bertanding bagi 27 kerusi DUN di Negeri Sembilan, hilang hampir keseluruhan wang deposit.

Undi terendah yang diperoleh pada PRU kali ini adalah parti Bebas oleh Bujang Abu di DUN Sikamat yang hanya mampu memperoleh 15 undi sahaja.

Di Perak, seramai 20 calon kerusi Parlimen dan DUN hilang wang pertaruhan. Mereka adalah empat calon BN, sembilan PAS, lima Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan dua Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA).

Calon BN yang hilang wang pertaruhan ialah Liew Kar Tuan (DUN Canning), Ng Kai Cheong (DUN Pasir Pinji), T Thangarani (DUN Buntong) dan K Thankaraj (DUN Jelapang).

Di Terengganu, 23 kerusi yang ditandingi calon pakatan pembangkang menggunakan tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) hilang deposit merangkumi 19 calon di 20 kerusi DUN dan tiga calon Parlimen.

Seramai 14 calon di Sarawak turut hilang deposit apabila kalah teruk di 13 kawasan Parlimen. Empat calon PAS hilang deposit termasuk Hamdan Sani (Petra Jaya) yang memperoleh 1,350 undi; Zulkipli Ramzi (Kota Samarahan – 2,719 undi); Asan Singkro (Batang Sadong – 978 undi) dan Anai Zulai (Sibuti – 1,617 undi).

Seramai tiga calon Parti Parti Reformasi Negeri (STAR) pula hilang deposit di kawasan Puncak Borneo menerusi calonnya, Buln Ribos memperoleh 795 undi; Chieng Lea Phing (Bintulu – 328 undi) dan Tiong Ing Tung (Sibu – 176 undi).

Di Johor, 64 calon termasuk 19 di kerusi Parlimen, hilang deposit. Daripada jumlah itu, calon PAS paling ramai hilang deposit dengan 46 orang, manakala bakinya lapan calon bebas.

Pada PRU-14, PAS meletakkan 51 calon bagi bertanding di 20 kerusi Parlimen dan 41 kerusi DUN Johor dengan 10 orang daripadanya bertanding di dua kerusi.

Di Sabah, 166 calon di hilang wang pertaruhan yang mana 46 adalah calon Parlimen manakala 120 lagi calon DUN.

Calon Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) mencatatkan bilangan tertinggi kehilangan deposit iaitu 35, terdiri daripada 12 calon Parlimen dan 23 DUN.

Antara parti lain yang hilang deposit termasuk USNO dan Parti Maju Sabah (SAPP), selain sebahagian besar adalah calon Bebas.

Di Kedah, lapan calon hilang deposit membabitkan satu Parlimen dan tujuh kerusi DUN manakala di Perlis seorang calon Bebas di kerusi DUN Titi Tinggi turut hilang deposit hanya dapat 132 undi.

AM: Banyak juga wang deposit tu, RM10,000 bagi calon bertanding di kerusi Parlimen manakala RM5,000 calon di DUN.

Itulah cara sistem demokrasi memilih pemimpin.

Kongsikan kepada yang lain
Share

Cari produk Murah Online?

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *