Pakatan Harapan menang PRU-14

Kongsikan kepada yang lain
Share

PUTRAJAYA: Pakatan Harapan meraih majoriti mudah di Parlimen untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baharu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah ketika mengumumkan keputusan kerusi Parlimen bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berkata, pakatan itu yang terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara meraih 113 kerusi diikuti Barisan Nasional (BN) dengan 79 kerusi.

Mohd Hashim berkata, PAS pula menang 18 kerusi Parlimen, diikuti Parti Warisan Sabah (8); Parti Solidariti Tanah Airku (1) dan Bebas (3).

Pengumuman penuh bagi kerusi Parlimen itu adalah siri akhir sidang media keputusan rasmi PRU-14 di Bilik Sidang Media, Menara SPR, Presint 2, pada kira-kira jam 4.40 pagi tadi.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan pada PRU14.

Terdahulu, Mohd Hashim dan timbalannya Tan Sri Othman Mahmood bersama ahli SPR yang lain bergilir-gilir mengumumkan keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen bermula jam 12.43 tengah malam tadi.

Mengakhiri sidang media berkenaan, Mohd Hashim turut merakamkan ucapan terima kasih kepada media dan jurugambar yang sabar menunggu keputusan penuh PRU-14 sejak petang semalam.

Sejurus berakhir sidang media itu, Mohd Hashim sempat beramah mesra dengan petugas media yang berkampung di Menara SPR sejak semalam.

AM: Peristiwa yang sudah lama diberitahu sedang berlaku. Sudahkah anda bersedia?

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *