UMNO tenat – Ahmad Said

Kongsikan kepada yang lain
Share

Published Mei 14, 2018 04:46 MYT

KEMAMAN: Bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata UMNO kini berada dalam keadaan tenat dan sebahagian besar anggotanya merasakan parti tersebut telah berada di penghujung jalan dan sukar untuk bangkit semula selepas rakyat menolak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata pengunduran Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN dianggap terlewat kerana bekas perdana menteri itu sebenarnya sudah maklum kemerosotan sokongan rakyat terhadap BN sebelum PRU14.

“Pengunduran Najib dari parti adalah satu tindakan yang agak lewat kerana kita dapati setelah beliau melihat suasana politik di Malaysia ketika itu beliau sepatutnya mengambil keputusan mengundurkan diri lebih awal sebelum pilihan raya.

“Sebab Tun Dr Mahathir Mohamad (Perdana Menteri kini) telah mengeluarkan kenyataan sekiranya Najib tidak mengundurkan diri bermakna BN akan kalah dan kita nampak itu yang berlaku,” katanya kepada pemberita ketika mengulas pengunduran Najib dari parti di kediamannya di Telok Kalong, di sini, pada Ahad.

“Bila ada tanda-tanda penentangan dan orang tak perlukan sepatutnya biar kita berundur lebih awal… sekarang nasi dah jadi bubur bukan mudah untuk bangkit kembali setelah apa yang berlaku,” katanya, yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman.

Ahmad berkata UMNO Bahagian Kemaman bimbang mengenai masa depan penduduk Kemaman terutama penyokong-penyokong BN apabila beliau sahaja menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, pada PRU14, 9 Mei lalu.

Katanya, beliau kini memikirkan daripada mana sumber atau peruntukan yang dapat diberikan kepada rakyat Kemaman selepas BN kini bukan lagi kerajaan yang memerintah.

“Dulu pada tahun 1999 kita kalah pada kerajaan negeri (Pas) tetapi kerajaan pusat masih kita (BN) yang memerintah dan kerajaan pusat masih menyalurkan peruntukan dan sebagainya (kepada rakyat Terengganu dan Kemaman).

“Tapi hari ini kita kalah dengan kerajaan negeri dan kerajaan pusat (Pakatan Harapan) .. di mana tempat untuk kita bergantung untuk mendapatkan peruntukan,” katanya.

AM: Suatu cabaran baru bila diberi amanah tanpa diberi bajet. Lebih-lebih lagi kalau amanah yang diberi besar seperti sebuah negeri atau sebuah negara. Ia mempunyai kos pendadbiran, kos maintainence,,kos pembangunan dll. Bertambah berat lagi kalau negeri atau negara itu ada hutang.

Contohnya hutang-hutang kerajaan negeri kepada kerajaan pusat. Ia amat membebankan. Mengikut maklumat hutang di atas untuk tahun 2016. Sudah tentu telah ada perubahan, samada semakin bertambah atau berkurang, tetapi melihat agkanya pun sudah terasa berat.

Bet apa lagi hutang sebuah negara kepada bank dunia atau kepada negara-negara lain. Sudah tentu angkanya menggerunkan.

Kalau kita tidak benar-benar yakin dan dilatih meminta dengan Allah,

إياك نعبد وإياك نستعين

Dan benar-benar menghayati bahawa Allah sahaja tempat bergantung,

الله الصمد

Apakah mungkin kita melepasi ujian perjuangan seperti ini. Itu belum lagi ada tawaran dari musuh atau ada tekanan-tekanan.

Mahu atau tidak kita kena menjadi orang bertakwa yang ada janji Allah pada mereka. Allah akan beri jalan keluar pada setiap masalah dan memberi rezki dari sumber yang tidak diduga.

Takwa itu kena diusahakan sekarang. Ramadhan untuk menajamkannya lagi. Untuk mendapatkan takwa ada syarat-syaratnya. Yang paling utama adalah pemimpin. Bukan pemimpin politik. Tetapi guru Mursyid yang boleh memimpin roh kita.

Syuqqah Marfusyaat, Al Hanaa’, Mantiqah Rabi’ah, Aqabah

12.46pm, Mei 14, 2018

Kongsikan kepada yang lain
Share

Cari produk Murah Online?

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *