GISBH Menerima Plak Penghargaan Dari Raja Thailand

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Blog AM ni, anjang harapkan jadi satu medium untuk menyalurkan aktiviti berkaitan GISB secara lebih cepat dan agak menyeluruh kepada semua staf dan para simpati.

Oleh itu, kita cuba sampaikan berita-berita yang sepatutnya diterima oleh semua staf GISBH dan simpati agar menjadi sumber kekuatan untuk menyegarkan pemikiran, jiwa dan fizikal agar lebih gigih berjuang.

Antara peristiwa yang berlaku semalam ialah majlis peanugerahan plak penghargaan dari Raja Thailand.

1. Majlis berkenaan sempena sambutan Maulidurrasul peringkat Kebangsaan iaitu peringkat Negara Thailand dan dihadiri oleh Raja Thailand yang ke 10. Baginda merupakan anak Raja Thai yang ke 9.

2. Seramai 139 orang telah dianugerahkan plak penghargaan oleh Raja Thailand kerana terlibat menjadi penaja program sambutan Maulidurrasul oni termasuklah 2 orang wakil GISB iaitu YBM Tuan Hasnan Abd Hamid dan YBM Tuan Muhammad bin Adam.

3. Turut hadir adalah wakil-wakil dari berbagai negara, juga wakil-wakil dari kedutaan dari beberapa negara. Tuhan jadikan dengan keberkatan, ramai yang hadir sangat mengenali Tuan Muhammad Adam dan pernah makan di kafe Love n Care.

4. Majlis Maulidurrasul ini diadakan selama 3 hari bermula hari semalam dan pada hari ke 3 pula akan dirasmikan oleh PM Thailand sendiri. Tuan Muhammad Adam terpilih antara 15 org yang akan berbaris menanti PM.

Begitulah kebesaran yang Allah lakukan di bulan Mei ini, ketika ramai pemimpin-pemimpin politik yang berbeza fahaman dan para pengikut setia mereka saling hina menghina, fitnah memfitnah, saling bongkar membongkar keaiban masing-masing, walaupun sesama muslim, Allah jadikan pimpinan GISBH Thailand dan Malaysia mendapat pengiktirafan dari seorang raja.

Raja yang bukan muslim. Bukan dari agama samawi (agama berdasarkan wahyu langit) pun. Iaitu Raja Thailand yang beragama Buddha. Dalam majlis yang hebat dan agung iaitu Membesarkan Nabi Junjungan SAW. Kelihatan Raja Thai yang kita tahu backgroundnya tetapi Allah jadikan baginda sangat menghormati adab-adab majlis malah kelihatan mengangkat tangan berdoa bersama-sama. Moga hatinya telah ditawan oleh pejuang Takut Allah Rindu Nabi. Berbeza dengan penganut Wahabi, marhaban pun tak nak bangun berdiri, syirik kata mereka. Hari ini, wayang dan gusti pun dibawa masuk Saudi. Gereja pun hendak didirikan.

Maha Besar Allah memuliakan orang-orang yang berusaha memuliakan Nabi Muhammad SAW di hari-hari orang politik saling berebut kuasa. Moga ‘politik menawan hati’ akan mengalahkan ‘politik merebut kerusi’ dengan izin Allah.

Bilik 104, Apartment Baha’, Aqabah.

8.57 am, Mei 15, 2018

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “GISBH Menerima Plak Penghargaan Dari Raja Thailand

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *