Mari Berbuat Kebajikan

Kongsikan kepada yang lain
Share

Dr Muhammad Al-Biqaie dan Nur Mihrimah binti Muhammad Suhail

Salam ceria.

AM nak kongsi laporan perkembangan di Jordan catatan kawan-kawan yang berlaku 13hb Mei 2018.

Hanya 2 hari selepas berkenalan, Dr Muhammad Hussein Al Batoinah, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Kelainan Upaya, Irbid telah menjemput GISBH Jordan ke kompleks pertubuhan mereka sempena meraikan penyumbang-penyumbang badan kebajikan tersebut.

Pada hari berkat 13hb Mei 2018, sempena ulangtahun pemergian YBM Abuya Ashaari dan kelahiran YBM Tuan Mohd Rasidi Abdullah, Pengerusi Eksekutif GISBH Sdn Bhd, Seramai 33 orang dari GISBH diketuai oleh Tuan Harun Taat telah hadir menunaikan jemputan terdiri dari

Dewasa : 20 org

Kanak-kanak: 5 org

Anak nurseri: 8 org

dengan 3 buah kenderaan. Rata-rata para tetamu yang hadir sangat seronok dan mesra bergaul dgn anak-anak kecil ini. Keletah, seragam pemakaian yang bersyariat dan akhlak mereka sangat menarik perhatian tetamu.

Di majlis tersebut pihak GISBH turut mempersembahkan dua buah nasyid dari remaja lelaki bertajuk Cinta agung & Terima Kasih Tuhan versi Bahasa Arab dan sebuah nasyid beserta tarian sufi pendidikan Rasulullah oleh anak-anak tadika dan sekolah rendah.

Pada program tersebut, kita juga telah mengedarkan ‘flyers’ Restoran Nur Malaysia, Amman dan Nur Malaysia, Irbid kepada para tetamu. Para tetamu yang datang nampak teruja dengan kewujudan Restoran Malaysia di Jordan ini.

Yang lebih menarik perhatian mereka bilamana Dr Muhammad Hussien sendiri mempromosi bahawa YDB Tuan Harun Taat mengamalkan poligami dgn mempunyai 4 orang isteri dan 22 orang anak. Asas kekeluargaan indah yang diperjuangkan oleh mursyid menguasai suasana majlis bila seorang bayi, cicit Abuya yang juga cucu Tuan Dr Azral bertukar tangan didukung oleh para tetamu kerana cantik bertudung walaupun baru berusia 6 bulan.

Nama Mak Cik ni Wasilah tapi tak langgar fatwa.

Di majlis tersebutnya, Dr Muhammad Hussein menghidangkan beberapa menu makanan Arab seperti Mansef, Farikeh, Auzie dan Kabsah. Di majlis tersebut YDB Tuan Harun Taat menghadiahkan kuih donat dan karipap untuk hidangan para tetamu.

Antara tetamu yg hadir pada program tersebut :-

1.Dr Muhammad Al Biqaie (Doktor Pakar Saraf)

2.Dr Ismail AlHawari (Pegawai tinggi di Majlis Bandaraya Irbid)

3.Dr Muhsin Rujub (Ahli Parlimen)

Dan beberapa orang yang merupakan penaung badan-badan kebajikan.

Dr Muhammad Al Biqaie menghadiahkan Tuan Harun buku tulisannya.

Sebelum bersurai, para tetamu mengambil kesempatan untuk bergambar bersama YDB Tuan Harun Taat bersama rombongan dan anak-anak yang datang. Dr Muhammad Al Biqaie juga menghadiahkan sebuah buku karangannya kepada YDB Tuan Harun Taat.

Moga Allah tajamkan rasa-rasa bertuhan dan kehambaan di hati-hati kami menjelang awal Ramadhan ini.

Pantai Janubi, Aqabah, Jordan

12.37 pm, Mei 15, 2018

Kongsikan kepada yang lain
Share

Cari produk Murah Online?

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *