Mukhriz minta rakyat tegur jika kepimpinan nampak lemah

Kongsikan kepada yang lain
Share

JITRA – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mahu sebarang kelemahan atau kekurangan pentadbirannya ditegur agar setiap lapisan masyarakat mendapat nikmat daripada kepimpinan beliau.

Katanya kerajaan tidak akan tahu setiap masalah rakyat peringkat bawahan seperti ibu tunggal, orang miskin dan warga emas yang perlukan bantuan jika tidak diberikan maklumat sebenar.

“Bukan sahaja kita (kerajaan negeri), mereka yang diberi tanggungjawab di peringkat daerah dan kawasan juga akan menanggung beban kerana tidak melaksanakan amanah.”

“Oleh itu, bantulah kami dengan memberi teguran dan pandangan yang membina,” kata Mukhriz dalam ucapan ringkas selepas bersembahyang subuh berjemaah di Masjid Al-Muhsinin di sini, pagi ini.

Mukhriz berkata beliau sedar peluang kembali menjawat jawatan Menteri Besar Besar Kedah bagi kali kedua mempunyai hikmah dan sebab itu mahu memastikan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Kedah tidak akan disia-siakan.

“Saya akan minta rakan-rakan dalam kerajaan negeri supaya lebih mengambil berat hal-hal berkaitan kebajikan dan pembangunan negeri,” tambahnya.

Dari Sinar Harian

AM: Inilah yang ramai tunggu selama ini, penimpin declare, sanggup ditegur atas segala kelemahan dan kekurangan. Kalau benar-benar ia di’praktik’kan, akan bertambah berkat pemerintahan. Mudah-mudahan yang tiada berkepentingan akan membantu. Beri pandangan yang membina.

Pengalaman dijatuhkan dari jawatan MB mungkin memberi kekuatan kepada YB untuk membuat kenyataan begini. Kadang-kadang jatuh atau dijatuhkan itu satu keperluan dalam kepimpinan. Atau dalam kata-kata yang lain, ada 1000 hikmah.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *