Penembak Texas tidak tunjuk emosi

Kongsikan kepada yang lain
Share

SANTA FE: Pelajar berusia 17 tahun yang dikatakan membunuh 10 orang dengan melepaskan tembakan dalam kelas seni di sekolah tinggi di Houstin oleh pihak berkuasa tidak menunjukkan sebarang emosi pada pagi selepas kejadian itu, kata salah seorang peguamnya semalam.

Remaja yang dikenal pasti oleh pegawai penguat kuasa undang-undang sebagai Dimitrios Pagourtzis, didakwa atas tuduhan membunuh dan ditahan tanpa ikat jamin di Santa Fe, Texas, lokasi beliau melepaskan tembakan rambang sejurus sebelum jam 8 pagi kelmarin.

Selain 10 kematian, dia turut mencederakan sekurang-kurangnya 13 lagi, dengan dua daripadanya dalam keadaan kritikal.

Seorang daripada mangsa yang kritikal itu ialah pegawai di sekolah berkenaan yang cuba menghentikan penembak sebelum dia menyerah diri.

Salah seorang peguam Pagourtzis, Nicholas Poehl, memberitahu beliau berada bersamanya selama sejam malam kelmarin dan pagi semalam.

“Dia amat beremosi dan pada masa sama, tidak menunjukkan sebarang emosi. Ada beberapa aspek dia memahaminya dan ada yang tidak difahaminya,” kata Poehl ketika diminta menggambarkan kewarasan anak guamnya.

Ketika tembakan dilepaskan, Pagourtzis, membiarkan individu tertentu yang disukainya supaya ada pihak yang menceritakan kejadian itu daripada sudut pandangannya, menurut dokumen pendakwaan.

Bagaimanapun, tidak diketahui kenapa dia mensasarkan kelas seni.

Keluarga suspek, dalam satu kenyataan, berkata mereka amat sedih dan kecewa dengan kejadian itu serta terkejut, seperti juga orang lain. – Reuters

AM: Goerge Bush Jr adalah presiden AS yang bertanggung jawab dalam Perang Teluk ke 2 yang berlaku dari Mac 2003-Jun 2006, berapa orang yang terbunuh? 152,000 jiwa terkorban. Pernah nampak wajah bush sedih? Kesal kerana begitu ramai yang terbunuh kerana arahan yang dia buat.

Perang di Syria berlaku sejak 6 tahun lalu. Ketika bermula krisis itu anjang di Syria. Mangsa perang samada mati atau hilang tak kurang dari 466,000 orang. 321,000 orang terbunuh. 96,000 orang daripada mereka adalah orang awam. Pernah ke lihat wajah Bassyar tergambar rasa bersalah? Begitu juga Putin dan Obama?

Tentera Saudi di bawah arahan MBS menyerang Yaman sejak Mac 2015 lebih 36,000 orang awam mati dan cedera. Nampak ke riak muka menyesal pada wajah MBS?

Tidak ada! Langsung tidak ada! Jadi tak pelik bila ada remaja membunuh belasan jiwa tidak menunjukkan sebarang emosi, sedangkan yang menyebabkan kematian bukan ribuan jiwa, malah puluhan jiwa, bukan semut, ayam, itik yang mati tapi manusia, langsung tak menyesal malah berbangga. MBS boleh ziarah lagi 2 Belukar tu (Bush) macam ziarah raya bapa dia di kampung. Dasar hati kering. Siapapun kalau tiada rasa bertuhan dan rasa kehambaan di hati, pasti buat kemungkaran tanpa rasa menyesal! Walaupun menyebabkan penderitaan jiwa yang berpanjangan pada ribuan Orang. Begitulah orang yang telah rosak fitrah kemanusiaanya. Dia boleh jadi macam-macam. Di sini perlunya kita kepada pemimpin yang datang dari Allah..

Amman, Jordan

12.14am, Mei 21, 2018

Kongsikan kepada yang lain
Share

Cari produk Murah Online?

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *