10 hari pentadbiran Pakatan Harapan

Kongsikan kepada yang lain
Share

BANYAK perkara yang berlaku dalam masa 10 hari selepas Pakatan Harapan diberi mandat untuk mentadbir negara susulan kemenangan yang dicapai dalam Pilihan Raya Umum Ke-14. Reaksi yang diterima pula bercampur baur.

Ada pihak yang menyambut baik manakala sebahagian lagi termasuk pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sendiri memberi kritikan membina.

Wartawan Mingguan Malaysia, HUSSAINI AMRAN menghimpunkan tujuh peristiwa penting yang berlaku setakat ini di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan yang diketuai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

1. Penggeledahan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

• Polis mula menggeledah kediaman Najib di Langgak Duta, Kuala Lumpur pada malam 16 Mei lalu.

• Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyifatkan tindakan itu dilakukan pada masa yang tidak sesuai.

• Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar percaya polis mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan perlu meneliti kes yang dianggap sensitif itu sebaik-baiknya.

2. Mansuh cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perkenal semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST)

• GST ditetapkan pada kadar sifar mulai 1 Jun ini.

• Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin memberitahu, SST dijangka akan dilaksanakan dalam masa dua hingga tiga bulan lagi.

• Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim berharap pihak berkuasa memastikan para peniaga tidak mengambil kesempatan.

3. Peruntukan untuk pembangkang di Johor

• Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian pada 12 Mei lalu memberitahu, tiada peruntukan kecil pembangunan akan diberikan kepada pembangkang di negeri tersebut.

• Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempertikaikan keputusan itu.

• Pada 14 Mei lalu, Osman menyatakan perkara itu masih belum dimuktamadkan.

4. Drama lantikan Ketua Menteri Sabah

• Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin meminta Tan Sri Musa Aman meletakkan jawatan Ketua Menteri Sabah dua hari selepas beliau mengangkat sumpah pada 10 Mei lalu.

• Musa masih berkeras walaupun selepas Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-15 pada 12 Mei lalu.

• Khamis lalu, Musa memfailkan writ saman terhadap Juhar dan Shafie bagi memohon pengisytiharan bahawa beliau kekal sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah.

5. Pembentukan kerajaan baharu

• Kabinet Pakatan Harapan yang dianggotai 15 ahli Parlimen diumumkan Jumaat lalu.

• Buat julung-julung kalinya, golongan wanita dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,

• Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Pas meminta kerajaan Pakatan Harapan menitikberatkan kepentingan Islam serta umatnya dalam penentuan polisi dan dasar mereka.

6. Siasat dakwaan penyelewengan dalam agensi kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC)

• SPRM panggil Najib berhubung siasatan kes SRC International Sdn. Bhd. pada 22 Mei ini.

• Majlis Penasihat Kerajaan mendapatkan pandangan pelbagai pihak tentang isu Felda, Felcra, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

• Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta kerajaan Pakatan Harapan tidak bersikap gopoh dalam melakukan sebarang tangkapan atau siasatan berhubung pelbagai kes yang menjadi isu utama negara termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

7. Keterbukaan terhadap kebebasan akhbar

• Tiada sekatan terhadap laporan berita selagi tidak mengganggu ketenteraman negara.

• Akta Antiberita Tidak Benar 2018 akan diberi definisi baharu dan jelas.

AM:Antara pesanan DIHA ialah lihatlah Malaysia. AM hanya bantu carikan sebahagian cerita dan berita tentang Malaysia yang tercinta. Lihatlah apa yang Allah sedang buat di Malaysia. Sangat jelas kuasa Tuhan yang menaikkan dan menurunkan. Menaikkan orang yang tak logik dari sudut umurnya sebagai PM telah sempurna mengangkat sumpah dan sudah berlalu 10 hari Malaysia di bawah pentadbirannya. Begitu juga BN yang tidak pernah gagal dalam pilihanraya, kali ini kalah besar. PH memerintah majoriti negeri dan kita boleh lihat sebahagian apa yang berlaku dalam 10 hari dalam berita di atas.

Kongsikan kepada yang lain
Share

Cari produk Murah Online?

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *