TOLONG RUNTUHKAN SEGERA KEMUNGKARAN

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

‘Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang’

BN tak percaya mereka akan jadi pembangkang setelah 13 kali menang PRU berturut-turut.

Seorang Mak Cik berkata ketika menonton TV Tun M sedang angkat sumpah, “PM baru tu macam Mahathir!”, dia tak percaya, Tun Mahathir jadi PM semula.

Sebelum PRU14, DS Najib tak percaya dia PM pertama yang akan kalah pilihanraya.

Hari ni, banyak perkara yang kita tak percaya terjadi tanpa dapat kita halang.

Oleh itu hati-hati bila membaca berita di bawah, ia boleh sahaja terjadi. Bahkan dah terjadi. Jangan hanya terperanjat ketika ia sudah di peringkat kritikal. ‘Sudah terjatuh baru tergadah.’

‘Nasi dah jadi bubur.’ Masih boleh di makan, tapi kalau akidah anak cucu kita rosak, sengsara dunia akhirat.

Sekarang kena hati-hati dan bertindak. Cintailah agama kita. Takuti lah pegangan agama anak cucu kita nanti. Jangan hanya bimbangkan makan minum dan kos hidup mereka sahaja.

#SEBARKAN

Mari Celik Ancaman Semasa

Sapa yang cakap jgn risau kita negara islam ada sultan tu sila hadam agar celik dan cerdik sikit.

Inilah Dato Prof Mahamad Naser bin Disa. Beliau salah seorang peguam yang mewakili Kerajaan Malaysia ke persidangan Geneva.

Di sana kerajaan kita didesak dan ditekan hebat oleh semua negara supaya tandatangan tuntutan agar mengiktiraf golongan LGBT di negara kita. Hebatnya desakan mereka sampai tepuk-tepuk meja. Tapi, alhamdulillah walaupun didesak hebat, kerajaan kita tak tandatangan.

Kalaulah kerajaan yang dibentuk nanti dalamnya berlonggok puak pro LGBT, liberal, anti hadith.. Hah, kau fikirlah sendiri.

Siapa Dato Prof Mahamad Naser ni?

Beliau adalah CEO Institut Kajian Strategik Islam Malaysia(IKSIM).

Diceritakan beliau pernah berlawan dengan Karpal Singh di mahkamah sebanyak 20 kali berkaitan kes-kes kedaulatan Islam dan hak-hak orang Islam.

Daripada 20 kes, Karpal hanya menang 2 kali dan beliau menang 18 kali. Yang duk kata Karpal hebat sangat tu dalam kes curi, rompak, dadah, boleh la.

Tapi, bila dia cabar kedudukan Islam yang termaktub dalam perlembagaan, dia kalah teruk. Suruh tunjuk celah mana dalam perlembagaan yang kata Malaysia ni negara sekular, sampai mati dia tak boleh jawab.

Islam tak diancam?

Google lah pasal tuntutan IFC, COMANGO..

Google lah pasal RECS / Evangelis Kristian..

Cari video di Youtube tajuk ‘Johor for Jesus’, ‘Jesus for Malaysia’..

Cari video ust wanji cakap 2030 nanti Malaysia jadi negara republik.. Sistem beraja akan dihapuskan..

Google pasal 7 Mountains Mandate.. 7 gunung yang perlu ditawan bagi puak Evangelis untuk menguasai negara.. Salah satunya ialah.. Kerajaan.. Itu pasal kau tengok kat logo pakatan harapan ada gambar gunung. Harapan tu pulak dalam bahasa Inggerisnya ‘Hope’… Kau google tengok apa kaitannya.. Siapa yang finalizekan logo ni? Kau google lah…

Google gambar perjumpaan Obama berjumpa dengan wakil/aktivis pro LGBT Malaysia termasuk Nisha Ayub (Presiden Mak Nyah Malaysia, Pejuang Transgender di Malaysia yang dapat anugerah di US) , Ambiga (Pengerusi Bersih) , Maria Chin (Calon PKR, PJ – Pro LGBT) , Zuraidah (Ahli Parlimen PKR)..

Google apa itu Komuniti Muslim Universal (KMU) dan tengok apa kerja diorang.

Kau tengok apa dah jadi kat Indonesia, Singapore. Kahwin lain agama dibenarkan. Tukar agama macam tukar baju. Sekejap Muslim sekejap Kristian. Itulah yang puak-puak ni nak supaya berlaku di negara kita dan anak cucu kita nanti.

Bagi yang mahu berfikir.. Tentang kedaulatan Islam di negara kita..

#Hero

#IKSIM

Kredit: Anep Putra

AM: Pejuang itu kena siap siaga. Sentiasa mengikuti dan peka apa yang berlaku di kelilingnya. Walaupun sangat yakin kebenaran akan menang mengatasi kebatilan tetapi tetap kena awasi pergerakan musuh yang tak pernah tidur memikirkan kita.

Melihat perubahan besar politik tanahair, kita seolah-olah diantara dua perasaan. Khauf dan Roja’, Roja’ dan Khauf. Takut dan harap. Harap dan takut. Kita harap segala kebaikan dan penambahbaikan dari semua sudut. Tapi kita juga takut macam-macam kemungkinan akan berlaku.

Bila dalam satu pasukan mempunyai pandangan yang bermacam-macam khasnya mengenai perkara asas dalam agama, ia dikira satu ancaman. Demi menjaga hati dan kerana kepentingan politik maka dibiarkan ‘subur’ dalam ‘team’, penganut liberal, pejuang LGBT, wahabi totok, pengkagum Syiah, anti hadis, aqidah songsang (Tuhan dari getaran), pejuang trangender dll yang kalau tak segera dibetulkan akan menjadi barah. Jangan sampai dah sampai stage ke 4 baru nak berpantang. Ia umpama bom jangka, bila-bila masa boleh meletup. Bila meletup, rakyat yang menanggung kesusahan. Negara tidak aman.

Oleh itu sebarang bentuk kemungkaran wajib diruntuhkan! Bukankah janji pemerintah baru akan mendengar suara rakyat?

Restoran Nur Malaysia Amman

7.01am, Mei 21, 2018

Kongsikan kepada yang lain
Share

Cari produk Murah Online?

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *