Apa yang anda perlu tahu pada sidang media Tun M hari ini

Kongsikan kepada yang lain
Share

Mesyuarat Kabinet menumpukan kepada masalah kewangan, mengkaji cara mengurangkan hutang negara dan isu penjawat awam lantikan politik.

PUTRAJAYA: : Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beberapa perkara dalam sidang media yang diadakan selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.

Kata Tun Dr Mahathir, pengumuman itu adalah bagi mengurangkan kos, masalah kewangan, mengkaji cara mengurangkan hutang negara dan isu penjawat awam lantikan politik.

Ini adalah antara yang diumumkan Dr Mahathir hari ini:

• Majlis Profesor Negara (MPN) dibubarkan. Belum pasti akan menubuhkan bentuk yang lain.

• Pelantikan politik untuk penjawat awam, dihentikan. Maka, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) akan dibubarkan.

• Jemaah Menteri bersetuju supaya gaji asas jemaah Menteri dipotong 10 peratus.

• Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dibubarkan kerana banyak berunsur politik dan bukan pentadbiran.

• GST akan tamat tidak dilewat dari 1 Jun.

• Harga petrol dikekalkan.

• SPAD dibubarkan. Tugas SPAD akan dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan.

• Penjawat awam kontrak yang bergaji rendah akan dilihat semula, kerana ada di antara mereka diambil bekerja bukan atas dasar politik, seperti pemandu.

• Kerajaan tidak berhajat membeli semula Proton.

Astroawani

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *