***Hutang Negara RM1 trilion, GISBH ada cara ke bagaimana nak settlekan?***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Hutang Negara RM1 trilion

Hutang negara kini sudah mencecah angka lebih RM1 trilion berbanding hanya RM300 bilion sebelum ini, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini dan diconfirmkan oleh YB Menteri Kewangan.

Mursyid pernah berkata, armarhum ayahnya

melarang berhutang kerana berhutang adalah satu kehinaan.

Sebagai founder GISBH, Abuya Ashaari mendidik semua staf khasnya para pemimpin agar tidak berhutang dalam memulakan perniagaan. Dasar dalam GISBH tidak dibenarkan berhutang kecuali hutang semasa yang sentiasa dibayar.

Di seluruh dunia ada 111 restoran yang GISBH bangunkan, begitu juga 56 buah bakeri, 36 buah Ikhwan Mart, 9 buah butik, 14 buah dobi, 14 buah kedai bundle, 27 buah pelbagai kilang, 44 pusat pertanian,43 pusat penternakan, 21 pusat perikanan dan 18 buah stable semuanya dibangunkan tanpa membuat pinjaman sesen pun dari mana-mana bank konvesional.

Malah di Sydney, Australia GISBH membeli 100 ekar tanah pertanian tanpa berhutang dengan bank.

Di dalam GISBH, staf dididik untuk benar-benar yakin bahawa modal perniagaan itu dari Allah. Allah Maha Kaya. Allah yang memerintahkan agar agamaNya dibela diperjuangkan, sudah tentu Allah juga yang memberi wang dan modal. Antara sebesar-besar cara mendapatkan sumber kewangan ialah dengan mengusahakan sifat takwa.

Firman Allah:

وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجْعَل لَّهُۥ مَخْرَجًا  

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ

‏dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala masalah)

‏Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya

Ini menjadi keyakinan di dalam GISBH dan sudah semestinya kerana ianya ayat Al Quran yang wajib diimani 100% tanpa sedikit pun keraguan. Kalau orang lain jadikan ayat ini, hiasan khat di dinding sebagai pelaris perniagaan, GISBH menjadikannya dasar dan keyakinan yang diperjuangkan di dalam kehidupan.

Oleh itu usaha-usaha pembinaan insaniah untuk mendapatkan staf yang berkualiti atau bertakwa sangat dititik beratkan. Bermula dari kuliah kesedaran, kuliah Fardhu Ain, motivasi harian, motivasi kekeluargaan, disiplin penghayatan sembahyang, bimbingan dan nasihat, panduan dan teguran sentiasa diadakan samada berskala besar atau kecil mengikut zon dan kawasan. Tak kurang juga pertemuan keraian dan rehlah bersama dibuat ikut keperluan. Semuanya demi melahirkan staf yang bertakwa kepada Allah. Berkasih sayang sesama manusia. Staf yang takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Hasil dari usaha-usaha ketakwaan dan memburu keberkatan hidup dengan mendampingi para kekasih-kekasih Allah terutamanya para pemimpin yang tiada kepentingan kecuali untuk keselamatan pengikut dunia dan akhirat, Allah mudahkan banyak urusan dalam GISBH.

Bila terjadinya apa yang Mursyid pernah katakan bahawa Tun Mahathir akan naik semula sebagai PM Malaysia, secara automatik kita juga teringat kata-kata beliau, nanti para Ikhwan akan menyelesaikan hutang negara bernilai RM3 trilion. Bagaimana boleh terjadi begitu? Kerana ketika itu kekuatan roh para Ikhwan mampu menarik bantuan Allah hingga dengan kasih sayang Allah, diselesaikan hutang yang membuatkan negara muflis. Bukankah Allah janjikan dalam Al Quran, sesiapa yang bertakwa kepada Allah akan beri jalan keluar bagi setiap problem.

Apakah kualiti semua staf GISBH sudah mencapai tahap itu? Buat masa ini belum lagi, masih jauh tetapi usaha-usaha tetap digiatkan.

Adakah hutang negara akan meningkat hingga RM3 trilion? Tak mustahil. Tapi mudah ke nak selesaikan hutang negara yang RM1 trilion ini? Ikut lahirnya sangatlah susah. Kerana memahami angkanya pun ramai yang gagal.

Apa itu ratus, ribu, ratus ribu, milion, bilion, trilion? Bagaimana agaknya banyaknya duit RM1 trilion tu? Anjang pun tak tau. Paling banyak pun ada di wallet ratus RM. Tapi tak salah kita belajar dengan melihat kajian orang lain.

Cuba klik link di bawah untuk mendapat gambaran wang sebanyak itu:

Banyak Mana RM1 trilion?

Bila melihat apa yang penulis itu gambarkan, baru faham betapa banyaknya RM1 trilion tu. Jenuh nak settlekan. Nak korek mana untuk dapatkan wang sebanyak tu. Takut-takut, hutang pokok tak berganjak, terus-terusan membayar bunga. Bertambah-tambah la hingga RM3 trilion . Ketika itu, tak ada siapa sanggup mentadbir negara seperti kejadian tolak menolak YB-YB di sebuah negeri, tak mahu menjadi MB kerana memikirkan bagaimana nak settkekan hutang negeri dengan Pusat yang sudah bertukar parti.

Sangat susah nak selesaikan beban hutang ini jika difikir-fikirkan. Yang ada pada kita sekarang adalah keyakinan. Era logik akal semakin berakhir. Kalau ikut logik akal semata, Tun M tak akan menjawat jawatan PM Malaysia untuk kali ke 2. DSAI tak akan berdamai dengan Tun M. Abang Mat tak akan jadi Menteri Pertahanan, Kak Wan tak kan jadi TPM dll. Oleh itu untuk selesaikan hutang negara kena libatkan Tuhan. Kena ada Iman. Kena ada keyakinan. Kena kembali kepada Allah, Tuhan yang Maha Agung, Maha Segala-galanya.

Percayalah segala masalah yang berlaku tidak akan berjaya diselesaikan dengan kepakaran para pakar-pakar mahupun pengalaman ‘Otai masih berbisa’. Kalau Allah tidak dilibatkan kita akan melihat pihak berkuasa hanya mampu membongkar masalah tetapi tidak berjaya diselesaikan. Kembalilah pada Allah….

Otw Irbid-Amman

4.13pm, Mei 24, 2018

Kongsikan kepada yang lain
Share

Cari produk Murah Online?

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *