Raja Jordan arah PM letak jawatan

Kongsikan kepada yang lain
Share

AMMAN: Raja Jordan, Raja Abdullah dijangka mengarahkan Perdana Menterinya, Hani Al-Mulki meletak jawatan dalam usaha menenangkan situasi tegang negara itu.

Sumber politik berkata, ia susulan kemarahan rakyat berhubung dasar ekonomi yang mencetuskan bantahan besar-besaran sejak beberapa tahun lalu.

Pemecatan Al-Mulki dituntut dalam siri bantahan susulan kenaikan cukai disokong Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang menjejaskan kerajaan.

Sumber berkata, Abdullah mengarahkan Al-Mulki mengadap baginda ke istana lewat hari ini.

Al-Mulki melaksanakan kenaikan cukai didorong IMF awal tahun ini bagi mengurangkan kenaikan hutang awam.

Namun kenaikan itu menjejaskan pendapatan rakyat biasa Jordan, menyebabkan popularitinya merudum. -Reuters

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *