SEMOGA RAJA MENGHORMATI PERLEMBAGAAN – Tamrin Tun Ghafar

Kongsikan kepada yang lain
Share

AM: Kemelut ini semakin kusut di era kebebasan media diperjuangkan oleh PH. Hari ini kita baca tulisan Tamrin Tun Ghafar. Tamrin pernah rapat dengan Al Arqam. Pernah datang Jordan. Baca je. Jangan terpengaruh dengan mana-mana pihak. Cuma kena faham, Raja-raja Ini Penting untuk Islam buat masa ini. Orang yang tak fikir Islam, sangat mudah memberi pendapat begini. Kalau Raja dan Sultan kuat beragama, InsyaAllah rakyat akan terbela secara automatik kerana ada keberkatan. Berdoalah banyak-banyak moga Allah lakukan yang terbaik. Kami ziarah Maqam Nabi-nabi, doakan untuk Islam dan umatnya juga pejuangnya.

SEMOGA RAJA MENGHORMATI PERLEMBAGAAN

Tamrin Tun Ghafar

Isnin – 04/06/18

( 1 – 27 )

1. Oleh kerana terlalu bosan dengan sikap UMNO / Barisan Nasional ( BN ) yang telah memerintah negara ini sejak 61 tahun lalu, rakyat telah menunjukkan taring mereka dengan menukar kerajaab dari BN kepada Pakatan Harapan ( PH ).

2. Tun Dr. Mahathir yang berusia hampir 93 tahun dan mempunyai pengalaman yang begitu luas telah diberi kepercayaan dan dilantik semula sebagai Perdana Menteri.

3. Rakyat sekali lagi mula resah dan bosan apabila upacara mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pada Khamis 10hb Mei di Istana Negara di tunda dari jam 9.30 pagi kepada 5 petang dan akhirnya hanya menjadi kenyataan pada jam 9

malam.

4. Agong ketika itu sepatutnya melaksanakan tugas dan tanggungjawab beliau tanpa perlu melengah – lengahkannya.

5. Di luar Istana Negara rakyat yang marah dengan sikap Istana mula berkumpul.

6. Sepuluh hari lepas, atas persetujuan bersama pemimpin – pemimpin PH , YAB Tun Dr. Mahathir telah menasihatkan Agong agar memecat Apandi Ali selaku Peguam Negara.

7. Apandi Ali yang dipilih sendiri oleh mantan Perdana Menteri bagi menggantikan Ghani Patail, Peguam Negara yang *telah dipecat atas alasan yang tidak munasabah*, telah gagal menjalankan tugas beliau dengan sempurna.

8. *Kesalahan serius beliau ialah menutup pekung Najib.* Alasan kukuh munasabah.

9. Jika Agong ini *bersetuju memecat Ghani dan melantik Apandi* sebagai Peguam Negara, maka mengapa pula Agong bertindak seolah – olah *tidak bersetuju dengan* cadangan Kerajaan baru ini untuk memecat Apandi??

10. Tommy Thomas , seorang peguam yang amat pakar dalam bidang Perlembagaan adalah pilihan Kerajaan.

11. Mengikut sumber , alasan yang diberi ialah kononnya Tommy bukan berbangsa Melayu.

12. Rakyat ingin tahu apakah Agong dan Raja – Raja HANYA bertakhta untuk orang Melayu sahaja atau rakyat Malaysia keseluruhannya tanpa mengira kaum, budaya dan agama?

13. Agong dan Raja – Raja JANGAN BERMAIN politik perkauman.

14. Negara ini mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan BUKAN Raja Mutlak atau dalam bahasa Inggeris ‘Constitutional Monarch’ NOT ‘Absolute Monarch’.

15. Justeru, Agung dan Raja – Raja bukan sahaja perlu menghormati malah WAJIB mempertahankan Perlembagaan Negara ini.

16. Seperti yang terkandung dalam Sumpah Jawatan, mereka perlu menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka mengikut Perlembagaan dan Undang – Undang.

17. Segala tindakan rasmi mereka MESTILAH berpandukan nasihat Perdana Menteri dan atau Menteri Besar negeri masing – masing.

18. Perlembagaan MELARANG Agong dan Raja – Raja mencampuri hal ehwal politik dan pentadbiran.

19. Rakyat Johor *telah tidak pedulikan usaha Sultan mereka* melobi rakyatnya menolak Tun dan partinya. Ini adalah *ingatan kepada Sultan dan anaknya Ismail* agar TIDAK MENCAMPURI hal ehwal politik. Begitu juga perkara berhubung pentadbiran seperti hal tanah dan pembangunan.

20. Sebarang usaha yang bertentangan dengannya , mereka boleh di bawa ke Mahkamah Khas.

21. Jika alasan Tommy pernah memawakli Chin Peng, Ketua Komunis dahulu, apakah alasan *UMNO sendiri yang telah menjalin hubungan persahabatan dan kerjasama erat dengan Parti Komunis China???* Lagi dahsyat.

22. Jika alasannya Tommy bukan seorang yang beragama Islam bagi menasihat Majlis Raja – Raja tentang Hukum Syariah dan lain-lai berkaitan Agama Islam, apa gunanya Majlis Fatwa Kebangsaan yang dianggotai oleh Mufti dan cerdik pandai Agama yang boleh dirujuk?

23. Sejak dulu lagi Tun sememangnya TIDAK suka berkonfrantasi dengan Raja – Raja ( sila rujuk tulisan saya “Sultan Bukan Tuhan” beberapa bulan sebelum ini )

24. SETIAP KESABARAN ADA HADNYA.

25. Selama ini rakyat TIDAK PERNAH peduli tentang bagaimana sebahagian *duit hasil titik peluh mereka digunakan bagi menjaga keselesaan setiap orang Raja dan keluarga* mereka.

26. Semoga pandangan saya ini akan dapat mengelakkan Krisis Perlembagaan yang baru.

27. SEMOGA PISAU DI TANGAN TIDAK DISALAHGUNAKAN.

Mohon diedarkan.

Terima Kasih.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *