Bakeri Ikhwan catat jualan biskut raya lebih suku juta ringgit

Kongsikan kepada yang lain
Share

LABUAN, 6 Jun (Bernama) — Mungkin ramai menyangka berniaga biskut raya tidak menguntungkan apatah lagi untuk diperkembangkan ke peringkat global.

Bagaimanapun, sangkaan itu ternyata meleset apabila sebuah syarikat roti tempatan mampu menghasilkan rekod jualan biskut raya mencecah lebih suku juta ringgit atau RM356,000 sepanjang Ramadan tahun lepas.

Bakeri Ikhwan yang memulakan perniagaan pembuatan biskut raya sejak tahun 2004 dan mempunyai beberapa cawangan di Semenanjung Malaysia, menjadikan Labuan sebagai pusat pelaburan pertamanya dengan jumlah pelaburan yang kecil bersama hanya enam pekerja.

“Pada tahun pertama memulakan perniagaan biskut raya ini, kami hanya hasilkan sebanyak 12 jenis biskut dan alhamdulillah, pendapatan yang dijana mencecah lebih RM35,000,” kata Pengurus Bahagian Biskut Raya Labuan Athirah Zakof kepada Bernama.

Bermula tahun itu dan selepas melihat sambutan yang baik, Bakeri Ikhwan meneruskan perniagaan ini dengan menambah lagi jenis biskut pada Ramadan setiap tahun dan rekod jualan tahun lepas melepasi sasaran iaitu melebihi suku juta…..

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *