‘Survival Orang Melayu’

Kongsikan kepada yang lain
Share

Suara Hati Ayah Rahim Pfordten:

Boleh tak kita berlapang dada menerima kenyataan kalau dikatakan yang orang Melayu di Tanah Melayu, bumi pusaka tinggalan datuk-nenek-moyang kita ini sudah kian lemah dan kian berpecah malahan kian terhina. Masing-masking hidup nafsi-nafsi dan perjuangan semata-mata untuk survaival keluarga dan kroni.

Betapa tidak kekayaan negara ini sudah majoritinya di kuasai oleh genarasi ketiga-keempat keturunan bangsa China yang diimport dari negara China ke negara ini oleh penjajah Inggeris kira-kira 200 tahun yang silam. Orang Melayu sudah ramai yang jadi kuli upahan makan gaji dengan tauke-tauke China.

Kekayaan orang Melayu hanya berada dalam tangan sekelompok kecil orang Melayu. Majoriti orang Melayu hidup susah dan ramai yang miskin tegar tak berupaya nak tingkatkan taraf hidup keluarga. Ada yang bertaraf papa hingga kerap maka nasi dengangaram saja terutama di negeri-negeri pantai timur; Kelantan, Trengganu dan Pahang.

Tanah-tanah orang Melayu termasuk reserve orang Melayu pun sudah kian banyak berpindah milik ke tangan orang China. Hak istimewa orang Melayu pun kian terpupus. Raja-raja Melayu yang menjadi tunggak kedaulata bangsa Melayu sebagai bukti bahawa negara ini adalah hak kepunyaan orang Melayu pun kian dicemar oleh orang Melayu sendiri.

Kuasa politik negara ini pun sudah beransur-ansur berpindah ke tangan orang China. Dan mereka sedang berusaha keras nak hapuskan ketuanan dan hak istimewa orang Melayu. Jadi orang Melayu tak punya apa-apa lagi.

Perjuangan kebangsaan Melayu yang nak melahirkan Melayu Baru yang cemerlang, gemilang lagi terbilang lebih-lebih lagi telah membawa kekecewaan. Kerana Melayu Baru yang lahir dari pejuangan kebangsaan itu sudah membuahkan lahir satu juta genarasi muda orang Melayu jadi penagih dadah, sudah jadi ibarat bangkai bernyawa. Sejumlah lima ratus ribu anak-anak Melayu lahir luar nikah. Peratus perpecahan keluarga dan penceraian amat mendukacitakan. Gejala sosial dan jenayah di kalangan orang Melayu kian bertambah kronik.

Rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa mengaut kekayaan peribadi dan kroni sudah tak dapat nak di bendung lagi.

Cerdik pandai Melayu sudah mula ramai ke arah jadi atheis, free thinker, menganut ugama kristian, fahaman libralism, pluralism, anti hadith, LGBT dan entah apa-apa lagi.

Ini sudah cukup sebagai bukti kukuh yang tak dapat nak dinafikan bahawa perjuangan orang Melayu atas semangat kebangsaan Melayu tidak kukuh. Ianya ibarat berpaut di dahan rapuh yang mengakibatkan sudah ramai yang jatuh beramai-ramai dan kecundang kerana perjuangan kebangsaan tak dapat lepas dari keinginan nafsu yang tamak haloba, rakus lagi sarakah. Memburu kekayaan dan kemewahan hidup peribadi dan keluarga.

Percayalah orang Melayu hanya akan mulia, cemerlang, gemilang dan terbilang dengan memperjuangkan iman dan Islam. Kalau ada orang Melayu yang merasakan atau berkata, “Iman-iman, nanti nak makan apa?” Kenalah bertaubat dan tarik balik perasaan dan perkataan itu kerana ianya adalah tuduhan liar terhadap Tuhan yang boleh jatuh syirik. Langit dan bumi adalah milik Tuhan.

Percayalah! Allah berjanji yang Dia hanya akan membela orang Islam yang bertaqwa bukan semata-mata beragama Islam. Malahan dijamin rezki yang melimpah ruah dari sumber yang tak terduga. Akan dibuka pintu keberkatan dari langit dan bumi, usaha yang sedikit akan diberi hasil yang lumayan. Diberi jalan keluar dari sebarang permasalahan hidup. Diberi keampunan. Diterima amal. Diberi kemenangan dan kemuliaan serta dijanjikan syurga bagi orang Islam yang bertaqwa.

Yaqinlah bahawa dengan menghayati kesempurnaan iman, bukan sekadar iman di bibir mulut akan melahirkan orang Melayu yang berperibadi agung.

Dengannya akan lahir bangsa Melayu Baru yang berakhlak mulia, yang hidup atas kebenaran, yang jujur-amanah, ikhlas, cerdik, bijaksana, berjiwa besar, tinggi cita-cita, rajin, berani, sanggup berjuang dan berkorban masa, tenaga, harta malahan jiwa raga. Hidup dalam suasana berkasih sayang, bersefahaman, sehati-sejiwa dan bela-membela antara satu sama lain. Tidak hidup nafsi-nafsi. Sanggup hidup sederhana untukmengkayakan Islam.

Islam bukan sekadar sembahyang, puasa, puasa, zakat, haji, wirid dan zikir sahaja dan ilmu Islam tidak wajar hanya sekadar diteori-teorikan, diforumkan dan dikertas-kerjakan tetapi Islam menuntut pembangunan tamadun yang benar-benar Islamik. Menghasilkan makan-minum dan segala keperluan hidup yang benar-benar halal lagi berkat tidak boleh bergantung dengan hasil buatan orang kafir kerana mereka tidak ada hukum halal-haram. Makan minum yang subhat adalah dekat kepada haram yang mengelapkan hati dari masuk cahaya iman. Islam mesti lahirkan rawatan yang Islamik, khidmat bersalin yang tidak berbidankan doktor lelaki.

Tamadun Islam tidak dapat dibangunkan secara individu tetapi mesti secara bergotong-royong, secara jemaah dan dibangunkan atas modal insan dan dananya dari bank tuhan yakni dari wakaf orang ramai dan hartawan Islam tanpa berhutang dari mana-mana bank kormersial.

Kekayaan dunia yang kita tumpuk banyak-banyak atas nama peribadi itu hanya akan memberi faedah kalau dijadikan saham akhirat. Andai tidak, harta itulah yang akan manjadi bala yang menyusahkan hidup kita di akhirat kelak..

Kekayaan dunia adalah amanah Allah yang diperintah untuk dibelanjakan di jalan Allah bagi mendaulatkan Islam.

Percayalah, mustahil Islam boleh didaulatkan dengan kaedah yang diambil dari barat. Syariat Islam kalau ditegakkan atas dasar akta demi akta dan ditakut-takutkan dengan hukuman, denda dan penjara akan jadi Islam ideologi. Islam ada kaedah tersendiri sepertimana yang ditunjukkan oleh Nabi kita Rasulullah saw iaitu dengan kaedah dakwah dan didikan iman.

Mendidik manusia bukan semata-mata dengan perpindahan ilmu dan diloby dengan semangat-semangat, tetapi mesti dengan perpindahan rasa oleh para murabbi yang sudah terdidik oleh pemimpin yang bertaqwa yang ditunjuk oleh Allah bukan dengan pilihan suara ramai. Dididik dengan rasa bertuhan yang mendalam. Perkenalkan sungguh-sungguh kepada masyarakat siapa dia tuhan itu, sehingga tuhan itu benar-benar dikenali, dicintai dan ditakuti setakut-takutnya. Dan nabi itu dicintai dan dirindui, dijadikan idola dan contoh ikutan dalam kehidupan, perjuangan dan dalam semua hal. Canang sungguh-sungguh keyaqinan terhadap kehidupan akhirat yang ada pembalasan syurga neraka sehingga syurga itu dirindui dan neraka itu digeruni.

Lantaran itu akan menjadikan umat umat Islam patuh kepada kehendak Allah sepatuh-patuhnya, dengan melaksanakan segala suruhan Allah dan menjauhi segala larangaNya. Hukuman hanya terhadap mereka yang bersikap keras kepala, yang tak mahu jadi baik dengan pendidikan.

Inilah rahsia kegemilangan umat Islam di zaman nabi dan di zaman khalifah sehingga Islam telah menjadi empayar menguasai tiga suku dunia selama tujuh ratus tahun. Dan rahsia inilah yang sangat diketahui oleh orang kafir terutama gerakan Zionis Yahudi dan mereka sangat-sangat nak menghalangnya dari berlaku semula. Mereka lancarkan gerakan untuk merosakkan aqidah, syariat dan akhlak umat Islam dengan hiburan lucah, dadah, politik perebutan kuasa yang fitnah-memfitnah dan jatuh menjatuh serta budaya hidup gilakan kesenangan hidup didunia dan abaikan akhirat.

Ini satu peringatan buat umat Islam, berilah laluan kepada perjuangan yang berusaha nak melahirkan cara hidup Islam yang lengkap lagi indah yang penuh harmoni dan berkasih sayang. Janganlah kita bersikap prajudis lebih-lebih lagi bersikap menentang kerana telah terbukti sikap menentang usaha-usaha inilah yang mengakibatkan negara kita ditimpa berbagai-bagai musibah dan dilanda berbagai-bagai masalah yang amat menyulitkan.

Ini bukan satu khayalan tapi adalah satu realiti. Cara hidup Islam adalah berbeza sama sekali dari cara hidup orang kafir macam antara langit dengan bumi. Sistem pendidikan, ekonomi, kebudayaan, petadbiran, akhlak malahan peraturan makan minum adalah

terdiri seperti yang telah digariskan oleh Allah dalam al Quran dan telah direalisasikan oleh sunnah Nabi dalam kehidupan baginda bersama para sahabat.

Untuk melaksanakan cara hidup Islam ini tidak boleh tunggu sampai dah dapat kuasa negara tetapi mesti dicetuskan secara gotong-royong dalam jemaah yang terpimpin oleh seorang ulama’ yang memberi ilmu, tarbiah, panduan, bimbingan, displin dan kawalan supaya ahli kumpulan hidup dalam suasana berkasih-sayang, berpadu serta penuh pengorbanan dengan demikian akan dapat bergabung tenaga bangunkan cara hidup Islam dalam kumpulan sebagai model yang boleh timbulkan kesedaran dan dapat dicontohi oleh masyarakat dan pemerintah. Dengan demikian masyarakat akan berubah dan pemerintah juga akan berubah. Maka akan terjadilah negara Islam yang aman makmur dan mendapat keampunan tuhan tanpa merebut kerusi pemerintah dan orang bukan Islam pun akan rasa selesa dibawah pentadbiran Islam yang adil dan harmoni tanpa berlaku pertembungan kaum dan agama.

Umur dunia kini sudah kian hampir akan berakhir. Pengaruh kekufuran kian pesat merebak

mempengaruhi masyarakat Islam. Percayalah sesungguhnya Barat dan kuasa-kuasa besar dunia sudah diambang maut. Marilah kita insafkan diri. Allah menawarkan kepada umat Islam Syurga. Usahlah kita tergila-gilakan nikmat dunia yang sedikit ini sampai tergadai nikmat syurga yang MAHA HEBAT lagi kekal abadi yang Allah tawarkan itu.

Ya arhamar rohomiin! Wahai tuhan kami! Kami tidak ada daya dan tidak ada upaya. Segala-galanya terletak di bawah kehendak dan kekuasaanMu. Tolonglah kami ya Allah!

Tolonglah viralkan kalau dirasakan ada munafaatnya. Wassalam.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *