Syarikat GISBH dari Malaysia mengadakan jamuan berbuka puasa sempena bulan Ramadhan di Restoran Nur Malaysia

Kongsikan kepada yang lain
Share

Aghwar News: Di tengah kesibukan amalan harian di bulan Ramadhan, syarikat GISBH dari Malaysia telah menganjurkan majlis berbuka puasa di Restoran Nur Malaysia di Seventh Circle, Amman, Jordan. Majlis yang meriah dengan kemesraan itu dihadiri oleh TYT Duta Malaysia ke Jordan Datuk Jilid Kuminding, TYT Duta Brunei ke Jordan Hj Nordin Yaakob danPengarah GISBH Jordan dan kawasan Arab Tuan Harun Taat. Majlis turut dihadiri oleh tetamu2 dari kalangan warga tempatan serta keluarga2 Malaysia yang menetap di Jordan.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan meraikan kedatangan tetamu yang disampaikan oleh jurucakap syarikat En Mohd Hafiz Ulul Azmi. Seterusnya tetamu yang hadir dihiburkan dengan dendangan nasyid2 tradisional yang selayaknya untuk bulan Ramadhan yang mulia yang dipersembahkan oleh kumpulan Generasi Harapan.

Syarikat GISBH dari Malaysia sentiasa berusaha untuk menjalinkan hubungan dengan berbagai lapisan masyarakat di Jordan, antaranya ahli ekonomi, ahli politik, pengamal media, ahli akademik dan lain2. Usaha ini merupakan realisasi dari kefahaman sebenar bagi ajaran Islam yang indah yang menekankan kemesraan dan kasih sayang di antara bangsa2 Islam. Ia juga merupakan proses suaikenal kebudayaan dan adat istiadat di antara dua bangsa; Jordan dan Malaysia.

Sumber: shorturl.at/anq12

Kongsikan kepada yang lain
Share

Cari produk Murah Online?

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *