* **Tuan Abd Rahman Shamsudin Dalam Kenangan***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam Akhir Ramadhan.

Sebak terasa bila bangun-bangun sahur diberitakan yang Tuan Abd Rahman Shamsudin telah pulang ke rahmatullah. Beruntunglah beliau pergi di hari Jumaat, di bulan Ramadhan yang mulia, malah di 10 hari terakhir Ramadhan. Lebih-lebih berjuta-juta kali untung, pemergiannya ketika beliau kekal taat setia dalam jemaah mursyidnya sejak usia mudanya hingga kematiannya yang indah ini.

Automatik anjang terkenang peribadi seorang yang sangat tawadhu’ ini. Perkenalan jarak jauh anjang dengan Tuan Rahman ialah ketika belajar di sekolah menengah. Ketika itu abg Akub yang disapa angin dakwah selalu menghantar bahan bacaan kepada anjang. Antaranya majalah-majalah keluaran Al Arqam. Salah satu majalah yang terkenal ialah Al Munir.

Dari Majalah Al Munir inilah anjang mengenali Tuan Abd Rahman. Seingat anjang ketika itu beliau salah seorang Naib Syeikhul Arqam. Tuan Rahman tak mengenali anjang kerana perbezaan umur di antara kami adalah 30 tahun, hinggalah Abuya lantik anjang jadi pengarah Rufaqa’ di Melaka, barulah kami saling mengenali.

Ketika itu premis Rufaqa’ bertempat di Duyong. Tuan Rahman bertugas di mini mart. Di umurnya yang memasuki 60’an ketika itu, beliau sangat gigih dan bertanggung jawab. Masih terbayang-bayang lagi susuk tubuh tuanya memarut kelapa menggunakan mesin dan melayan pelbagai permintaan pelanggan.

Masa terus berlalu, sekali lagi anjang berpeluang rapat dengan beliau ketika jadi rakan sebilik di Villa GISB Mekah. Ketika itu kami bertiga, Tn Rahman, Cikgu Zambri dan anjang. Walaupun ada aircond, tapi tak on kerana Tn Rahman tak tahan sejuk. Beliau kerap batuk kesan sakit Tibi yang beliau hidapi. Kalau panas sangat, anjang ‘lari’ tidur ke bilik Tn Hasnan yang ketika itu kena bisul. Masa tu anjang jadi mutowwif dan Tn Rahman bahagian maintenece. Ketika berbicara tentang usia, beliau selalu bergurau baru 37 tahun, sebenarnya 73. Tapi lasaknya bekerja memang seperti pemuda 30’an.

Lepas tu kami hanya berjumpa dalam MI atau ketika sama-sama musafir atau sekali sekala bila anjang singgah ke SP. Terakhir anjang sentiasa berhubung dengannya setiap minggu kerana beliau adalah Penyelaras Pengajian Fardhu Ain GISB sedunia dan anjang salah seorang tenaga pengajarnya. Setiap hari Selasa beliau akan bermesej untuk bertanya, “Boleh ke isi Fardhu Ain esok?” Rindunya…

Dalam majalah Al Munir, Tn Rahman sendiri menceritakan pengalamannya bermursyidkan Abuya. Antara yang beliau luahkan di dalam majalah keluaran Al Arqam yang terkenal ketika itu;

Jadi tidak ada contoh untuk menjadi gambaran tentang kehidupan Islam itu sendiri walaupun ahli ilmunya ada. Sebab itulah kata Cikgu Abdul Rahman, susah hendak melaksanakan hasrat kesedaran itu. Bertambah pula kalau corak kehidupan Islam itu dibawa ke tengah masyarakat di waktu itu, maka akan riuhlah orang ramai memperkatakannya.

Walau bagaimanapun Ustaz Ashaari mempunyai satu pandangan dan dia ada asas yang konkrik untuk berjuang. Katanya, Ustaz hendak mengajak kita membaiki diri melalui perlaksanaan ibadah samada yang fardhu mahupun yang sunat serta hendak meninggalkan yang dilarang samada yang haram mahupun makruh. Ustaz hendak melaksanakan hal ini melalui kelas-kelas pengajian dan kelas tarbiah.

“Rumah bujang saya di Lorong Kiri 2, Datuk Keramat dipilih sebagai markas pertama Darul Arqam. Rumah bujang saya ketika itu berwarna putih maka terus digelar “Rumah Putih Darul Arqam”. Nama Darul Arqam pula diberikan kepada badan pengajian yang hendak dilahirkan itu, sempena dengan nama seorang sahabat Rasulullah bernama Abil Arqam kerana rumah beliaulah yang menjadi markas gerakan dakwah Rasulullah SAW.”

Di antara orang-orang yang awal bersama Cikgu Abdul Rahman ketika itu ialah Ustaz Wan Rashid, Ustaz Muhd. Rum, Ustaz Mad Sebastian, Pak Salleh Bakar dan empat lima orang sahabat yang lain. Usrah dan pengajian yang dijalankan di markas adalah dipimpin oleh Ustaz Ashaari sendiri. Penekanan kepada mempraktikkan apa yang dipelajari, itulah yang amat diutamakan.

Hasil dari itulah maka anggota-anggota mula membuat perubahan, mula-mula dalam pakaian kemudian membawa kepada rumahtangga dan anak isteri. Ustaz Ashaari mula menaikkan serban ke atas kepala dan mula memakai kain dan berbaju putih labuh. Sedikit demi sedikit anak-anak buah mula mengikutnya.

Ujian-ujian yang datang adalah begitu berat sekali tetapi kami tetap dengan pendirian kami bersama Ustaz Ashaari, kata Cikgu Abdul Rahman. “Semua ini berlaku sebaik-baik saja selepas meletusnya rusuhan kaum 13 Mei 1969. Ketika itu kami dah tak ada apa nak buat kerana nak keluar pun tak boleh disebabkan perintah berkurung. Jadi kami duduk-duduklah melepek serta bergolek-golek sambil berbual-bual mengenai Islam di rumah putih itu,” sambung Cikgu.

Istiqamah betul Cikgu dalam perjuangannya. Dia tidak terjejas dengan pergolakan-pergolakan yang berlaku di luar Darul Arqam mahupun di dalam Darul Arqam sendiri. Setelah pemergian Abuya dan DIHA, Tuan Rahman terus taat setia dengan pimpinan GISBH, Tuan Mohd Rasidi Abdullah, Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Tuan Dato’ Lokman Hakim dan seluruh ALP tanpa berbelah bahagi. Itulah Tuan Abd Rahman Shamsuddin, peribadi yang taat, setia, tawadhu’, rajin, menghormati orang lain, sangat melayan tetamu, gigih, sabar, kemas ibadah dll.

Catatan orang lama jemaah yang wajar kita hayati juga elok anjang kongsikan iaitu dari Pak Teh Ghani.

Allahyarham TD Hj Abdul Rahman Shamsuddin yg baru kembali ke pangkuan Allah ialah seorang pengikut setia Abuya. Almarhum mengikuti perjuangan Abuya sejak jemaah Darul Arqam belum ditubohkan, semasa Abuya bergerak aktif dalam perjuangan parti PAS Selangor.

Rumah putih markas pertama Darul Arqam asalnya adalah rumah guru-guru bujang yg diami oleh cikgu Raman, cikgu rosli, cikgu hashim dan beberapa orang penyokong pas lagi. Setelah cikgu-cikgu tu mendirikan rumahtangga dan ada yg pindah ke tempat lain maka dirumah inilah Abuya mula mengasaskan perjuangan Darul Arqam yg bermula dg membaiki hati dlm diri insan manusia supaya suci bersih dpd sifat sifat mazmumah dan diisi dg sifat sifat mahmudah. Justru atas niat dan keinginan semulia itu maka markas pertama Darul Arqam ini dinamakan “rumah putih”. Sementelahan pula rumah ini bercat putih dan beralamat no 64, Lorong Kiri 2, Kg Datok Keramat, Kuala Lumpur.

Sejak itu cikgu Rahman terus kekal keyakinannya serta faham, cekal dan istiqamah untuk terus.meneruskan mencurakan pengorbanan apa saja yg ada pada dirinya kpd perjuangan kebenaran ini selama 50 tahun hinggalah ke akhir hayatnya pd jam 4.20 pg jumaat, 8 Jun 2018 pada usia 78 tahun di Sg Penchala, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Meninggalkan 2 orang isteri dan 11 orang anak.

Almarhum ialah orang yg diamanahkan oleh Abuya mengetuai urusan pembelian tanah jemaah Arqam Sg Pemchala pd awal tahun 1973. Berkat karomah mursyid tangongjawab ini dapat diselesaikan pembeliannya hanya dlm masa satu bulan dimana jemaah berjaya memiliki sebidang tanah pertama bagi memenohi aginda perjuangan Abuya dlm merealisasikan pergaulan bermasyarakat secara Islam.

Panjang cerita perkampongan ini yg dikenali ramai dari seluruh pelusuk negara dan terkenal sebagai pusat HQ yayasan Al Arqam sedunia.

Peranan terakhir almarhum atas nama GISBH ialah pengurus besar jabatan pemdidikan rendah dan menjadi pengurus besar fardbu ain kpd semua ahli GISBH sedunia. Jasa orang awal dikenang yg kini moga rohnya sdg berperanan bersama roh mursyid dan para Rijalullah. Aamiiiinn

Indahnya pemergianmu. Segar wajahmu. Tiada pucat. Sudah pasti pergimu sebagai Ikhwan.
Indahnya pemergianmu. Segar wajahmu. Tiada pucat. Sudah pasti pergimu sebagai Ikhwan.

Alfatehah.

Villa GISBH Amman, Jordan

11.52 pm, Jun 8, 2018

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *