Austria tutup 7 masjid, usir imam

Kongsikan kepada yang lain
Share

VIENNA: Tindakan Austria mahu mengusir 60 imam yang mendapat pembiayaan dari Turki, termasuk ahli keluarga mereka dan menutup tujuh masjid sebagai sebahagian tindakan menyekat ‘politik Islam’, dikecam oleh Ankara.

Canselor Austria, Sebastian Kurz, berkata kerajaannya menutup masjid yang ditadbir nasionalis Turki dan membubarkan kumpulan Komuniti Agama Arab yang mengendalikan enam masjid.

Pada 2015, ketika menjadi Menteri Integrasi, Kurz menggerakkan pelan meluluskan undang-undang keras ke atas penganut Islam, yang melarang pembiayaan asing untuk kumpulan agama.

Ia juga menetapkan masyarakat Muslim mesti ada pandangan positif ke atas kerajaan dan orang tempatan, lapor Daily Mail, semalam.

Menteri Dalam Negeri, Herbert Kickl dari Parti Kebebasan yang berhaluan kanan, rakan kerajaan campuran Austria, berkata:

“Bilangan mereka yang mungkin terbabit akibat usaha ini mungkin seramai 60 imam.” –

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *