Al Quran Kitab Petunjuk bukan Dokumen Sejarah!

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam akhir Ramadhan.

Sekarang otw ke rumah Dr Hisham Sultan At Tamimi, seorang sahabat Abuya yang masih kuat menyokong perjuangan ini. Hari ini Dr Hisham jemput berbuka di rumahnya. Rumahnya di Madaba, dalam 30 km dari Villa GISBH di Khalda, Amman.

Petang ini kita sentuh sikit tentang pendidikan. Pendidikan amat penting dalam Islam. Kalau bukan pentingnya pendidikan, Tuhan tidak utus para Rasul. Pesuruh Allah untuk mendidik manusia. Perkataan ربّ itu sendiri asal maknanya mendidik. Dari kata kerja itulah datangnya تربيّة tarbiah, iaitu pendidikan.

Oleh kerana pentingnya pendidikan, maka ia menjadi target musuh Islam. Kalau pendidikan berjaya dirosakkan, maka seluruh sistem dalam Islam akan rosak samada jangka pendek atau panjang. Abuya pernah berkata, orang yahudi ni bukan pandai sangat. Dalam menentang kebenaran, mereka hanya mengambil tindakan yang bertentangan sahaja. Bila mereka tahu, takwa adalah kekuatan umat Islam, mereka anjurkan sesuatu yang merosakkan takwa seperti maksiat yang terancang. Bila umat Islam berdosa, ternafilah ketakwaan mereka. Sebelum berjuang mereka telah jatuh disebabkan dosa-dosa.

Islam suruh makan tangan kanan, Yahudi tukar tangan kiri. Islam suruh jalan mulakan kaki kanan, yahudi ajar kaki kiri. Cuba tengok kawad kaki; kiri! Kanan! Kiri! Kanan! Kiri! kanan! Mula dari kiri. Dalam Islam kita diajar ketika berucap; Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Yahudi ajar; Ladies and gentleman, Islam ajar buat kerja semua kerana Allah, termasuk belajar kerana Allah. Yahudi ajar, belajar untuk dapat sijil, nanti dapat kerja gaji besar. Semuanya diterbalikkan. Dikalihkan. Dalam Islam diajar أوّل الدين معرفة الله. Awal-awal Agama mengenal Allah. Yahudi ajar, ajar anak-anak tadika kenal bola, ayam, gajah, payung dsb. Islam ajar dan ajak berniaga, latih bertawakkal pada Allah, yahudi ajar dan ajak makan gaji. Kurang dan semakin hilang pergantungan pada Allah.

Islam ajar ilmu dan pendidikan untuk jadikan manusia bertakwa. Makin takut Tuhan. Dari takwa datang macam-macam pertolongan Allah termasuk rezki, keampunan dll. Yahudi ajar apapun tak dikaitkan dengan Tuhan. Terputus dari Tuhan. Sekular. Belajar untuk lulus periksa. Cemerlang. Masuk konvo. Pakai topi lempeng berekor dan jubah. Rasa bangga sangat. Mak ayah pun tumpang bangga. Amal atau tak ilmu, tak diambil kira. Bertakwa ke tak, bukan masalah. Jaga sembahyang atau lalai tak ada kena mengena dengan result periksa. Pergaulan bebas lelaki perempuan tak siapa halang.

Akhirnya lahirlah peribadi-peribadi yang memang dicetak untuk membawa agenda musuh. Seperti yang berlaku kepada Yahya Staquf yang mengeluarkan kenyataan; Al-Quran dan Al-Hadis hanya dokumen sejarah sudah tidak relevan di zaman sekarang.

Al-Quran itu kitab petunjuk, untuk orang-orang bertakwa. Firman Allah:

ذَٰلِكَ ٱلْكِتَٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

Sangat jelas kitab ini adalah kitab panduan, sebagai petunjuk. Ia sangat relevan untuk semua zaman. Tiada satu ayat pun Allah katakan ia hanya untuk umat di Zaman Rasulullah SAW.

Walaupun dalamnya ada sejarah Nabi, Rasul, orang-orang Salleh, sejarah musuh Allah seperti Firaun dan Haman tapi Al-Quran bukan buku sejarah, ia kekal sebagai kitab petunjuk!

Di dalam Al Quran ada hukum hakam, ada perundangan, ada keterangan tentang hukum jenayah, kekeluargaan dll tapi Al-Quran kekal sebagai kitab petunjuk, bukan buku qanun perundangan!

Dalam Al Quran ada perumpamaan, ada logik, ada perbandingan, ada mantiq tapi Al Quran bukan buku Logik. Ia kekal sebagai kitab wahyu dari Allah sebagai petunjuk!

Di dalamnya ada ilmu-ilmu kenegaraan, politik, perhubungan antara kaum dll tetapi ia bukan buku politik, ia kekal hingga bila-bila sebagai kitab petunjuk yang sangat relevan untuk setiap zaman hingga hari qiamat.

شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٍ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ

bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

Sangat jelas di ayat ini, Allah sebut lagi Al Quran itu kitab petunjuk bagi manusia. Menjelaskan antara hak dan batil.

Tiba-tiba Gus Yahya mengatakan ia kitab sejarah. Ia hanya sesuai untuk zaman Rasul tidak sekarang. Ini sangat bercanggah dengan dasar Islam. Ini boleh membawa kepada keluar dari agama Islam.

Kalau ada orang yang salah menafsirkan Al Quran hingga timbul fahaman extremis, itu salah dia, bukan Al Quran yang salah! Sedangkan dalam pengetahuan kita, wujudnya golongan pelampau agama pun hasil dari perancangan musuh Islam. Mengapa mudah sangat menyalahkan Islam dan sumber utama panduan untuk agama ini?

Bila tak takut Allah, manusia sanggup buat apa sahaja. Sebab itu penting pendidikan hingga takut Allah. Kalau terlalu gunakan akal fikiran, merasakan kemampuan diri, tidak ada pemimpin, tidak ada mursyid, orang Alim pun boleh tersesat. Kalau sekadar ilmu tanpa pimpinan, ramai yahudi dan orentalis jauh lebih alim dari kita. Sebab itu kita sangat perlukan pemimpin. Barulah ilmu yang kita dapat boleh menyuluh diri dan membina takwa. Bukan mengejar populariti dan memecah belahkan masyarakat.

Walaupun begitu, kita sangat yakin semua yang berlaku adalah sebagai isyarat Islam akan menang dan terus menang. Musuh Islam akan jatuh penuh kehinaan.

Villa GISBH Amman

5.27pm, Jun 13, 2018

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *